pertama: kekasih

2 0 0
                                    

Untuk kali kelima, tamparan singgah ke muka wanita itu. tidak cukup dengan lebam hitam serta bibirnya yang berdarah, rasa sakit itu kembali menyerang bertubi tubi. dia sudah tidak mampu melawan. sudah penat berteriak kesakitan. tekak sudah kering dengan darah. wanita yang terikat di kerusi itu hanya mampu memandang sayu ke arah penamparnya.

"kau happy tak?"

tanya wanita itu, dengan sisa kudrat yang ada.
si penampar itu kelihatan selekeh sekali. dengan janggut serta misai yang tak terurus. kalau wajah nya tak secengkung penagih dadah, adalah nampak kacak sikit. matanya merah  menyala dengan iris yang besar (baru habis 4:20 barangkali) mengecil tanda jelik.

"ya. aku happy sangat. kau tak nampak ke betapa bahagianya aku sekarang."

dia ketawa terbahak bahak. bukti dia happy

"bapak kau lah. aku gembira lah sial."

sekali lagi dia menampar wanita itu. wanita yang lemah di kerusi itu adalah bekas teman wanitanya. wanita itulah pengarang jantung serta suri hati dia. malang sekali dia ditinggalkan untuk berkahwin dengan orang tua kaya.

betapa butanya cinta dia kepada wanita itu. memberikan pengarang jantungnya segala yang diminta. melayan kehendak suri hati nya. bahkan berjanji untuk hidup mencintai satu sama lain hingga mati. sayang, itu kisah lama.

betapa butanya cinta dia kepada wanita itu. dia tidak tahu lagi apa yang benar atau tidak. dia lupa apa itu rasional. yang dia tahu kekecewaan memakan dirinya. sungguh dalam sekali rasa sakit nya dia merasa mati adalah lebih baik. tapi dia tidak mahu mati sendirian.

pistol yang ada di tangannya diacukan ke dahi wanita itu. belum sempat menarik picu, wanita itu bersuara, dengan kudrat yang tersisa,

baguslah. selama ni, aku cuma nak kau cari kebahagiaan kau sendiri

BAM

satu das tembakan dilepaskan. pistol yang teracu pada dahi wanita itu jatuh ke lantai bersama pemegangnya.
seramai 10 orang anggota polis datang mengelilingi mereka. wanita itu sudah penat, dia hanya mampu menitiskan air mata melihat kekasihnya pergi. dia pun menutup mata, mengharap semuanya berakhir dan sekadar mimpi.

~

dia tidak sepatutnya berada disitu. jika ketahuan, dia akan diherdik. kalau bukan kerana peristiwa yang lalu, sudah pasti disepak terajang oleh suaminya.

di tanah perkuburan yang sunyi itu, dia membacakan yassin buat kekasih lamanya. andai dia tahu dirinya telah menjadi mangsa keadaan, andai dia tahu dirinya menjadi mangsa ketamakan ibu tirinya hingga dia dijual kepada orang tua kaya yang hobinya memukul manusia,  tentu nasibnya tidak begini.

apakan daya. wanita itu hanya mampu memandang sayu. perasaan mereka tetap sama, saat mulai merasakan cinta hingga ke saat dimana, salah satunya telah tiada. bisikan sayunya dibawa jauh dek bayu

aku masih sayang kau

~
(penamatan ganti)

dengan bantuan polis, dia berjaya dilepaskan. namun belum sempat dia dibawa keluar, dia terlebih dahulu mencapai pistol.

hari itu, dua das tembakan dilepaskan.

satu, mangsanya kecewa kerana cinta.

dua, mangsanya sudah penat menahan rasa. hidupnya ibarat boneka. dan dia pergi untuk cinta




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 15, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

petikan.Where stories live. Discover now