EVSS 1

6 2 0
                                    

Aku mencapai kunci kereta HONDA JAZZ berwarna putih yang papa hadiah kepadaku di dalam laci meja make up dan bergegas turun ke bawah kerana aku ada kelas. Hari ni aku mengena baju kemeja labuh berwarna maroon, seluar slack hitam dan selendang bawal berwarna soft pink, bercorak  bunga putih.

"Mama!"aku mengejutkan mama aku yang sedang mencuci pinggan. Nasib mama aku takde sakit jantung kalau tak haishh...

"Ishhh kamu ni"Puan Laila mengurut dadanya akibat terkejut.

"Heheh, mama Aishah dah lambat ni pergi kelas, Aishah pergi dulu muahhh"aku menarik tangan mamaku yang basah dan bersalaman dengannya sambil itu aku kucup pipi tuanya. Lalu baru aku ingin berlalu dari situ mama menarik tanganku semula

"Ehhh kejap, tak nak makan dulu kee?"tanya mamaku. Aku melepaskan pegangan mamaku perlahan-lahan.

"Tak sempat mama, Aishah dah lambat pergi kelas. Takut nanti jalan jam."aku berkata kata kepada mama lalu mama menghulurkan sekotak air susu strawberry dutch lady kepadaku, lantas aku mengambil air itu dah meletakkan di dalam beg galas adidasku yang ku sandang ke sebelah bahu kanan.

"Pergi dulu mama"aku melambai ke arah mamaku dan menuju ke pintu utama, lalu mencapai sneaker puma di dalam almari. Aku terus menyarung sneaker itu dan langsung masuk ke dalam perut kereta. Aku menghidupkan enjin dan bismillahirrahmanirrahim..........

-

Usai 30 minit berada di jalan raya akhirnya aku sampai juga di universiti tercinta iaitu UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. Aku memparking kereta di tempat parking dan keluar dari perut kereta. Sambil itu menelik jam G-Shock di pergelangan tangan sebelah kiri, masih ada 30 minit sebelum kelas bermula.

"Hai Shah"Kirana dan Walina mencuit pinggangku dan menyapa aku.

"Hai, weyh jom pi cafe, lapar arr. Tak sempat nak makan dekat rumah tadi. Takut jalan jam"aku menerangkan satu persatu kepada mereka.

"Haa, yelah jom"aku berjalan ditengah tengah mereka dan

Bukkk

Habis buku di tanganku jatuh ke lantai.
Nasib aku tak pakai heels kalau tak dah  terseliuh kaki aku ni. Sakitnya bahu aku.

"Em...erm saya minta maaf"aku mendengar suara itu lantas aku mengangkat wajahku dan mengutip buku yang berteraburan di lantai.

"Mata lekat mana haah??"aku bangun lalu memandangnya. Hensemnya ya Allah. Ehh apa kau ni Aishah kau datang nak belajar. Dah dah.

"Kan saya dah minta maaf"Dia berkata. Aku menjeling kearahnya

"Nama saya Tengku Firdan Hakim, awak? "

"Aishah"aku berkata namaku lalu aku menarik tangan Kirana dan Walina.

"Ouh Aishah, cantik nama"kata Hakim dalam hati.

"Woi Kim, jom pi cafe, nanti pergi kelas pulak"

"Haa jom lah"

-

Tamat sudah kelas bersama dengan Prof. Hidayah. Haduih ada assignment lah pulak. Dua minggu lagi kena hantar. Hemm pergi library lah cari bahan.

Trik, trik
Aku menyeluk tangan kedalam kocek seluar dan membuka smartphone Huawei P20 milikku, lalu menjawab panggilan itu

"Hello Shah, kau kat mana?"

                     "Hello, aku nak pergi lib"

"Ohh, aku dengan Walina kena balik awal ni"
                    "Okay, kau drive elok elok tau"

"Okay kau pon take care, bye, aku balik dulu"

                    "Bye"

Aku mematikan panggilan itu setelah tamat. Aku menuju ke library. Sampai sahaja di library aku terus mencari bahan dan duduk di meja yang kosong. Lantas aku mengeluarkan laptop dari beg galas adidasku dan menjalankan assigment ku. Sambil syok syok cari bahan....

"Hai Aishah"aku mengangkat wajah dan memandang lelaki dihadapanku yang melanggar aku pagi tadi.

"Hmm...hai. Kenapa??"aku membalas sapaannya.

"Boleh saya duduk"Hakim meminta izin kepadaku. Aku berat hati nak kasi dia duduk tapi takperlah

"Duuduk lah"Hakim terus menarik kerusi di hadapanku dan meletak bukunya diatas meja.

"Erm. Nama panjang awak apa?"Hakim memulakan perbicaraan kami

"Puteri Aishah Umairah"aku lantas menjawab dan senyum nipis kepadanya. Dia tersenyum itu.

"Awak ambil  course apa?"dia tanya lagi

"Course business"jawabku ringkas

Kali ini dua dua diam. Aku buat kerja aku, dia buat kerja dia. Setelah 2 jam mencari akhirnya semua sudah padat dengan kandungan penting tentang assignment yang di minta.

"Hakim, saya nak balik dulu"aku mengemas barang ku dan masukkan ke dalam beg galasku.

"Haa jom lah, saya pun nak balik dah, awak parking kereta kat mana?"Hakim juga mengemas barangnya dan bangun.

Aku dan dia berjalan beriringan keluar dari library dan menuju ke parking kereta.
"Tu kereta saya, saya balik dulu"aku menunding jari menunjuk ke arah keretaku

"Ouh kereta saya sebelah kereta awak tu"Hakim juga menunjukkan kereta NISSAN ALMERA miliknya yang di parking sebelah keretaku itu.

Kami berjalan sampai ke kereta masing masing, aku melambai ke arah Hakim dan terus masuk ke dalm perut kereta dan menghidupkan enjin. Aku menurun cermin.

"Saya balik dulu,"aku berkata kepada Hakim

"Okay awak drive lek lok ok"Hakim juga menasihati kepadaku dan mengundurkan keretanya

Setelah Hakim mengundurkan kereta dan sudah berlalu pergi. Seterusnya, aku pula mengundurkan kereta dan bismillahirahmanirahim......

-

"Aku takleh jatuh cinta dengan dia"kataku dalam hati sambil tersenyum sinis.

Cerita baru i dah update.. Rajin rajinlah baca dan vote

Kalu rasa tak sedap silap buang dari reading list anda 😘

Ego Vs SetiaWhere stories live. Discover now