ibu......"dengan terkedek-kedek Ahnaf belari mendapatkan ibu nya sambil menangis teresak-esak
"kenapa nie sayang...?ermm tak lain tak bukan ,gaduh dengan abang aflah lah nie.." teka si ibu sambil menyapu lembut air mata yang mengalir ditebing mata anak kecil nya yang berumur 3 tahun lebih itu. Dengan laju Ahnaf menganguk-nganguk kepala nya sambil menonyoh hidung yang berair di kain batik yang dipakai si ibu.
"ibu...abang Aflah marah Ahnaf, dia tak nak main dengan Ahnaf " rengek Ahnaf kepada ibunya
"dah..dah jangan nangis lagi,Ahnaf pergi main dekat abi okay.. nanti ibu gi piat abang.."
"urm okay ibu"seraya dia berlalu mendapatkan abi yang sedang membaca buku di kerusi malas .
Umaira Safiya seindah namanya, seorang wanita yang kecil molek hanya tersenyum melihat gelagat anak nya. Dia memandang Aflah yang sibuk membina bangunan dengan lego-legonya.
"Haishh anak aku yang sorang nie nak jadi arkitek ke ape, setiap hari tak habis-habis duk bina rumah" omel Umaira sendirian.
"Aflah sayang...."panggil umaira dengan lembut. Aflah yang leka menyusun lego terus memandang ibunya
"kenapa ibu?"
"Aflah buat ape nie..urm dari semalam lagi ibu tengok Aflah main lego nie tak bosan ke?"
"Aflah tengah bina rumah..!! rumah arnab untuk ibu...hehehe"
"waaa...pandai anak ibu nie..." sambil mengusap lembut kepala si hero.
Masakbenar dia dengan anak sulung nya ini yang sangat gemar bermain dengan lego.Setiap minggu ade saja permintaan menyuruh ibunya membeli stok lego baru untuknya. Kadang-kadang ibunya malas juga nak layan kan karenah dia kerana dahberpuluh-puluh replika rumah dan bangunan lego dibina anaknya yang sorang ini, penuh sudah ruang biliknya sehinggakan abi membuat rak khas untuk replika dia. Walau di usia yang kecil namun otaknya ligat mereka cipta sesuatu mungkin mengikut bakat si ibunya yang suka mencipta walau bukan seorang arkitek.
"tapi kenapa Aflah marah Ahnaf tadi? Kesian Ahnaf"tujuan utama ibu untuk bertanyakan konflik dua beradik ini sudah bermula.
"Ahnaf tu kacau Aflah, dia kidnap lego Aflah"
"ermmm Aflah kan abang. Mana boleh marah adik macam tu.."
" nanti lego Aflah tak cukup lah kalau Ahnaf ambik. Nanti macam mana nak siapkan rumah arnab untuk ibu? "
"kalau Aflah tak bagi adik main nanti ibu dah tak nak belikan lego lagi hurm" muka Aflah dah berubah tengang, mungkin terkesan dengan kata-kata si ibu.
"ibu...maafkan Aflah.Aflah tak akan marah adik lagi" laju Aflah memeluk ibunya
Dari jauh kelihatan abi mendukung Ahnaf menghampiri ibu yang sedang bersandiwara dengan anak sulungnya.
"kan dah pesan jangan ugut anak macam tu"bisik abi kepada ibu
Alamak....!! Syed Habib nie dengar ke aku marah anak dia ermm failed sebentar parenting anak.
"eh mana ada ugut, saya bincang elok-elok tadi dengan anak" sangkal umaira membalas bisikan ke telinga suami.
"Aflah, Ahnaf pergi mandi dah lewat nie nanti nak pergi surau pulak" arah abi kepada anak- anaknya.
"Okay abi...!!" serentak kedua-dua hero nya menurut. Sopan dan mendengar kata.
Walhal dia ingin menggunakan kesempatan itu untuk menegur sikap isteri.
"suka tau cakap macam tu kat anak- anak"
"en.zauji saya bukan ugut pom saya just bagitahu je"
"iye Pn. Isteri, tapi please used another word of threating okay. Nak mendidik anak bukan macam tu caranya "
Ah sudah..!! si suami, anak-anak memang perangai semua pelik-pelik. Suami memang pelik pantang anak dia kene marah mesti ibu yang kene tazkirah.ini semua kerana anak-anaknya.
"iyalah en. zauji I'm sorry okay, I will do better next time insya allah"jawapan beserta satu kucupan singgah dipipi suami. Suami hanya terkedu dan tersenyum dengan gelagat isteri.
Berbeza benar sikap Aflah nak dibandingkan dengan Ahnaf walaupun mereka ini kembar. Syed Ahnafusalihin seorang yang pendiam dan manja, suka merajuk pom iya juga,mengikut perangai abinya Syed Habib Irham. Orang cakap keturunan syed- syed nie semua baik-baik, orang Kelantan sebut "juruh-juruh belako" hah itulah anak dia pom semua juruh ikut abi,seorang ikut si abi seorang ikut si ibu. Syed Aflahulmukminin bin syed habib irham fuhh..!! panjang namanya, bukan nama anak yang panjang tapi nama abi yang menyebabkan kedua-dua nama anaknya panjang. Seorang yang tegas, suka membuat keputusan sendiri dan kadang-kadang terlampau creative dan bijak sampai ibu dan abi pening kepala dengan karenah dia yang macam-macam.
YOU ARE READING
Cinta Umaira
RomanceMengisahkan perjalanan 100hari mengenal cinta dengan satu kali pertemuan, cinta itu bukan menemukan orang yang sempurna,tapi melihat ketidaksempurnaan seseorang itu dengan sempurna.