•4•

218 30 5
                                    

Lost
04

Keesokan harinya ...

Mata Jimin mengerling kesana kemari mencari kelibat rakannya .Namun hampa .

Jimin mendekati pelajar lelaki di dalam kelas itu namun hasratnya dibatalkan .

'Kalau aku tanya,confirm dia kutuk Taehyung' Getus hatinya .

Ketika sesi pembelajaran berlangsung,matanya tidak putus-putus memandang ke luar kelas . Siapa tahu Taehyung akan datang .

——

Selepas tamat waktu sekolah,Jimin mengambil keputusan untuk pergi ke padang bola keranjang yang selalu dikunjunginya bersama Taehyung selepas waktu sekolah .

Sesampai sahaja dia di sana,kelibat Taehyung muncul .Taehyung duduk di salah satu bangku,termenung jauh dan tidak menyedari kehadiran Jimin .

Perlahan-lahan Jimin mendekatinya .

"Aku syak kau panjat pagar lagi harini" Jimin melabuhkan punggungnya di sebelah Taehyung .

Taehyung tersenyum senget . "Kenapa ? Kau nak join ?"

Jimin ketawa kecil .

"Pasal semalam,aku minta maaf,aku tak tahu dorang macam tu" Jimin menepuk bahu Taehyung .

"Takde hal lah,sepatutnya aku dah biasa tapi entah kenapa semalam aku rasa macam pengecut,agaknya aku ni perlahan-lahan nak jadi perempuan"

Taehyung ketawa .

"Asal kau ponteng sekolah hari ni ? Mak Ayah kau tak marah ke ? Kalau aku silap hari bulan ni dah kena sebat agaknya" Jimin bertanya .

"Aku dah tak ada mak ayah,takde sape nak marah,cikgu pun dah tak kisah" Taehyung membalas .

"Oh .. sorrylah sebab tanya tapi mana dorang ?" Jimin memandang Taehyung .

"Ayah aku dah takde,kena bunuh . Mak aku ? Hurmm .. aku benci dia"

Jimin agak terkesima mendengar jawapan Taehyung,jawapan Taehyung membuatkan dia tertanya-tanya akan kisah silam remaja lelaki ini .

Taehyung memandang wajah Jimin yang terdiam .Bibirnya mengukir satu senyuman senget .

"Aku anak tunggal,masa aku umur 6 tahun,mak aku lari ikut lelaki lain sebab ayah aku miskin .Aku mengaku kitorang tak kaya tapi selama dia jaga aku dengan mak aku,tak pernah kami kebulur sebab tak makan,tempat tinggal ada,pakaian ada,makan pun cukup .Tapi itulah,jantan yang dia ikut tu lagi kaya kot .Lepas mak aku lari,aku tinggal berdua je dengan ayah aku,bila lama-lama aku dah biasa tak ada mak,tengok orang lain ada mak,aku tak kisah sebab aku still ada ayah .Masa aku 9 tahun,ayah aku kena bunuh,dengan siapa ? Dengan suami baru mak aku sebab dia nak harta nenek dan atuk aku jatuh dekat mak aku,masa tu atuk aku baru meninggal and masa tu dia suruh tandatangan surat wasiat,tapi ayah aku tak nak,ayah aku melawan,tapi dia paksa,dia pukul ayah aku sampai lembik,tak cukup dengan tu dia tikam lepastu dia pergi macam tu je" Taehyung menghembus nafasnya .

"Ayah kau tak sempat tandatangan la ?" Jimin bertanya .

"Dia tandatangan,tupun sebab jantan tu ugut nak kelar aku" Taehyung menyeka air matanya yang sedikit tumpah .

Pedih untuk menceritakannya tetapi sudah lama dia memendam rasa sedih hatinya ini dan dia memerlukan seseorang untuk mendengar luahan isi hatinya .

"Lelaki tu kena tangkap dengan polis tak ?" Jimin bertanya lagi .

Taehyung menggeleng .

"Tak cukup bukti dan saksi,kes tu kena tutup"

Jimin menggeleng tidak setuju .

"Tak boleh jadi,kau sabar sikit je,6 tahun lagi,bila aku dah jadi pendakwa raya,aku akan buka balik kes ayah kau dan akan dakwa pembunuh tu"

Taehyung tersenyum .

"Kau memang suka cakap besar kan ?"

"Mana ada weh,aku serius ni"

Senyuman Taehyung menipis .

"Aku ingat lelaki tu tapi aku tak jumpa dia" Taehyung memandang ke bawah .

"Serius ? Wuishh .. lagi senang kerja aku,weh ! Apa kata kau jadi pendakwa raya jugak ?"

"Tak nak aku ! Kau ingat otak udang macam aku ni layak ke nak ambik undang-undang ?"

"Belum cuba belum tahu"

"Kan aku dah cakap aku pandai panjat pagar je"

"Polis ?" Jimin tersenyum riang .

"Ihh ! Diam kau,kang aku terajang jugak kau ni"

Jimin ketawa kemudian memandang langit .

"Tapi aku serius ni,aku akan tolong kau dakwa orang tu walau apapun jadi,aku janji"

Taehyung mengangguk perlahan .

"Aku pegang janji kau"

- - - -
Bersambung ...

WHAT ?! TAK SANGKA EN TAEHYUNG PUNYA HIDUP SEDEYH CENGGINI 😭 NAK SCENE AIR MATA TAK ??

LOST| KTH x PJM |Where stories live. Discover now