part-1

234 5 5
                                    

    AKU berjalan menuju ke arah kawan-kawanku. Di kolej Metrics. Seperti biasa tiada apa berlaku melainkan gossip yang berlebihan daripada kawan-kawanku. Ya, aku memang layankan mereka tetapi aku langsung tidak memberikan apa-apa komen yang buruk. Terasa berdosa jika mengomen sesuatu buruk.

      "Weh korang semua nak tau tak? Hari ni ada beberapa orang tengku nak datang kolej kita nii!" Airis tiba-tiba menjerit dan memeranjatkan kami. "Hah? Apa dia?" serentak kami menanya meminta kepastian. Airis menayang muka tak puas hati. "Haish susahnya ade kawan blur ni. Harini Ade tiga orang tengku dan beberapa orang pegawai nak datang sini. Nak periksa pelajar dekan sem lepas." perlahan suara Airis berkata. Tidak mahu mengulang lagi. Kami gelak perlahan melihat keresahan Airis yang agak comel itu. Rasa macam nak gigit je.

     "So ada apa yang penting ke? Tu je kan?" aku tiba-tiba bersuara. Ye la apa yang penting sangat kan? "Apa kau ni! Kau kan pelajar dekan berturut-turut." Lily dan Airis berkata serentak. "Eh? Yeke? Tak tau pulak aku ni pelajar dekan. Mesti berkat tak bergosip nii.." aku senyum senget. Mula naik kembang pulak hidung ni. Kawan-kawanku tayang muka menyampah. "Ko tok sah bebongkak eah. Kang Allah tarik sat gi." Emira mula mengugut. Pap! Ye, aku kene tamparan kuat. Sentap. "Alaaa..yela aku tak bongkak dah..jangan la doakan yang buruk-buruk," muncungku sudah naik menggunung. Takut akan apa yang mereka kata.

Kringg~

     Loceng sudah pon berbunyi. Masa untuk masuk ke kelas.

                            *******
      "Hah..hah.." aku berlari anak apabila Airis sudah tahu siapa yang tertumpahkan kopi diatas buku latihan dan nota nya. Aku memang rasa bersalah tapi tadi dia kejar aku macam monster yang kelaparan. Aku lari, lari dan lari mencari tempat untuk bersembunyi. Aku masuk kedalam dewan besar. Kedengaran suara Airis, "Hah..hah..ARIANA ROSE MANA KAU!! KALAU KAU BUNGA ROS BETUL AKU DAH CANTAS DAH. Dahlah aku memain je la weyh! Keluar la nak mula kelas kejap lagi ni! Weyh!" kedengaran suaranya semakin dekat. Aku terus berlari dan masuk kedalam langsir dibelakang dewan. Apa? Ingat aku tak tau kau tipu. Nasibla langsir ni panjang gila.

        Aku mengundur sedikit dan berhenti apabila terasa seperti aku terpijak sesuatu. 'MAK AI!! APA BENDE NI?! JANGAN CAKAP LIPAS ATAU KATAKLA!!' suara hatiku meraung. Ya aku memang benci akan makhluk dua ekor itu kerana trauma masa kecil. Aku tolehkan kepala perlahan-lahan. Berharap bukan sesuatu yang mengerikan. HARAPLAH BUKAN HANTU!!

AIK?

       Kenapa kaki orang? Dahla kasut jenama mahal nii. Dengan perlahan aku menaikkan pandanganku. Kaki, betis, peha (berseluar ea), badan... "OPOCOT NENEK I!!" arrrgghhh..saper mamat niii?!! HOT NYA!! Tapi masalahnya sekarang ni..RAPAT SANGAT KITORANG NII!! "Anna kau kat mana?!" Sebaik saja aku mahu menjawab, lelaki misteri itu menekup mulutku seraya suara Airis kedengaran.

        Ya Allah ya tuhanku jangan la perkara buruk atau salah faham terjadi. Kenapalah aku pergi lari tadi...aku lebih rela kene marah dengan Airis daripada tersekat dalam keadaan macam ni. Dah la badan aku rasa macam kene kawal ni. Tak boleh gerak langsung. Sudah agak lama seperti itu dan tidak lagi suara atau kelihatannya Airis lelaki 'misteri' itu melepaskan tangannya. Dengan sepantas kilat aku menolak tubuh lelaki itu. Lelaki itu cuba menenangkan ku tetapi aku menepis. "Apa awak buat ni?! Siapa awak nak sentuh saya?!" aku berdesih. Cepat cepat aku keluar dari langsir tersebut.

      "H-hey relax okay. I takde niat pon nak buat macam tu." Lelaki tersebut cuba menenangkanku lagi. "Huh..apa awak ingat saya nak percaya awak ke?" aku memandang lelaki tersebut dengan sinis. "Hey don't you dare to talk about me like that. Aku takkan tergamak nak buat perempuan macam tu," dahinya sudah berkerut. Wajahnya menjadi merah padam apatah lagi aku. "Bukti" aku tidak mahu kalah apabila aku sudah terasa sesuatu yang tidak kena.

Cinta Yang DisakitiWhere stories live. Discover now