Setelah berbulan.

63 0 0
                                    

Jadi semalam, setelah kita berdua masing-masing kenyang dengan berger yahudi (kata mereka), kau mula memecah kesunyian. Kau mula bercerita tentang bekas-bekas kekasih kau yang sebenarnya buat aku kagum, dan buat aku hendak menangis kerana kau sudah mampu untuk bercakap tentang mereka. Kau mula bercerita dengan perasaan-perasaan yang tidak baik yang tidak pernah tidak mengganggu kau. Dan di akhirnya setelah cerita mula bertukar tentang hidup aku, kita dapat membuat kesimpulan bahawa kita berdua tidak tahu apa yang kita benar-benar mahukan. Dan hari ini seperti sebelum-sebelum ini, engkau tetap engkau selama bertahun yang aku kenali, pergi setelah rasa bersalah datang dalam diri, dan nanti kau datang lagi. Aku tetap disini,terus menanti apa yang aku sendiri tidak pasti.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 03, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tentang laki-lakiWhere stories live. Discover now