Bab 4

6.3K 62 2
                                    

"Haha...."

"Fweit...fweit...."

Gelak tawa, siulan nakal silih berganti dihalwa telingaku. Aku membeku. Man yang seperti cuba untuk membantuku masih lagi terkunci dengan peganggan kemas rakan-rakannya.

Adakah sekarang ini aku sedang berkerja sambilan sebagai badut? Aku masih lagi dalam kebingunggan.

"Kharlish!" teriak yuri ditepi gelanggang sambil melemparkan senyuman girang. Kelihatan seperti seronok melihat aku bertelekuk di lantai konkrit dalam keadaan kotor dan berbau. "Kharlish make your joke now!"

Mereka ingat aku peserta maharaja lawak?! Aku menahan geram. Makan galak mereka membaling telur kearah aku dan beberapa balingan belon air.

Mata aku mula mengenang.

"Hina sangat ke saya! Hina sangat ke? Sampai kau orang game saya macam ni? Bagus sangat ke kau orang?!" Teriakku sambil meluahkan isi hati. Air mata aku yang cuba tahan dari menitis terhambur jua. Aku sudah tidak mampu bertahan.

"Suka-suka. Tak ada motif. Hahaha... banyak-banyak student, kau lah yang paling sesuai dalam list untuk dibuli. Haha..."

Yang lain turut menyambung gelak Dani.

"Dani! Binatang kau! Aku tak pernah ada kawan sial macam kau!" Ujar Man.

"Kau cakap aku apa Man?!" Tanya Dani. Kelihatan api-api kemarahan muncul.
"Kau jangan masuk campur kerja aku tak boleh ke huh?! Backup sangat si fatty ni?"

Tidak semena-mena rambut ku yang tidak berapa panjang ditarik kasar. Aku terjerit kesakitannmenahan perit di bahagian kulit kepala. Seperti mahu tersiat kulit kepalaku.

"Stop it Dani! Kau orang semua memang tak ada perasaan ke?" Man berpaling kearah student lain yang hanya menjadi penonton setia. Langsung tiada wajah berminat untuk membantuku dari cengkaman Dani.

"Stop it!" Teriak Man lagi. Man mencuba melepaskan diri lagi. Tetapi rakannya makin memegangnya kemas.

Bukkk...

Tiba-tiba Dani menyuim lantai.

"Kau ingat lawak?"

Kedengaran suara seseorang. Cengkaman pada rambut aku turut terlepas. Aku melihat Khairil Aiman sedang memandang tajam kearah Dani yang mengusap dagunya. Ada sedikit darah dibibir lelaki itu.

Aku cuba untuk bangkit berdiri. Kakiku berasa sangat lemah. Seperti seluruh urat sarafku lemah untuk memaksa kakiku bergerak seiring dengan arahan otak. Bila aku cuba berdiri, sekali itu juga aku rebah. Kenapa aku lemah! Argh...

Aku lihat khairil Aiman seperti memberi gerakan tangan. Tiba-tiba beberapa tangan membantu aku bangun. Dan membawa aku keluar dari gelanggang. Dari ekor mata aku lihat khairil aiman sedang memberikan beberapa tendanggan dan Dani rebah. Langsung tiada sesiapa yang berani bicara ketika itu.

Aku hanya berjalan mengikut langkah dua jejaka SMPB ini memapahku...

BERSAMBUNG...

KHARLISHWhere stories live. Discover now