EVSS 2

3 1 0
                                    

"Assalamualaikum, Aishah dah balik"aku memberi salam semasa ingin masuk ke rumah. Tiada sahutan. Aku meletakkan beg galasku di sofa dan semua buku diletakkan di atas meja di ruang tamu

Aku mencari bayangan mama. Mana mama ni. Aku cari kat dapur, dekat bilik pun takda. Haa dekat luar kott. Aku pusing satu halaman rumah tapi takde pon mama. Aku penat aku duduk di kerusi besi di halaman rumah. Tiba tiba

"Argghhh!!!! "

"Mak engkau"aku terlatah dengan sergahan yang mengejutkan aku itu. Aku pusing ke belakang lalu

Buk!
Aku menumbuk perut orang itu. Btw orang tu abang aku nama dia Putera Amirul Iman. Umur 24 tahun. Beza 4tahun jer dengan aku.

"Haaa, sakitlah adik!!"Abang Iman mengadu kesakitan sambil tangannya mengosok gosok perutnya

"Padan muka"aku menjelir lidah kepadanya

Abang Iman membuat muka tidak puas hati. Now 1,2,3 lari!!!!!!. Berlakulah sesi kejar mengejar di halaman rumah itu.
Abang Iman semakin hampir, hampir dan dia memeluk aku dari belakang

"Mana nak lari haaa"dia memelukku erat. Aku ketawa tak ingat dunia, maklum lah kami dua beradik je. Abang Iman lah segalanya bagi aku dan aku segalanya bagi Abang Iman. Abang Iman melepaskan aku.
"Abang nak gendong"aku menayangkan muka comel. Abang Iman mengangkat kening. Aku merayu.

"Dah naik belakang"Abang Iman bercakung dan aku naik di belakangnya. Yeay Abang I gendong I, you ada?. Bukan nak cakap aku ringan but abang aku sado not gemuk, Abang aku kurus tapi badan sado. Hihi

Sambil abang aku mengendongku.
"Abang mana mama?"aku bertanya kepada Abang Iman

"Mama keluar dengan Papa"automatik mulutku berbentuk "o". Sampai sahaja di dalam rumah, Abang Iman menurunkan aku dan aku mengambil beg galas dan buku bukuku yang aku tinggal tadi, lalu aku naik ke atas menuju ke bilik. Sebelum aku menoleh ke belakang melihat Abang Iman

"Abang?,nanti adik masak untuk abang, adik nak mandi jap"aku melihat Abang Iman lapar dan letih. Mama dah keluar date dengan Papa.

"Okay"setelah abang aku setuju aku pun menuju ke bilik untuk membersihkan diri.

-

Usai mandi aku menyangkul rambut dan menyidai tuala dan kain batik di ampaian di tepi almariku. Aku turun ke bawah dan aku tersedar Abang Iman tertidur, aku tak naklah ganggu dia, aku terus menuju ke dapur dan mengeluarkan bahan bahan memasak.

"Hemm masak tomyam lah"aku menanak nasi terlebih dahulu dan mula memasak. Aku memotong ayam, sotong dan sayur sayuran. Aku membuka api dapur gas dan merenehkan air dan menunggu air itu menggelegak, lalu barulah aku masukkan kiub tomyam setelah kiub tomyam tersebut sebati aku masukkan serai dan bahan bahan dan paling penting daun limau purut,barulah best. Now tunggu masaklah.

"Haa, telur dadar"aku mengambil telur di peti ais dan pecahkan 2 biji telur ke dalam untuk mangkuk. Brushh, telur itu aku goreng.

Semua sudah selesai, aku menghidangkan nasi, telur dadar dan tomyam itu dan aku mengeluarkan potongan tembikai yang aku potong sebentar tadi, lalu di letakkan di ats meja makan. Aku pun menuju ke ruang tamu

"Abang, Abang, Abang... Abang Iman, bangunlah"aku menepuk bahunya perlahan lahan.

"Abang, makanan dah siap"kali ini aku menepuk pipinya pula. Abang Iman mengeliat kecil. Aku menarik tangan Abang Iman. Abang Iman bangun dan membuntuti aku. Abang Iman menuju ke bilik air bawah untuk mencuci muka.

"Wow sedapnya"setelah Abang Iman mencuci muka, dia menarik kerusi dan duduk. Dia mencedok kuah tomyam dan isi isi sotong, ayam, sayur-sayuran. Sebelum makan biasalah doa lah dulu

"ALLAHUMA BARIKKELANA FIMA RAZAK TANA WAKINA AZABANNAR, AMIIN"Abang Iman mengetuai bacaan doa makan. Kami makan dengan senyap dan tenang

"Sedapnya adik"puji Abang Iman.

"Sedap ke?, maaflah kalau tak sama macam mama buat"aku memandang Abang Iman yang sedang makan dengan mulut penuh

"Ermm"
Erkkk Alhamdulillah. Aku terkejut mendengar sendawa yang kuat keluar dari mulut Abang Iman. Setelah selesai kami menjamu selera Abang Iman membantu aku mengemas meja makan manakala aku membasuh pinggan.

Fuh selesai

"Abang adik naik dulu nak buat assignment"aku beritahu kepada Abang Iman yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Okay, nanti kita solat asar sama sama ya"Abang Iman mengajakku untuk solat berjemaah. Aku hanya mengangguk dan terus naik ke atas menuju ke bilik tidur

-

Usai 30 minit membuat assignment. Tangan aku sudah penat untuk menaip. Aku menelik jam di dinding pukul 4:46. Hem dah asar ni. Aku terus mengambil wuduk dan memakai telekung. Aku keluar dari bilik. Aku melihat abang aku dah tunggu di ruang tamu atas.

"Abang Iman jom solat"aku memanggilnya. Dia mengangguk dan berjalan ke arahku. Aku masuk ke bilik solat dan menghampar sejadah. Abang Iman iqamah.

Allahuakbar...... 

Selesai solat dan berdoa aku melipat sejadah dan letakkan semula di atas rak.
Belum sempat kaki aku melangkah keluar dari bilik solat. Abang Iman bertanya.

"Dik, bosan tak?"aku mengangguk.

"Okay kalau macam tu, kita keluar pergi mall nak?"

"Nak nak"aku melompat kecil. Abang Iman hanya menggeleng.

"Dah pergi siap"aku mengangguk dan terus masuk ke dalam bilik untuk bersiap.

-

Aku mencapai begku yang berada di atas meja. Btw, nak pergi mall ni aku mengenakan baju blouse yang labuh hingga ke paras lutut berwarna koko cerah dan seluar slack berwarna koko gelap. And selendang bawal warna kuning susu bercorak rama rama.

Tok tok
"Adik dah siap ke?"Abang Iman mengetuk pintu dan aku terus membuka pintu

"Dah"aku membuat gaya princess. Ehh cop. Baju aku dengan Abang Iman sama warna lah.

"Ehh samalah pulak baju kita dik"Abang Iman perasan juga rupanya.

"Dah jom"aku menutup pintu bilik dan membuntuti Abang Iman dari belakang. Abang Iman mencapai kunci kereta HILUX miliknya. Aku keluar dari rumah dan mengunci pintu.

Aku dan Abang Iman masuk ke dalam perut kereta. Abang Iman menghidupkan enjin kereta lalu mengundur meninggalkan pekarangan halaman rumah itu.

Sambil mengikuti rentak lagu yang di alunkan di radio. Tiba tiba aku bersuara.

"Abang Iman dah bagitahu mama ke kita nak keluar pergi mall ni?" Abang Iman mengangguk dan masih lagi menumpukan perhatian kepada pemanduannya.

Sampai sahaja di mall aku memaut lengan Abang Iman seperti pasangan kekasih. Puihh. Kitaorang adik beradik okay.

Satu persatu kedai yang kami masuk tapi tiada apa apa yang berkenan untuk dibeli. Tiba tiba aku melihat kelibat yang aku kenal.

Hakim, kataku dalam hati. Hakim merenung sesuatu susuk tubuh perempuan yang dia kenal bersama lelaki. Who?. Hakim cuba mendekati aku. Lengan Abang Iman semakin kuatku memaut.

"Hai Aishah"sapa Hakim. Dan dia mendang seorang lelaki yang bersama dengan aku itu.

"Hai"aku membalas sapanya. Dia menghulurkan tangan ke arah Abang Iman

"Hakim"

"Iman, abang kepada Aishah"Abang Iman membalas huluran tangan itu.

"Ouh abang Aishah"Hakim memberi senyum kepada kami.

"Jom kita pergi makan sekali" Abang Iman mengajak Haki. Hakim tersenyum dan dia mengangguk.

Aku masih berdiam diri. Ee kenapa mesti jumpa dia dekat sini. Geramku.

-

"Sombongnya awak Shah"Hakim berkata di dalam hati.

Btw macam mana bab 2 nie Best.
Sis masih lagi ingin mendapat support dari buku ni.

Ego Vs SetiaWhere stories live. Discover now