Part 3

7K 551 13
                                    

Sepanjang perjalanan, Minyoung dan Yoongi hanya diam membisu.

"Rumah kau kat mana ?" Yoongi bertanya memecah kesunyian.

Minyoung hanya mendiamkan diri.

"Aku cakap dengan stereng kereta ke ?" Seloroh Yoongi.

Masih diam.

"Takpe lah. Malam ni kau tidur rumah aku. Aku pun bosan duduk sorang" kata-kata Yoongi benar-benar menyedarkan Minyounh dari lamunan.

Minyoung memandang Yoongi dengan mata yang dibulatkan.

"Awak gila ke ?? Ohhh selama ni awak ada niat yang tak baik kat saya lah ?? Konon tak bagi saya datang kat majlis tadi. Turunkan saya !" Minyoung memukul bahu Yoongi bertubi tubi.

Yoongi yang berasa pemanduannya terganggu dek kerana pukulan Minyoung terus memberhentikan keretanya di tepi jalan.

"Turun lah. Nak sangat kan ? Nanti kena culik, lepas tu dia bunuh, bedah mayat kau nak amik organ kau, lepas tu buang mayat kau kat tapak pelupusan sampah. Hah turun lah" Yoongi menakutkan Minyoung.

Minyoung diam.

Yoongi terus keluar dari keretanya dan membuka pintu untuk Minyoung. Tetapi Minyoung masih duduk di tempatnya bermain dengan jarinya sendiri.

"Tadi kata nak turun. Turun lah. Nak aku yang turunkan ?" Yoongi  meleraikan tali pinggang keledar lalu menarik Minyoung keluar dari kereta.

"Sakitlah !! Apa awak buat ni ?? Okey okey saya ikut awak balik rumah ! Tapi jangan tinggalkan saya kat sini" Air mata Minyoung mula bertakung di kelopak matanya.

"Hmm tahu takut. Dah masuk balik. Ke nak aku tinggalkan kau kat sini betul-betul ?" Yoongi terus meluru masuk ke tempat pemandu dan menghidupkan enjin keretanya.

Minyoung kelam kabut masuk semula ke dalam kereta Yoongi dan menutup pintu. Perjalanan diteruskan.

——————————

"Takde apa pun rumah aku ni. Biasakanlah diri kau kat rumah aku ni yeee" Yoongi terus masuk ke dalam biliknya.

"Err tapi saya nak tidur mana ?"

Yoongi tidak mengendahkan soalan Minyoung.

"Lelaki bodoh !" Jerit Minyoung sambil menghentakkan kakinya.

Yoongi keluar dari biliknya.

"Apa kau cakap tadi ?"

Minyoung terkejut.

"Saya cakap LELAKI BODOH" Minyoung mengulangi ayatnya.

"Aku ke ?" Jarinya telunjuknya dihalakan ke dirinya sendiri.

Minyoung mengangguk.

Yoongi masuk semula ke dalam biliknya.

Minyoung mula cemas. Yoongi kelihatan sangat marah.

"Alamak apa aku nak buat ni ?? Bodohnya aku" Bisik hati Minyoung sambil mengetuk kepalanya sendiri.

Sebaik sahaja Yoongi keluar, Minyoung ternganga kerana Yoongi membawa keluar buku sekolahnya !

"Kau duduk depan aku sekarang. Kita tengok siapa yang bodoh sebenarnya"

Minyoung duduk menghadap Yoongi dengan muka takut kerana MINYOUNG LEMAH DALAM PEMBELAJARAN.

Yoongi menahan ketawanya apabila melihat Minyoung yang tidak senang duduk dihadapannya.

"Kenapa dengan kau ni ?"

Saya Cintakan Awak ✅Where stories live. Discover now