Cerita kedai kopi (i)

107 6 0
                                    

Aku berhentikan kenderaan di tepi jalan. Keluar kereta dan berjalan naik tangga.

Asyraf: woi. Hantu.

Aku: haha..apasal panggil aku hantu ? kurangajar betul.

Aysraf: yelah. Kau kejap ada. Kejap hilang.

Aku: habis aku nak buat macam mana. Kau pun tahu kerja aku kan. Macam nilah. Ni aku datang nak lepak. Boleh ke tak ?

Fakrul: di alu alu kan. Haha

Aku: wah..makin handsome ah kau.

Fakrul: iya iyalah. Makin hari makin maju. Beg tu letaklah tepi dulu.

Aku: eh tak boleh. Kena sentiasa dekat dengan aku.

Fakrul: okay okay faham. Pesan pesan air.

Aku: ha’a. air asam ais satu eh. asam boi.

“ okay “ pelayan.

Aku: tadi aku dah lalu. Nampak korang. Aku patah balik. sembang rancak tadi nampak. Sampai tangan tangan semua berjalan. Sembang apa ?

Fakrul: dia cerita masa dia kena kacau dulu. Zaman zaman dululah. Throwback gitu haa

“ aku memang tak boleh lari dari benda ni ke apa ? ke mana mana pergi ada je hal mistik “, kata aku dalam hati.

Fakrul: meh lah join sekali.

Aku: ha’a yaya. Sila sila. Sambung sambung. Eh eh kejap. Nasi goreng cina satu eh.

Fakrul: nak yang mualaf punya.

“ ishhh dia ni.. “ kata pelayan sambil membuat muka dan berlalu pergi.

Aku: haha..lain macam kau dengan dia ?

Fakrul: haha tak ada apa apalah. Usik usik je haa.

Asyraf: korang nak dengar ke tak ni ?

Fakrul: eh nak lah. sambung sambung..

Asyraf: okay. aku mula balik dari awal ya. Masa ni aku kerja dekat mall. Xxxxxxx waktu ni dah tutup dah. Jadi aku dengan member aku sorang. Kami semua dekat atas. tengah tutup suis. Dah habis semua kami tutup. Masa nak turun bawah. Tiba tiba kami terdengar bunyi radio. “ laaa. Suis radio belum tutup ke ? “ Tanya member aku ni. aku cakap “ entah “ je. sebab aku fikirkan dia tutup. So mungkin juga dia fikirkan yang aku tutup. So kami decide patah balik dan tutup suis radio. Kami sampai dalam bilik. Aku tekan button nak turn off radio. Tapi button tu macam tak berfungsi. “ asy.. woi asy..” kawan aku sorang ni panggil. Dengan muka dia yang berkerut. Aku pun jadi hairan. Aku tak fikir banyak. Aku pergi dekat dia. dalam dua tiga langkah macam tu ja. Dia tunjuk dekat aku. apa yang aku tengok. Aku rasa macam memang tak masuk akal.

Fakrul: apa yang kau nampak ?

Asyraf: plug radio tu dah bergulung. Dah memang dah simpan dah pun. dah tercabut dari socket. Jadi mana datangnya elektrik untuk hidupkan radio tu. lepas tu dengan tiba tiba juga. radio tu tiba tiba bunyi lain macam sikit. Tiba tiba dia mainkan lagu klasik. Aku dengan member aku ni apa lagi. kami lari tak cukup tanah. Masa kami lari tu. telinga aku masih dapat tangkap satu suara dari belakang. aku syak datang dari radio tu.

Fakrul: suara apa ?

Asyraf: dia ketawa. “HAHAHAHAHAHA” panjang. Dengan garau pun garau but suara perempuan aku rasa. Apa lagi lepas tu. larian kami memang tak normal dah. Orang turun tangga satu satu. Kami sekali boleh pergi dalam empat anak tangga sekali gus. Nasib tak jatuh tergolek.

Fakrul: hahahahaha..

Fakrul tiba tiba berhenti ketawa bila mata asyraf memandang tepat ke wajahnya.

The Creepy Book✔️Where stories live. Discover now