BAB 1

42 0 0
                                    


"weiii Wani aku bosan lah, cepat sedekah boyfriend kat aku sorang"

"oloh..gilo mano ado gewe boh, aku pom single narak nok sedekoh ko mu...tok caro eh saing" masing-masing bersembang sambil menyelak helaian buku calculus. Kononnya study untuk quiz esok lah padahal masing-masing kelaut.

Pintu bilik terkuak dan Syaf muncul dengan termegah-mengah sambil memikul buku dan laptop nya, sambil kepala terteleng kepit phone.urm bergayut ler tuh. Nie sorang lagi penjinak buaya, player!!.

"weii..korang,wani,umaira cepatlah tolong...tolong weh aku tak cukup tangan nie" sambil kaki menahan pintu syafiqah menghulurkan laptopnya."gedebuk-gedebuk" buku dan kotak pensilnya luruh dari pegangan, tak kisahlah janji laptop dia selamat disambut wani.

"gilo lah tino nie...nok gi mano mu loghat-loghat nie?" omel wani sambal memeluk erat laptop yang disambut.

"weh, aku gaduh dengan jin afrit tuh stress lah" syaf melemparkan handphone samsungnya ke atas katil umaira. Gelaran jin afrit tu memang difahami semua boyfriend dia yang cari pasal semua dia panggil jin. Habis dia tu bukan Jin ke? Semua dia nak panggil jin.

"ko memang...tak de kerja lain" sambut aku sambil menekan laju-laju calculator ditangan. Mampu tekan calculator je weh. Nak tekan keypad phone reply mesej macam Syaf urm jangan haraplah tak de yang sudi nak mereply.

"entah aku pom tak faham dengan jin afrit tu suka betul buat aku sakit hati...ahh panas..!! panas..!!" cepat- cepat wani menghulurkan gelas yang berisi teh O ais aku yang hanya tinggal separuh kepada syaf konon umpama menyimbah api dengan air lah, menyejukkan hati Syaf yang sedang membara.

"bo-bo lah nyoh caro ko gewe mu. Esok quiz nie nak jawab gapo? Meh study"

"calon dekan beb...wallahhh..!! eh cuba call bro cari soalan spot" singgah si Erni, yang lama benar ke tandasnya. Padahal pergi menyeleweng jumpa gadis idaman, bestfriend dia, yang kami tak berapa kenal. Budak course lain.

"dah call tadi, malangnya spot tiada yang ade dark spot.hahahaha" seloroh aku.

"huh korang dah study banyak ke?" usul Erni lagi Nampak macam risau lebih tengok kami study.

"Alaaa relax sudah, bukan test pom quiz je....tak leh jawab tembak ajelah" syaf mengulas tepat jawapan bagi pihak kami.

Yelah kami bukan rajin pom nak study lagipom quiz hanya menyumbang 3% sahaja untuk carry mark, Syaf Antara yang terbijaklah dalam geng kami, yang kedua Erni tapi Erni group lain aku dengan wani ermm dia tukul aku paku kadang-kadang aku tukul dia yang paku. Aya dan Leha bijak lah juga tapi entah apesal lah pulak cirit birit tak datang study kat bilik aku. Bilik aku port paling best melepak sebab roommate aku tak ada diorang kos lain jadi diorang melepak bilik kawan diorang.

"maira mu study banyok doh ko?ko give up doh?"

"ku kirakan sudah cukup..aku nak layan fecebook jap"

"bijok tak po mu. Eh saing aku ado, namo Mahadi still single..!!Tengah mencari barangkali, mu nok?" offer wani.

"ko pehal bagi imam pulak kat aku nie? hishh"

"hey gilo..!! namo dio jah mahadi bukan imam mahadi...alimah mukminat solehah sangat ko mung sapa aku nak offer imam mahadi ko mu...mungkar molek" aduhaii panjang pulok membebel. Yelah aku memang tak lah nak solehah tudung pom selepang melangkaui dada dah tu baju kurung pergi kelas pom sinsing sampai siku, ape yang solehahnya?.

"hahaha mana lah aku tahu..Okay cepat..mana?" dah tu kedua-duanya seakan lupa yang esok ada quiz calculus masing-masing hanyut menjadi detektif conan stalked facebook si mahadi yang bukan imam Mahadi tu.

"Okay wani..!! We won...!! hahaha" gelak terkekek-kekek sambil melayangkan high five kepada wani. Apa taknya suka menggelegak bila Berjaya mendapatkan nombor phone si Mahadi nie. Habistu aku pom ape kurangnya sweet talker yang single. Ermm xsampai sepuluh minit say Hi dekat messenger Mahadi nie dah lentok. Tali pancing kali nie mengena tapi species yang ditangkap belum dikenal pasti lagi dari keturunan species apa. Harap-harap bukan buaya bukan hot-tempered.

Cinta UmairaWhere stories live. Discover now