bab2

154 7 1
                                    

SUDAH lama sejak peristiwa pelik itu. Lelaki yang tinggi lampai mungkin 183cm, kulit sawo matang, mata yang tajam, bibir yang merah menandakan dia tidak merokok, hidung mancung, berlesung pipit, semua itu sudah membuatkanku mengenangnya semula. Walaupun dia agak menjengkelkan tapi aku rasa aku minat dia la.

Tapi mungkin kami tidak ditakdirkan bersama. Dia yang kacak mesti sudah berpunya. Tidak apelah, di luar sana mungkin lebih banyak yang lebih baik.

Aku sedar dari mimpiku yang teringatkan dirinya. Rasa segan mula melanda. "Arrgghhh..kenapalah termimpikan dia lagi?! Ayat jiwang pulak tu!" aku terus turun dari katil sambil membebel lalu mencapai tuala yang elok disangkut pada penyangkut. Tidak membuang masa aku terus masuk kedalam kamar mandi.

"Haahhh~ nyamannya rasa mandi dalam jakuzi ni." aku berasa amat bersyukur kerana mempunyai abang yang sangat penyayang kerana renovated kan bilik airku daripada tab mandi menjadi jakuzi. Tanganku mencapai jam digital yang berada tidak jauh dari jakuzi ku. "Haa...awal lagi ni. Lagi satu jam setengah baru datang kolej. Haishh..tengok! Sebab aku mimpi kau la aku bangun awal." aku membebel sendirian apabila teringat yang aku bangun dari tidur terlalu awal harini disebabkan dia.

"Apa aku nii..salahkan dia pulak. Padahal salah aku." aku yang telah siap mandi keluar dari jakuzi dan membalut tuala disekeliling badanku. 'Harini nak sarapan apa ya? Alang-alang dah bangun awal ni. Rasa nak makan tomato. Apa kata kalau aku masak sarapan syatsuka? Sedap jugak.' hatiku berkata apabila perut kecilku berkeroncong.

*******
"Hello?" aku mengambil iPhone X ku yang berdering. "Ha? Dokumen tertinggal? Asal pulak aku yang kene ambik? Kau la pergi ambikkan. Takde keje apa suruh aku ambik?" aku sudah kegeraman. Yela kau tu pekerja aku kau la yang kene buat tugas. Pekerjaku membalas "Mintak maaf la tuan, tapi dokumen ni mesti tuan yang kene ambil, kami sebagai pekerja dianggap bukan yang menguruskan." lembut sahaja kata pekerjaku. "Eish kau ni menjawab je kerja. Ye lah aku pergi ambil, bila?" tanyaku. Teringat lagi yang seorang doktor menyuruhku melatih untuk menahan kemarahan. Ya aku sabar tapi nanti kau.

"Petang ni tuan, lagipun pukul 3 ni tuan tiada apa-apa meeting dengan klien." dia menjawab lembut."Hah nanti aku ambil." haish kusutnya kepala. Dengan masalah syarikat lagi, mak bapak lagi.. haduh haduh... Aku berjalan menuju ke meja staff ku. "Hei you ni semak la dulu lain kali. Ni ada salah ejaan dengan tarikh ni. Betulkan sekarang. Petang sebelum balik I nak." Aku memang sangat stress sekarang dengan masalah.

Pekerja ni pun satu, malas sangat. Suruh semak suruh semak tapi tak jugak. Kalau aku pecat kang aku pulak susah buat kerja. Haiihhh..STRESS!! Nasiblah petang ni pergi kolej je takdela susah sangat. Haduhh..

Arian Rafael bersabarlah.

********
"Fudge betul lah! Time ni lah kau rosak! Kereta..kereta..memang minta ganti baru ni.." aku berleter seorang. Dah lambat ni. Lagi lima minit kelas nak mula. Mati la naakkk.... Terpaksa lah aku panggil Uber. Kene pakai duit lagi..

Sepuluh minit berlalu baru la Uber sampai. "Maaf kak tadi jalan jame" kata pemandu Uber itu. "Takpe dik yang penting sekarang bawak laju. Akak dah lambat ni" aku sudah mula cemas kerana kelasku sudah lima minit bermula dan aku sebagai pelajar dekan pon tidak boleh datang lambat. Tidak sampai berapa saat Uber itu sudah meluncur dengan laju.

*********
Peluh ku menjadi sejuk apabila tiada seorang pon dari dalam kelas ada di mana-mana sekarang. Ternyata aku ialah orang paling lambat. Sedang aku berlari kekelas yang patut aku sudah tiba dari tadi aku terlanggar seseorang. Aku terjatuh diatas badan lelaki tersebut lalu aku mengangkat muka memandang mangsa tanpa sengaja itu. Lelaki itu juga memandang aku.

ARIAN?

Aku tersenyum bagaikan kerang busuk apabila dia menunjukkan wajah bengangnya. "Weyh, kau ingat kau dah langgar aku pastu kau nak senyum je?" dia memandang wajahku tajam. "BANGUNLAH BERAT!" dia meninggi kan suara apabila aku belum berganjak dari tubuhnya. Serta merta aku bangun apabila menyedarinya. Memang sangat memalukan betul aku ni.

Cinta Yang DisakitiWhere stories live. Discover now