Akan mengembara

6.9K 363 5
                                    

               Selepas Achille menolak junior itu + dengan hujahnya + mengatakan bahawa dia sudah ada kekasih, sudah tersebar luas di seluruh Diamond Academy.

               Ramai peminatnya kecewa dan ada yang menangis kerana idola mereka sudah berpunya.

"Kau yakin ke gosip tu?"
"Yakin sangat²..sebab dia sendiri yang cakap senior Achille beritahunya."
"Alaa..melepas la kita nampaknya."
"Tapi siapa kekasih senior?"
"Entah la..kekasih senior sangat misteri."

               The Fighter yang mendengar gosip itu berasa geram walaupun gosip tu betul. Tapi bukan kerana gosip itu, tetapi kerana suara orang yang tengah bergosip tu kuat dan mengganggu ketenteraman The Fighter nak makan.

"Boleh diam tak?! Mengganggu orang je la korang ni! Pergi masuk kelas sekarang!!" jerit Achille dengan geram.

                Junior² itu tersentak dan berlari meninggalkan tempat mereka. The Legendary yang mendengar jeritan Achille terus memandangnya.

Gliria ketawa kecil melihat situasi itu.
"Dulu kita yang banyak marah, sekarang dah terbalik." ujar Gliria.
"Tapi saya masih tertanya tanya siapa kekasih Achille, siapa la dia kan?" soal Rose.

                   Melody tersedak minumannya mendengar soalan Rose. Gliria dan Rose memberi tisu kepada Melody untuk mengelap air.

"Kenapa ni? Awak okay?" soal Gliria dengan risau.

                  Melody mengangguk tanda 'okay'. Tak lama itu, Mike datang ke arah The Legendary dan duduk di tepi Melody. Dah dekat situ je ada tempat kosong.

"Pengetua panggil kita berenam lepas makan nanti. Ada hal penting katanya." ujar Mike.

                Mereka mengangguk faham. Melody terpandang wajah Achille yang muram memandang Mike. Melody mengeluh.

'Takkan dengan Mike pun nak cemburu?' desis hati Melody.

             Melody meminta diri untuk membuang bekas minumannya. Sebenarnya, Melody nak jauhkan diri dari Mike, taknak la buat Achille cemburu sekali lagi. Kan tak pasal² merajuk pula. Melody mana la pandai nak pujuk² semua ni.

-skip-

"Apa?!"

              Tu bukan jeritan Gliria dan Rose tetapi jeritan Mike dan Daniel.

"Pengetua jangan bergurau, tak kelakar pun." ujar Daniel sambil menggeleng kepalanya.
"Saya tak bergurau Daniel. Saya betul² maksudkannya." ujar Pengetua.
"Saya tahu pengetua tapi..Jangan la bawa The Legendary sekali, mereka perempuan dan yang kami taknak mereka cedera." terang Mike dengan risau.

               The Legendary memandang datar ke arah Mike.
"Kami tetap nak pergi juga! Tu pengembaraan yang paling mencabar." ujar Gliria. Rose dan Melody mengangguk setuju dengan kata² Gliria.

              Mike memandang kekasihnya dengan risau.
"Tapi macam mana kalau awak cedera sayang? Saya taknak awak cedera, pengembaraan itu bahaya." ujar Mike.

             Gliria tetap dengan pendiriannya dan mengabaikan kata² Mike. Pengetua berdeham kuat.

"Mike,jangan la risau,lagipun mereka ada Melody sebagai ketua. Lupa ke bahawa Melody mampu kalahkan orang yang kuat?" terang Pengetua.

              Mike hanya mengangguk setuju walaupun dia sangat risaukan kekasihnya itu.
The Legendary tersenyum kemenangan kerana Mike akhirnya mengalah.

"So, buat apa kami pergi pengembara di Hutan Bulan?" soal Achille setelah berakhirnya drama free.

               Pengetua terus berubah serius.
"Untuk mengetahui siapa Rainbow and Golden Protect."

              Kata² Pengetua membuatkan mereka terbungkam.
"Kalau Rainbow dan Golden Protect sudah ada, maknanya akan ada peperangan besar menentang kuasa kegelapan." ujar Rose.
"Tapi macam mana pengetua yakin?"

"Sebab Naga White sudah keluar." ujar Pengetua dengan serius. Mereka terkejut mendengar jawapan Pengetua. Lagi² Melody. Hatinya sudah berdebar kencang.

'Pengetua dah tahu ke aku orangnya?' desis hatinya dengan risau.

"Kalau Naga White dah keluar buat apa nak susah² nak cari? Kan dia akan berada di sisi tuannya?" soal Mike.
"Masalahnya, Naga White tidak bertukar kepada dirinya yang asal. Jadi, 'orang itu' bukan tuannya. Naga White hanya menumpang untuk kelirukan Raja Kegelapan." terang Pengetua, Melody bernafas lega mendengar jawapan Pengetua.

"Raja Kegelapan tu Puteri Amber ke?" soal Gliria. Pengetua mengangguk.

"Baiklah kalau macam tu, apa yang patut kami cari?" soal Achille.

"Dua ekor ikan galaxy,ikan iu hanya timbul sewaktu bulan berwarna merah sahaja dan ia muncul di Tasik Galaxy, Tasik itu diberi nama sebegitu kerana ikan itu hanya berputar pada magik galaxy sahaja kerana magik itu seperti nyawanya. Ikan itu berwarna rainbow kerana mengikut kisah dulu ia adalah ikan yang mempunyai kelebihan mampu melihat masa depan seseorang dan juga kita boleh tahu siapakah Rainbow daripada kedua² ikan itu. Jadi, saya berharap sangat yang korang dapat mengambil ikan itu dan bawa pulang ke sini." terang Pengetua dengan panjang lebar.

"Tapi,kenapa kita perlu bawanya pulang? Bukahkan magik galaxy itu seperti nyawanya?" soal Melody dengan pelik.

               Pengetua tersenyum manis.
"Awak tak tahu ye, saya kan penguasa magik galaxy juga. Jadi, saya boleh bagi sedikit kuasa saya. Kalau tak,takkan saya suruh korang bawakannya ke sini. Dan satu lagi,saya dapat tahu kuasa kegelapan sudah bercadang untuk membunuh kedua ikan itu." terang Pengetua lagi.

              Yang lain mengangguk faham.
"Jadi, bila kami akan bertolak?" soal Gliria.
"Esok pagi..malam ni awak boleh berehat." ujar Pengetua.

              Mereka terus meminta diri untuk ke kelas. Yelakan..masa belajar,takkan nak ponteng pula.

Diamond Academy : A Rainbow Girl & Golden Protect @wattys2018Where stories live. Discover now