Syaza Elina
Aku Syaza Elina bt Tan Sri Eizad Hakimi. Umur aku 18 tahun. Daripada nama ayah aku korang boleh agak kan yang aku ni hidup dalam keadaan serba mewah. Sebut sahaja apa aku mahu pasti dapat. Tambahan pula, aku anak bongsu daripada empat adik beradik. Yang malangnya aku takda kakak. Semua abangs. Hah! Hampir lupa pulak aku. Aku menyambung pelajaranku ke peringkat STPM.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa tak sambung overseas? Yelah anak orang kaya. Hmm sudah lah cerita pasal aku.
"El!!!! Turun makan! Kamu buat apa terperap je dalam bilik tu?! Turun cepatt!!!" Haaaa tudiaaa... Mem besar a.k.a Puan Sri Shima Anastasha merangkap kepada mama kesayangan aku. Tu dia dah pasang volume kemain kuat tu. Better aku turun cepat.
"I'm coming maa!!" jeritku dari dalam bilik. Berlari-lari anak aku mendapatkan mama yang berada di dapur. "OMG! Nasi lemak! Ni nak sayang mama lebih sikit ni." ujarku lantas mengucup pipi kiri dan kanan mamaku.
"El! Pinggan please..." kata Syaz Emirul kepadaku. Hish! Nak membuli lah tu. Aku mengerutkan dahi. Perlahan lahan aku pergi juga ambil pinggan untuk semua orang. Yang Syaz Emirul ni along aku. Aweks keliling pinggang. Takda satu pun yang lekat. Pening mama dibuatnya.
Syaz Eiqal, angah, yang paling rapat dengan aku dan aku sangat manja dengannya. "Kalau El bukan adik angah, dah lama angah pinang." Itu yang sering dikatakan olehnya kepadaku.
Alang, Syaz Ezuddin. Ni lagi satu bala. Dia ni abang kembar aku. Kawan gaduh aku. Asal jumpa gaduh. Hahaha... Mama pun dah tak tahu nak cakap macam mana kat kitorang.
Korang pelik kenapa aku tak banyak cerita pasal papa aku? Hmm papa aku tu kerja manjang. Susah nak tengok dia ada kat rumah. Jadi oleh sebab tu aku tak rapat sangat dengan papa. Papa ada syarikat sendiri. SYAZ'S HOLDINGS.
"Dik, esok sekolah kan? Gerak sekali dengan aku okay?" Syaz Ezuddin lah punya suara. Aku mengangkat kening. "Apahal pulak? Kau kan naik motor. Aku naik kereta. Kau jangan mengada lah bang!" jelingku tidak puas hati.
"Motor masuk wad." ujarnya lalu meninggalkan kami semua. Aku ternganga seketika. Kurang asam betul! Time ni jugak motor dia nak buat hal!! Aku tidak pun menghabiskan makananku. Protes!!
YOU ARE READING
MASIHKAH ADA CINTA?
Romance"Adam Firdaus. Nama seindah tuannya. Jatuh hatikah aku?" "Aku tak kira! Aku nak kahwin jugak dengan FIRDAUS!!!" -El- "Syaza Elina. Nama tak seindah tuannya. Harap muka je cantik. Perangai? Hampeh!" "Sape yang nak kahwin dengan kau?! Aku taknak! Aku...