Bab 2
Aku termenung di tepi jendela. Rasa bosan kerana terperangkap di dalam istana ini. Tiada apa yang aku lakukan selain bermain dengan dayang-dayang. Setelah beberapa minit mendiamkan diri di tepi jendela, Aku ternampak kelibat Puteh berjalan ke arah taman dengan lajunya. Aku mengerut dahi. Hairan dengan sikap Puteh pada akhir-akhir ini. Dia sentiasa menghabiskan masa dengan termenung. Aku berlari-lari anak ke arah taman dan cuba mengejar langkah Puteh. Satu-satunya kawasan yang tidak mempunyai hulubalang-hulubalang yang berkawal. Namun tiada langsung kelibat Puteh kelihatan di sekitar taman itu. Aku berjalan di sekitar taman sehingga aku sampai ke kawasan pintu lama di belakang istana yang sudah lama terbiar. Kelihatan satu lubang kecil di sebalik semak. Tanpa berfikir panjang, aku menyusup keluar dari kawasan taman istana melalui ruangan yang kecil itu.
“Di mana pula Puteh ni pergi?”
Aku seperti baru melintasi pintu ajaib. Terkaku melihat kawasan di sebalik taman istana itu.Walaupun hanya dipisahkan dengan tembok istana, kawasan di sebalik taman itu kelihatan menyeramkan. Sungguh berbeza dengan kawasan istana yang selalu aku lawati. Pokok-pokok beralun mengikut angin. Mereka seperti sedang berbicara sesama sendiri. Tidak kelihatan pokok yang rendang. Kawasan itu dipenuhi dengan pokok-pokok yang tinggi lampai dan berdahan besar. Tanah pula diselaputi dengan rumput yang layu. Kawasan sekitar kelihatan suram. Seperti hutan yang tidak bernyawa. Aku memaksa kaki untuk terus melangkah. Mahu mencari Puteh. Langkah demi langkah sehingga aku ternampak susuk tubuh yang berdiri di hadapan perigi yang cukup indah binaannya. Kawasan di sekitar perigi itu kelihatan ceria. Rumput-rumput menghijau dan bunga-bunga hutan tumbuh meliar.
“Puteh....”
Panggilku dengan ragu-ragu.
“Tuan Puteri!”
Puteh berpaling mengadap aku dengan wajah yang cukup terkejut. Aku menarik nafas lega bila yakin orang itu adalah Puteh. Aku melangkah ke arah Puteh sekali gus aku mendekati perigi itu dan melihat ke dalamnya. Gelap.
“Perigi apakah ini Puteh?”
Puteh kelihatan ragu-ragu mahu menjawab soalan yang aku ajukan tadi. Aku menjengilkan mata. Pantang bila soalan yang aku ajukan dibiar tanpa jawapan.
“Puteh.”
Aku menekankan panggilan namanya sebagai tanda amaran.
“Orang-orang mengatakan yang perigi ini akan menunaikan tiga permintaan kita. Jadi, hamba tertarik untuk melihat perigi ini.”
Aku tertawa kecil. Perigi yang bisu ini menunaikan permintaan. Bukankah itu sesuatu yang melucukan. Puteh mengerut dahi. Mungkin kehairanan bila mendengar aku tertawa. Angin bertiup yang bertiup lembut seperti menusuk masuk ke dalam tulang putih. Sejuk. Aku memeluk tubuh.
“ Jangan begitu tuan puteri. Takut nanti terkena sumpahan daripada perigi ini.”
Tempat ini terasa semakin sejuk.
“Apa permintaan kamu kepada perigi ini Puteh?”
Puteh kelihatan segan.
“Setiap orang punyai impian tuan puteri. Impian hamba adalah untuk mendapatkan cinta sejati.”
Aku tersenyum lebar melihat Puteh tunduk malu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sumpahan untuk Si Puteri
Historical Fiction"Jika aku tak boleh mati, maka sumpahlah aku. Biar aku hidup beribu tahun untuk mencari kembali cinta hatiku"