BAB 3

801 38 0
                                    

Selesai sudah membeli belah bersama, semua ahli berkumpul untuk menunggu jawaban dari mulut yerin dan Taehyung  setuju atau tidak. Mereka berharap tidak mengecewakan lah.

"Mama/Omma Tae dan yerin setuju. " kata Taehyung dan yerin dengan serentak. Melihat riak wajah keluarga mereka senyum tak terkira.

"Yennie, betul ke ni kamu tak main. " tanya Omma yerin dengan riak gembira sangat. Yerin hanya mengangguk.

"Baju kahwin kitorang dah siap so tak payah lah risau sangat nak cari baju lain. " kata yerin.

"Kalau macam tu minggu depan tarikh perkahwinan kami berdua. " kata Tuan Jung dan Tuan Kim a.k.a Appa mereka berdua.  Sebenarnya Apa yerin ni baru je balik, dia tak balik sekali dengan anak lelakinya iaitu jung Hoseok Oppa kepada yerin , kata Appa yerin Oppanya nak duduk sana lama sikit katanya nak tenangkan fikiran. Jadi Appa nya balik sorang je lah.

"Cepatnnya Appa tak boleh ke satu tahun ke. " rungut yerin .


"Uishh apa cakap macam tu mana ada orang tunggu 1 tahun baru nak kahwin, lama nanti di kebas oleh orang.  Tak boleh lama-lama. " balas Appa yerin dengan saja nak kena kan Anaknya yang manja ni. Yerin hanya mengangguk je malas nak cakap banyak, kalau nak halang lagi lah di tegak juga. Mengalah je lah.

'Aku terima dia bukan aku suka kan dia pun , tapi aku buat semua ni sebab Omma dan Appa,  bukan sebab hati aku.' kata hati yerin dengan sayu je.

SKIP

( HIGH SCHOOL BANGTAN)

Di kelas yerin semua pelajar dalam kelas nak ke bilik sains . Yerin dan Yuju  orang paling akhir sampai,   yerin dan Yuju menuruni tangga sekolahnya untuk menuju ke bilik makmal sains,  tiba-tiba mereka berdua terserempak dengan cikgu Taehyung,  yerin yang ada depan tu sudah pun malu,  siapa tak malu kalai cikgu kita sendiri yang akan jadi suaminya.  Taehyung yang memandang yerin dan meng wink kan matanya kepada yerin sambil tersenyum nakal pada yerin.


Yerin dah gelabah mukanya sudah pun merah terus dia tarik tangan Yuju dan meninggalkan Taehyung sorang dekat tangga.  Nasib baik tak ada orang ramai.  Yuju yang melihat kelakuan mereka berdua hanya tersenyum.

'Aku akan pikat juga hati kau yerin, kau milik aku sorang je tiada siapa yang akan ambik kau dari aku. " kata Taehyung dengan nakalnya didalam hatinya lalu dia berlalu di situ menuju ke bilik guru.

"Suka lah tu dapat wink dari bakal suami kau tu , sweet juga cikgu Taehyung ni eikk. " bisik Yuju di telinga yerin saja nak ejek. 

"Kau nak makan pizza dari tangan aku ke, kalau kau nak aku bila masa je aku bagi nak. " marah yerin sambil menaikkan tangan sebelah kanannya. 

"Ishh yelah orang gurau sikit tak boleh ke dah jom kita dah lambat ni , tak pasal kena denda dengan cikgu baru tahu. " cebik Yuju lalu menuju ke makmal sains.

SKIP*

( DI KANTIN)

"Yuju Ah kejap tau aku nak pergi air kejap lupa nak beli. "Kata yerin lalu pergi beli air,  setelah selesai beli air yerin menuju ke meja makannya tiba-tiba duitnya jatuh.  Yerin mengambil duit tu dibawah apabila yerin bangun airnya jatuh dan terkena pada baju sorang namja.  Yerin melihat namja tu rupa nya mingyu ,umur sama tapi kelas lain jadi yerin ni tak kenal sangat.

"Yakk apa kau dah buat ni habis baju aku basah kau tau tak hah. " marah namja yang bernama mingyu kepada yerin .

"Mianhae saya tak sengaja." yerin segera meminta maaf pada mingyu tapi maaf nya tak terima.

My Teacher is My Husband (Taerin)*TAMAT*✔Where stories live. Discover now