•2•

203 33 3
                                    

Lost
2

"Park Jimin" Taehyung berpaling,raut wajah lelaki itu kemudian dipandangnya .Pelik .Dia tidak pernah mengenali lelaki itu apa lagi bertemunya .

"Kim Tae ... Huh .." Taehyung tidak menyambut huluran tangan Jimin,wajahnya tidak langsung memberi eksperesi apatah lagi membalas senyuman Jimin .

Jimin tersenyum kelat .Perlahan-lahan dia menarik tangannya lalu diletakkan di atas meja .Anak matanya memerhati apa yang sedang dilakukan oleh Taehyung .

Walaupun bibirnya mahu bertanya namun dia menahan . "Tae ?"

——

"Tae ?" Jimin menggumam sebentar .Tangannya menggenggam pen biru,hajatnya untuk menyiapkan kerja rumah pertamanya di sekolah baru terbantut .Fikirannya menerawang apabila teringat tentang Taehyung .

"Haishh .. Nama dia apa eh ? Takkan Tae je ? Taehee ? Taemin ? Taeyong ? Tae ...

"Jimin !" Suara lantang ibunya membuatkan lamunannya terhenti .

"Haishh .. masa ni la nak panggil" Mulutnya membebel sambil bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke ruang tamu .

"Apa dia ?" Jimin bertanya kepada ibunya .Di kepalanya sudah dapat mengagak apa yang hendak dikatakan oleh ibunya .

"Eomma dan Appa nak keluar untuk company dinner" Ibunya memberitahu .

"Lewat malam macam ni ?" Matanya terarah kepada jam yang menunjukkan jam 11 malam .

"Macam tak biasa" Ibunya tersenyum .

"Jangan tidur lewat" Giliran ayahnya bersuara .

'Dia keluar lewat malam tak apa pulak'

"Yela" Jimin mengangguk .

"Siapkan kerja rumah sekali,jangan nak tangguh !" Ayahnya memberi peringatan .

"Ermm" Jimin sekadar mengangguk kecil .

——

Taehyung memandang sekelilingnya .Dia melempar pandangan kearah jam di tangannya .

"Ishh .. dah lewat ni" Mata hitamnya bergerak-gerak memandang jam dan persekitaran silih berganti .

Baru sahaja sebelah kakinya memanjat sebahagian pagar,satu suara memeranjatkannya .

"Buat apa ?"

Taehyung mengeluh sebelum menurunkan kembali kakinya,dia berpaling apabila melihat Jimin tersenyum ke arahnya .

"Tak ada apa" Dia membalas .

"Nak ponteng ?" Jimin bertanya lagi .

"Jadi ?" Taehyung mengangkat keningnya .

"Kenapa ponteng ? Tak rugi ke buang masa belajar ?" Jimin mengajukan lagi soalan .Baginya,ini adalah peluang keemasan yang patut dihargainya untuk lebih mengenali Taehyung .

"Habis kau ? Buat apa dekat sini ?" Taehyung membalas geram .

"Oh ! Aku cari kau"

"Buat apa cari aku ? Kau siapa dalam hidup aku dan aku siapa dalam hidup kau ?" Kata-kata Taehyung sekadar menyakiti hati Jimin tetapi Jimin tetap tersenyum .

Taehyung mengambil keputusan untuk meninggalkan Jimin tetapi ...

"Taehyung .." Langkahnya terhenti .

"Betullah nama kau Taehyung,huh ! Penat aku selongkar identiti kau" Jimin tersenyum puas .

"Kau nak apa ?" Taehyung bertanya geram .

"Park Jimin" Jimin menghulurkan tangannya seperti yang pernah dilakukannya pada hari pertama mereka bertemu .

Taehyung memandang tangan Jimin kosong .Dia memandang tapak tangannya sebelum helaan berat dilepaskan .

"Kim Taehyung"

- - - -
Bersambung ...

SOREY ! LAMBAT UPDATE TT
XADA APA2 SPECIAL PART NI CAUSE DIORANG BERADA DI FASA PENGENALAN BARU 😍😍

LOST| KTH x PJM |Where stories live. Discover now