K.G(7&)J.S

127 1 2
                                    

*author's pov*

"Mia kau ada apa apa ke dengan azfar?" Soalan maut yang dilontarkan
Cici membuatkan mia tersedak.

"Maksud kau?" Mia pura pura blur.

"Em couples?" Tanya cici.

"Eh mana ada." Mia cuba relax.

"Habistu. Kenapa aku tengok kau balik dengan dia datang pon dengan dia." Cici membuatkan mia rasa gelisah. takut orang tahu statusnya.

"Aku tumpang dia je. Kenapa? Motor aku rusak la. Aku malas nak hantar bengkel. Duit tak ada. Hehe." Jawapan mia membuatkan cici mengangguk faham.

"Excuse me. Mia can we talk?" Tiba tiba azam datang menghampiri meja makan mia dan cici.

"Sure. Sorry cici." Mia dengan sopan beredar jauh siket dari meja tu.

"Nak apa?" Mia pelik dengan azam.

"Kau ada apa apa relay ke dengan azfar sebab...." belum semlay dia menghabiskan ayatnya. Mia dah potong.

"Aku punya motor rosak lepastu aku malas hantar bengkel duit tak ada. And dia paling dekat dengan aku. Faham?" Mia membuat azam terdia..

"Ouh. So kau takde pape la dengan dia kan?" Soalan azam di balas gelengan kecil mia.

"Em actually. A..aku...aku suka kau. Can you be my gifriend?" Soalan berani mati azam disambut dengan kedatangan azfar.

"Sorry to say but. Pengawas mana boleh couple." Balas azfar.

"Eh." Bila azfar datang sahaja dan balas sebegitu. Azam terus pergi.

"Hey. Kau buat apa kat sini huh?" Mia memandang azfar tajam.

"This is my school. Sepatutnya saya yang tanya awak buat apa dengan azam tu?" Muka azfar menjadi merah sedikit.

"Tak buat apa apa pun bual bual je. Pastu dia yang confess kat aku. Mana la aku tahu." Mia seperti takut.

"After this. No more man can come and confess to you. Understand?" Mia hanya mengangguk.

"Good. Bye sayang." Mia memandang kiri dan kanan. Nasib baik tak ada orang. Kalau tak habis kantoi rahsia mereka berdua.

"Oo. Bersayang sayang eh korang. Tunggu aku bagitahu ustaz mazni. Haha padan muka lucutlah jawatan korang." Senyuman sinis diberikan kepada mia dan azfar daripada azam.

"Heh yok yok cakap tak boleh couple kat skola. Rupanya dia dah couple dengan mia. Heh. Awas kau." Ujar azam sambil berjalan menuju bilik cikgu mazni.

Tok tok tok

"Sila masuk." Ujar cikgu mazni.

"Ha kenapa azam?" Cikgu mazni menjemput azam masuk dan duduk.

"Cikgu. Saya rasa mia dengan azfar couple. Sebab saya dengar diorang bersayang sayang cikgu." Ujar azam meyakinkan.

"Lah yeke? Ouh macam tu. Baiklah saya akan bincang dengan mereka berdua ya. Dah balik kelas. Awak dah lambat ni kang kena merit sebab masuk kelas tanpa alasan yang MUNASABAH." Ujar cikgu mazni menyindir.

"Hehe baik cikgu." Azam tersenyum kambing dan keluar dari bilik cikgu mazni.

"Baiklah saya nak kamu semua keluarkan buku kerja. Kita akan...." kata kata puan suraya tergendala akibat bunyi mikrofon yang menandakan ada pengumuman.

"Diminta ketua pengawas dan penolong ketua pengawas datang kebilik cikgu mazni sekarang. Terima kasih."

"Weyh. Aku buat salah apa dok." Ujar mia terpinga pinga.

×COMPLETE× KING GANGSTER DAN JEJAKA SOLEHWhere stories live. Discover now