Part 14

4.1K 407 3
                                    

Selepas Minyoung dan Yoongi meluangkan masa bersama, akhirnya mereka pulang.

Jimin dan Hoseok sudah pulang ke rumah mereka terlebih dahulu.

——————————

"Minyoung ?"

"Apa ?" Minyoung memandang Yoongi. Senyuman masih terlakar di wajahnya.

"Saya nak tanya beberapa soalan"

"Tanya lah"

"Andai kata saya dah tiada lagi. Adakah awak masih ingat kat saya lagi dan adakah awak masih mencintai saya ?"

"Soalan apa awak tanya ni ?" Minyoung sedikit terperanjat mendengar soalan Yoongi.

"Saya ...... tanya je"

"Mestilah saya ingat kat awak dan cintakan awak" Minyoung tersenyum. Sekali lagi Yoongi berasa sebak melihat senyuman Minyoung.

Adakah itu kali terakhir Yoongi melihat senyuman Minyoung ?

——————————

Pada malam itu, Yoongi akan memberitahu perkara yang amat penting kepada Minyoung.

"Minyoung. Saya nak cakap sesuatu" Yoongi duduk di hadapan Minyoung.

"Apa ?" Mata Minyoung leka memandang televisyen.

"Esok ..... saya pergi jumpa Jin" perlahan sahaja suara Yoongi.

Minyoung terkejut lalu terus memandang Yoongi.

"Awak dah gila ke ?!"

"Kenapa pulak saya gila ? Saya serius nak pergi jumpa Jin untuk berhenti mencari awak dan mengganggu kita. Awak pun taknak dia ganggu ketenteraman awak kan ?"

"Tapi Jin tu dah gila. Jungkook koma sekarang sebab dia"

"Sebab Jungkook jadi macam tu lah saya nak berhadapan dengan Jin supaya hentikan semua ni"

Minyoung terus berlari masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu. Dalam pada masa yang sama, Yoongi sendiri taknak berhadapan dengan Jin yang sudah tidak waras itu.

"Maafkan saya Minyoung . Saya mesti berhadapan dengan Jin jugak" bisik hati Yoongi.

Minyoung di dalam bilik pula sedang menangis teresak-esak dengan muka yang ditekupkan di bantal.

"Aku taknak kehilangan Yoongi"

Hanya itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Minyoung.

Saya Cintakan Awak ✅Where stories live. Discover now