BAB 16

525 18 0
                                    

(PULANG SEKOLAH)

Semua pelajar sekolah high school Bangtan sudah pulang hanya yerin, yuju, SinB sahaja belum pulang sedang menunggu pujaan hati mereka datang mengambil mereka. Jungkook masih ada dalam sekolah sedang membantu Taehyung hantar buku nota.

Setelah selesai semua Taehyung, jhope dan jungkook  menjemput mereka lalu pulang ke rumah . Tetapi tidak dengan jhope, si jhope ni buat kerja dua kerja,  tamat sesi persekolahan dia akan pergi ke syarikat nya untuk menguruskan apa yang patut.

Tetapi sekarang dia hendak menghantar SinB yang dia pelawa untuk menghantar SinB tapi bukan nak bawak balik tapi membawanya sekali pergi syarikat nya.

Dalam perjalanan mereka mengambil masa setengah jam.  Akhirnya mereka sampai di pejabat jhope. Jhope berjalan menuju ke biliknya manakala SinB mengikutinya dari belakang.


SinB baru perasan langkah pertama dia jejak syarikat jhope riak wajah jhope berubah menjadi dingin . Para pekerja nya memberikan senyum pada jhope dan SinB tapi jhope sikit tak senyum. Sampai saja di biliknya.  jhope pelawa SinB masuk dengan senyuman yang manis pada SinB. 

Para pekerja nya jhope terkejut perubahan Boss nya terhadap yeoja di sebelahnya tu.  Selama para pekerja jhope berkerja dengannya tak penah melihat Bossnya senyum macam tu selalu menghadiahkan pandangan dingin pada para pekerjanya.


"Awak boleh saya tanya sikit boleh tak tapi jangan marah lah. " kata SinB sambil bermain dengan laptop Jhope yang dia pinjamkan tadi.

"Apa dia. " Tanya jhope tangannya masih lincah menyelak helaian fail.

"Kenapa muka awak jadi ketat bila dekat sini tapi bila dekat sekolah muka awak ceria je. " Tanya SinB lalu memandang kearah jhope yang masih lagi menyelak helaian kertas fail.

"Awak, saya dekat sini sebagai boss, kena lah tunjuk tegas, kalau tak nanti diorang tk buat kerja. " Terang jhope pula.

"Oh macam tu tapi kan kenapa perkerja awak semua terkejut melihat awak senyum tadi. " Tanya SinB lagi.

"Entah selama saya kerja sini,   saya tidak pernah senyum kut, itu yang terkejut tu. " kata jhope pada SinB. SinB meng 'O' kan saja. Lalu menyambung bermain laptop jhope yang di pinjamkan. Jhope hanya tersenyum saja. Jhope menekan interkom disebelahnya.

"Jihyun masuk pejabat saya kejap. " arah jhope dengan suara dingin. SinB hanya melihat jhope yang tengah sibuk.  Tidak sampai 5 minit PA jhope sudah masuk.

"Ya boss. " sapa Jihyun pada bossnya iaitu Jhope.

"Hari ni saya ada meeting tak. " tanya jhope . SinB hanya duduk diam di sofa sambil bermain laptop. Manakala jihyun membuka nota kecil melihat ada ke tidak meeting.

"Ada boss, meeting pukul 4 mesti boss dah kena ada dekat bilik meeting. " terang jihyun. Jhope mengangguk tanda faham. Lalu mengalih pandangan nya pada SinB yang tengah main laptop nya sambil memegang perut.

"SinB, awak nak apa-apa ke. " tanya jhope memandang SinB yang tengah pegang perutnya.

"Ada, saya lapar nak makan boleh. " kata SinB sambil membuat muka agyeo.  Jhope hanya ketawa kecil. PA jhope iaitu jihyun terkejut melihat boss nya ketawa.

"Saya order pizza lah nak. " tanya jhope.  SinB hanya mengangguk saja asal kan kenyang.

"Jihyun sii awak order pizza untuk saya satu ye. " kata jhope dengan dingin.  Jihyun mengangguk terus keluar pejabat bossnya.


SKIP

(SHOPPING COMPLEX)

"Oppa ~~~ mana hobie Oppa ni? " Tanya yerin , sudah setengah jam mereka menunggu jhope sambil makan ais krim.

My Teacher is My Husband (Taerin)*TAMAT*✔Where stories live. Discover now