Bab 2

252 14 0
                                    

Adam Firdaus

"Fir.. Meh tolong ayah kejap. Bungkuskan nasi lemak ni." Encik Othman, ayah aku bersuara. Aku yang sedang bersiap hendak ke sekolah mempercepatkan langkahku kepada ayahku.

"Ayah. Sudahlah tu. Biar fir yang buat. Ayah pergi berehat ye?" ayah kelihatan sangat uzur walaupun usianya baru mencecah 50 tahun. Aku anak bongsu daripada 3 adik beradik.

Tanganku begitu pantas menyiapkan semua kerja ayahku agar aku tidak mahu terlewat ke sekolah kerana hari ini merupakan hari pertama aku di sekolah itu.

"Sudah. Kamu pergi sekolah. Nanti terlewat pula." ayah muncul tiba di sebalik daun pintu dapur kami.

"Ye lah ayah. Dah siap pun ni. Fir pergi sekolah dulu ayah. Doakan Fir eh?" pintaku lalu mencium tangan ayahku sebelum pergi ke sekolah. Ayah hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

»»»»

"Selamat pagi cikgu!" ucap pelajar kelas 5 Anggerik kepada guru mereka. Guru mereka masuk dengan seorang budak lelaki. Hmm akulah tu! Haha...

Aku berumur 17 tahun. Hmm jadi korang pandai-pandai faham lah aku ni tingkatan berapa.

"Baiklah. Okay semua. Hari ni kita ada pelajar baru. Adam kenalkan diri kamu." ujar Puan Azmah merangkap guru kelas aku. Aku tersengih seperti kerang busuk. Aduh segannya aku.

"Err.. Nama saya.. Adam Firdaus bt Othman.. Emm.. Saya baru je pindah kat sini. Err..eemm selamat berkenalan." aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Ada yang tersenyum melihat gelagatku. Ada juga yang membuat muka menyampah. Seolah-olah aku ni mengannoyingkan. Biarlah mereka.

"Okay kamu boleh duduk di sebelah Amir sana." ujar Pn Azmah yang jari telunjuknya menunjukkan tempat kosong di sebelah seorang pelajar lelaki yang bernama Amir itu.

Aku memberikan sebuah senyuman kepada Amir lalu memperkenalkan diri. "Adam Firdaus." ujarku. "Aku Amir." ujar jejeka yang boleh tahan kacak jugak ni. Hey! Aku bukan gay okay!

Aku meneruskan kelas seperti biasa. Ada juga aku dengar suara-suara sumbang yang tidak senang dengan kehadiran aku.

"Kau tengok tu Lan. Semua perempuan senyum-senyum kat dia. Heh! Bukan handsome pun! Tergugat lah kemachoan gang kita ni!"

"Kita kena buat sesuatu agar dia tak berani nak macam-macam dengan kita."

Tergelak sendiri aku dengar kata-kata mereka. Aku datang sini nak belajar bukan nak raih populariti. Ish diorang ni!

»»»»

"Adam. Jom rehat dengan aku sekali" ajak Amir. Aku hanya menuruti langkah Amir. Sedang aku turun tangga hendak ke kantin...

"Tepi!! Tepiii! Princess nak lalu!!!" sapa pulak Princess ni? Betul betul ada puteri raja ke kat sekolah ni? Aku termenung sekejap.

"Hoii!! Kau tak dengar ke aku cakap apa tadi?!! Tepilah! Princess nak lalu!!" Oii mak kau! Ni jantan ke apa ni? Menjerit macam nak pecah telinga aku dengar. Amir segera menarikku agar ke tepi.

"Farah.. Takyah lah over sangat. Haha.." Hmm ni ke Princess yang diorang sibuk jerit-jerit tu. Biasa je aku tengok. Takde lah lawa mana. Eh, tapi adalah lawa sikit! Haha..

"Dia betul-betul Princess ke Mir?" soalku kebingungan. Amir hanya tersenyum.

"Jom aku cerita sambil jalan. Kang tak sempat pulak nak makan." ajak Amir. Amir pun mulalah bercerita pasal si 'Princess' ni..

Alkisahnya... Nama Princess ni Syaza Elina Tan Sri Eizad Hakimi. Pelajar Tingkatan 6 kat sekolah ni. Juga pelajar harapan sekolah. Sangat aktif dalam sukan futsal dan badminton. Kalau nak tahu si Princess ni juga Penolong Ketua Pengawas. Semua lelaki tergila-gila kat dia termasuklah kawan baru aku, si Amir ni. Dipanggil Princess kerana ayahnya. Ayahnya sangat berpengaruh bukan sahaja di sekolah ni malah di seluruh negara. Tapi takkan sebab tu je?

"Tu je lah sebab dia." kata Amir lagi. Macam tak munasabah je. 'Orang kaya disanjungi, orang miskin dihinai.' Eh! Pelik je peribahasa aku ni. Haha lantaklah.

"Tapi takkan cikgu pun kena tunduk kat dia?" soalku ingin tahu lagi. Entah lah. Aku pun tak tahu kenapa aku berminat sangat nak tahu pasal Princess ni. Amir hanya tersengih.

"Kan dia pelajar cemerlang sekolah. Cikgu pun sayang kat dia. Cikgu yang kenal dia tahu lah yang dia tu tak sombong. Kau nampak je macam garang. Hati baik tu." puji Amir pula. Haih Amir ni dah betul-betul tangkap cintan ke dengan si Syaza Elina ni?

"Tapi kan Adam.. Si El ni sosial habis!" tiba-tiba Amir bersuara.

Hah!! Aku dah agak. Anak orang kaya biasalah tu. Tak hairan pun. Aku membuat muka.

»»»»»

"Eh, El.. Kau betul betul nak kena kan budak tu ke?"  El? Hmm Princess tu ke? Budak mana pulak yang dia nak kena kan ni? Kena dengar ni.

"Hey! Mestilah. Ni El okay. Takkan tak kenal lagi aku macam mana." El bersuara.

"Hoi! Kau buat apa ni?! Curi dengar eh?" aku disergah tiba-tiba. Alamak! Kantoi pulak. Adesss....

"Eh taklah. Saya nak balik kelas ni. Saya gerak dulu ye.." jawabku laju. Jalan cepat jalan cepat.. Mati aku..

Tiba-tiba kolar bajuku direntap dari belakang. "Kau nak pergi mana ni hah?!!"  Aku dipusingkan menghadap mereka. Mataku seakan terpukau dengan keindahan ciptaan Tuhan. 'Ya Allah! Indahnya cipataanMu..' ujarku dalam hati.

"Kau pandang apa?! Eh.. Kejap.. Kau ni pelajar baru ke? Aku tak pernah nampak pun?" ujar gadis yang paling cantik sekali antara mereka bertiga.

"El!!! Eiii budak ni buat perangai lagi eh! Meh sini.." muncul pula tiba-tiba seorang lelaki dari mana entah. Terus dia melepeskan tangan El dari kolar bajuku. Selamba mak aihh dia peluk gadis yang bernama El ni.. Dan dua lagi gadis itu membuntuti langkah mereka.

Segera aku membetulkan kemejaku.

"Maafkan El ni ya? Dia memang macam ni." tiba-tiba lelaki itu melaungkan kata-kata maaf. Tak ada adab ke? Nak minta maaf depan-depan lah. Ni terjerit-jerit pula. Aku hanya mampu menggelengkan kepala.

El? Hmm.. Manis.. Aku tersenyum sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 02, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MASIHKAH ADA CINTA?Where stories live. Discover now