INTRO

216 8 5
                                    

"Adakah korang tau ape itu DTube?"

"Aku rasa aku pernah dengar  benda tu.. benda tu sebenarnya aplikasi yang kita boleh hantar video yang kita buat sendiri."  kata pelajar A.

"Yup, aku juga ada dengar kalau video yang kita buat tu dapat jumlah bilangan penonton tertinggi, kita akan dapat duit yang banyak!" Kata pelajar B pula.

"Korang rasa footage macam mana yang akan menghasilkan jumlah bilangan penonton yang banyak?"

"Rasanya penonton sekarang ni lebih sukakan drama yang sedih ataupun percintaan, kan?" Jawab pelajar A.

"Ahh tak mungkin lah, maybe pasal komedi?" Pelajar C menidakkan jawapan yang diberikan oleh pelajar A.

"Ataupun footage pasal menyanyi atau menari, betul kan?"  Jawab pelajar B yang sedang memikirkan jawapan sekali.

"Heh, footage yang korang cakap semua tu setakat masuk dalam tong sampah boleh la. Footage macam ni takkan bawak apa-apa hasil."  Kata seorang budak perempuan sambil melihat  video yang dipasangkan di telefon pintarnya. Video itu menunjukkan seorang lelaki sedang menemu duga 3 murid perempuan tentang apa itu Dtube.

"Jadi bagi awak, footage yang macam mana yang boleh mendatangkan hasil?"

Kata lelaki itu seperti tahu apa yang hendak disampaikan oleh budak perempuan itu.

Budak perempuan itu memberikan senyuman yang cukup menakutkan pada telefon pintarnya sebelum dia berkata.....


























"Sudah tentulah KEGANASAN."

Ianya baru bermula....

Killing Me 18+ [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now