Bab 3

7.1K 58 1
                                    

HARI ini ada pertandingan futsal di sekolah. Berat hati aku nak menghadirinya. Si yuri tidak habis mendesak aku. Geram pula aku dengan budak kurus kerempeng tu. Kan bagus buat satay. Ahh... sebut pasal makanan buatkan aku rasa lapar. Paih patin dengan nasi panas-panas pun sedap ni. Hurmm... tapi mama tak ada kat rumah. Penat aku cari sekeliling banglo. Tak nampak juga. Mana mama pergi entah.

Pulang sahaja dari sekolah lihat kereta mama tak ada. Sudahlah lapar ni. aku melangkah ke arah peti sejuk. Aku lihat hanya ada sejuring kek strawberry petang semalam.

"Alah... mana cukup ni.. hurmm..." regetku. Entah siapalah nak dengar regetanku.

Jam sudah hampir pukul 3. Jam 3.30 aku kena gerak dah. Karang bising pula si yuri tu. Aku masuk ke kamarku dan membelek pakaian yang sesuai. Huh... apa yang sesuai entah. Aku pakai tetap nampak bulat...

Akhirnya aku memilih t-shirt warna pink berhoddie bersama seluar tight paras lutut. Siap mengemaskan rambut pendekku dari pantulan cermin. Aku menuruni tangga ke bawah. Pak lat sudah menunggu aku untuk ke sekolah. Kelibat mama masih tidak kelihatan.

"Kemana mama pergi? Takkan jumpa papa? Papa busy orangnya... pelik bin aneh!" Omel aku sendiri.

Sampai sahaja di pintu, aku menyarung hoddie di kepala dan meluru masuk ke dalam perut kereta. Lalu, pak lat memandu sederhana menghantar aku ke sekolah.

Sekolah Menengah Amruth (SMA). Kalau orang tak tahu maksudnya pasti ingat sekolah indonesia. Haha...

okey, SMA sebuah sekolah elit yang nama mereka banggakan sebagai sebuah sekolah budak kaya. Kaya ke? Dapat title sekolah kaya sahajalah. Berlainan dengan SMPB sebuah sekolah sukan. Pencapaian memang bagus. Dan pelbagai latar belakang pelajar disana. Yang paling tak bagus sekolah itu suka menindas pelajar yang tiada kebolehan terutama dalam bidang sukan. Kalau aku masuk sekolah tu sure aku jadi bola!

Ramai orang kat dewan SMA terutama gadis-gadis yang tidak berapa nak gadis. Fahamlah masuknya. Lihat sahaja pemain lelaki sebelum masuk gelanggang sesuka hati merela sahaja memeluk dan menyuim diantara pelajar perempuan. Konon mahu semangat. Aku mahu menegur aku sendiri tiada keberanian.

Aku terpandang Dani yang sedang asyik bercumbuan di tengah gelanggang. Ish, tak tahu malu betul! Macam mana aku boleh terjatuh suka. Nasib bukan terjatuh cinta.

"Hai bambam. Datang tengok dani ke tengok  saya main hari ni?"

Satu suara menegurku? Aku kalih ke sebelah kiri dan Man mencemar pemandangan aku. Aku masih geram dengan dia ni. Perampas first kiss aku. Aku hanya menyumpah seranak Man dalam hati.

Pertanyaannya aku balas dengan jelingan.

"Kharlish! You datang juga. I ingat you tak datang. You tahu tak I terserempak dengan kapten futsal dari SMPB. Oh god!! Handsome gila babi wey. Kalau i dapat die i rela serahkan jiwa raga..."

Wuek.... rasa nak muntah aku!

Sementara menunggu kedua-dua pasukan bersedia.

"Bambam... you cantik hari ni."

Aku terkedu. Aku memandang man tapi dia hanya membalas dengan kenyitan mata yang nakal. Tiba-tiba aku rasa lain macam. Rasa pelik. Entahlah... terus dia berlalu pergi siap sedia untuk memasuki gelanggang.

Aku memerhatikan gelanggang futsal. Urusetia sudah mengumumkan kedua-dua pasukan. Sebut sahaja pasukan futsal SMA 6 atas. Seisi dewan bersorak riang. Aku melihat Dani menyium mimi terlebih dahulu lalu melangkah ke tengah bersama dengan rakan pasukan dengan lagak bajeknya. Aku terpandang Man yang hanya melemparkan senyuman ke arah aku membuatkan aku termalu sendiri.

KHARLISHWhere stories live. Discover now