K.G(5&)J.S

136 5 0
                                    

Muka sudah disolek simple. Baju dibetulkan dan mia sudah sedia pergi ke majlis pernikahan abang hanif.

"Ibu betul tak nak ikut?" Miaemegang tangan ibunya.

"Tak nak." Dengan muka yang pasrah mia meninggalkan rumah.

"As salamualaikum." Mia memberi salam dan terus masuk kedalam rumah milik hanif itu.

Setelah tok kadi sampai majlis pun bermula.

*mia's pov*

"Abang. Mia pasti abang boleh." Aku memberi dia semangat untuk melafazkan akad nikah.

"Baiklah marilah kita mulakan." Ujar tok kadi itu.

"Muhammad hanif bin ahmad suip. Aku nikahkan dikau dengan Nur syifa cahaya binti ahmad fuad dengan mas kahwinnya rm100 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Nur syifa cahaya binti ahmad fuad dengan mas kahwinnya rm100 ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz abang hanif sudah menjadi seorang suami.

Selepas majlis aku dan abang haniff duduk di bawah pokok chery hutan tempat kami selalu lepak. Dulu lepak berdua je sekarang dah bertiga. Tambah kak syifa la.

"Abang. Macam mana abang jumpa dengan kak syifa ni?" Aku membuka bicara.

"Sebenarnya syifa ni abang baru kenal dalam 2 minggu kan sayang?" Kak syifa mengangguk kecil.

"Uih. Gelojohnya abang. Ish ish." Aku dipandang bosan oleh abang.

"Sebenarnya....."

Aku faham satu persatu cerita abang. Air mata kak syifa pula tak behenti mungkin dia terkenangkan bf dia yg tak guna tu.

"Tak pelah. Yang penting. Abang janji dengan mia yang abang akan jaga kak syifa baik baik. Jangan lukakan hati dia. Kalau mia tahu. You will die abang." Aku mempincingkan mata pada abang hanif.

"yeye abang tahu lah. Dia bini abang kan. takkan abang nak sakitkan dia." Kami bertiga gelak seketika.

"Oklah bang. Mia balik dulu bye." Aku melambai ke arah dua mempelai itu.

Setelah menurunkan hand break keretaku pun meluncur membelah jalan.

*azfar's pov*

"Emm. Nak call mia la." Aku mendail nombor talifon gadis gangster itu.

"Hello. As salamualikum." Aku memulakan bicara.

"Ye waalaikumsalam. Kau nak apa?" Suara seperti tak mahu aku.

"Er. Nak bincang pasal peesembahan. Em.. esok meeting kat bilik pukul 4. Boleh?"

"Kenapa tak whattapps je? Kan senang. Huh. Yelah." Talian dimatikan.

"Asal dia pelik harini?" Aku hanya mengangkat bahuku lalu mencampak telefon aku ke atas katil.

Aku menghempaskan badan diatas tilam empuk di bilikku. Berkali kali aku berfikir cara nak menambat hati gadis gangster tu.

"Ya memang sah aku dah suka dengan dia. Tapi...kalau couple... dosa..." aku mengetuk ngetuk daguku.

"Emm. Tunang? Tak dosa sebab ada ikatan. Yes. aku akan cuba." Aku memetik jari. Suka dengan idea sendiri.

Pada petang esok. Aku datang awal dari mereka semua. Biasa lah janji pukul 3. Tapi semua ada pukul 4. Hm

"Baiklah. As salamualikum wbt dan selamat sejahtera. Mari kita mulakan majlis kita dengan al fatihah." Kami semua menadah tangan termasuklah orang yang aku cinta diam diam.

×COMPLETE× KING GANGSTER DAN JEJAKA SOLEHWhere stories live. Discover now