EVSS 3

3 1 0
                                    

Hakim mengikuti sahaja aku dan Abang Iman. Kami pergi kedai buku dia ikut, pergi kasut dia ikut, pergi kedai baju pun dia ikut. Haishhhhh

"Kami balik dulu ye Hakim"Abang Iman berkata dan bersalaman dengan Hakim

Aku memandang Hakim dengan sekilas mata je. Semak lahh mamat ni.

"Jom balik dik"Abang Iman menarik tanganku dan aku pon berlalu dari situ. Hakim memberi senyuman kepadaku. Maaf aku takkan balas senyuman kau!!.

-

Sampai sahaja dirumah, aku meletakkan barang yang dibelanja oleh Abang Iman tadi di tepi sofa lalu aku melabuhkan punggung di sofa, Fuhhh penat nyooo!!. Abang Iman Iman yang datang dari arah dapur membawa dua botol air 100plus satu lime dan satu strawberry. Sweet tak abang saya muahh. Dia menghulurkan air 100plus lime kepadaku. Aku membuka penutup botol itu. Terus aku meneguk air itu dengan penuh nikmat. Huh!.

"Dik?Hakim tu baik kan?"daripada krik krik tadi tiba tiba Abang Iman mengajukan soalan

Aku melepaskan keluhan dan"hmm, biasa je"hanya itu yang mampuku jawab.

"Kenapa adik macam tak nak layan dia?"aku terkedu dan masih terdiam.

"Adik tak nak layan pasal lelaki"itu je yang terkeluar di mulutku. Abang mengangkat kedua dua kening jer tanda pelik.

"Dah abang ni, lelaki jugak"aku serta merta menepuk dahi. Aiyoyo abang siapa ni.

"Abang, abang tu buah hati Aishah, abang tu ada pertalian darah dengan Aishah same like papa,Dahlah adik nak naik bilik ni,layan abang ni sampai esok tak habis"aku menjawab ringkas dan bangkit untuk masuk ke bilik. Abang Iman hanya tergelak kecil dan mengangguk.

-

Aku terdengar seperti suara mama dan papa. Hurm mesti dah balik. Aku laju turun kebawah untuk mendapatkan mama.

"Mama!!, Papa!!"aku berlari kecil menuju ke arah mama dan papa. Papa dan mama hanya ketawa melihat gelagat aku. Aku melabuhkan punggung disebelah mama lalu tanganku memaut pinggang mama. Mama mengusap kepalaku.

"Aishah?, boleh Adik balik awal esok?"aku mendongak kepala dan memandang mama.

"Kenapa mama"spontan mulutku bertanya kepada mama.

"Kawan lama papa dan mama nak datang rumah esok"aku mengangguk seolah olah mengerti apa yang mama mahukan.

"In'shaa Allah mama"Mama mengangguk. Aku memberi senyuman manis untuk mama.

"Dahlah pergi naik bilik tidur, abang Iman mana?"aku tersengih sengih busuk. Dan terus melepaskan pelukan aku dan mama. Aku terus bangun

"Okay mama, Adik naik dulu. Abang dalam bilik rehat penat pergi mall tadi"aku terus bersalaman dengan papa dan mama sebelum naik ke bilik.

"Ouh okay"

Aku terus naik ke bilik dan menutup pintu. Aku berbaring di amat katil. Aku dapat merasakan keempukkan tilamku. Aku memandang syiling dan tiba tiba telefonku bergetar.

Aku membuka telefon Huawei P20 milikku dan membaca chat yang masuk. Ehh kejap nombor siapa ni.

01*********
Assalamualaikum Puteri Aishah
Umairah

Me
Waalaikummusalam
Siapa ni ya?

01*********
Bakal imam awak

Aku geram dengan dengan balasan yang dihantar oleh nombor yang tidak di kenali

Me
Serious boleh tak?
Jangan sampai saya
block awak

01*********
Tengku Firdan Hakim
lah, ish awak ni Aishah

Tiba tiba hatiku menjadi membara, aku terus menutup telefonku dan tidak membalas chat itu lagi. Aku sedaya upaya untuk menutup mata namun gagal. Pusing kanan tak kena, pusing kiri pun tak kena. Manalah dia dapat nombor aku ni!!!!!! Geramnya aku!!. Akhirnya dengan perasaan geram aku pun terlena.

-

"Aku balik dulu, Rana, Lina"aku memberitahu kepada Kirana dan Walina.

"Aik biasanya kau akan pergi lib"Kirana pelik dengan aku tiba tiba je nak balik

"Ada orang nak datang rumah"automatik mulut mereka berbentuk 'o'. Lantas mereka mengangguk. Tanpa mendapat balasan dari mereka aku terus beredar dari situ. Blah dulu lah. Chaww!!

Sampai sahaja di parking kereta universiti, aku melepaskan keluhan apabila melihat Hakim sedang bersandar di pintu keretaku sambil bermain handphone IPhone X miliknya. Aku melangkah ke arah keretaku.

"Tepi sikit saya nak balik, mama saya dah tunggu"aku berdiri dihadapan dengan muka dingin. Dia berhenti bermain handphonenya dan meletakkan semula di dalam poketnya

"Ehh kenapa muka dingin jer ni?"dia bertanya kepadaku.

"Saya suruh awak tepi, tepi lah"aku menolak badannya dengan fail yang berada ditanganku. Dia tergelak kecil dan tersenyum.

Aku baru ingin membuka pintu tapi dihalang oleh tanya Hakim. Aku dah geram, dah tak tahan.

"Kau nak apa sebenarnya?"Hakim terkejut dengan nada suaraku.

"Erk, bawa kereta elok elok"Hakim jauhkan dirinya sedikit dengan aku. Aku cepat cepat buka pintu kereta dan sebelum tu aku berkata

"Lepas ni, jangan kacau aku, jangan chat aku, jangan cuba cuba nak dekat dengan aku!!"Nadaku terus menaik dan Hakim hanya menundukkan mukanya. Herm ada aku heran ke?. Aku terus masuk ke dalam perut kereta, hidupkan enjin dan chaww.

Hakim kembali mengangkat muka"Saya takkan mengalah dan saya akan buang sifat ego awak tu Aishah"Hakim berkata dengan sayu.

-

Aku turun ke bawah dan menuju ke arah mama yang tengah memasak

"Mama, kawan lama mama dengan papa tu sampai pukul berapa"tanyaku sambil menuang air sunquick ke dalam gelas.

"Pukul 2 sampai lah kott"aku mengangguk dan terus meneguk air yang telah di tuang itu tadi.

"Dah tu ada apa apa tak adik kena tolong mama?"mama memandangku.

"Tolong buat sayur campur boleh??"aku tersenyum lalu mengangguk. Lantas aku mengambil kacang panjang, carrot dan baby brokoli. Aku memotong semua sayur itu. Aku membuka dapur gas dan terus mengoreng sayur campur itu,aku mencampur sikit dengan udang dan sotong. Tidak lama kemudian sayur campur dari chef Aishah dah siap. Nyumm

"Mama dah siap"aku menghidangkan di meja dan tunjukkan kepada mama.

"Good, dah sekarang naik atas solat zohor, nanti tetamu sampai"aku mengangguk sahaja. Dan terus naik ke bilik untuk menunaikan perintah yang Maha Esa.

-

"Assalamualaikum"bunyi ketukan pintu kedengaran. Aku duduk di ruang tamu segera mengintai mama di dapur.

"Adik tolong buka pintu tu"aku mendengar mama menyuruhku membuka pintu. Aku terus menyauk tudung sarungnya dan terus membuka pintu.

"Waalaikummusalam,masuk lah"aku memerhati wajah wanita dan lelaki tua itu, lalu bersalaman dengan mereka dan aku juga memerhati seseorang lelaki yang sedang menuju ke arah ibu bapanya.

Haaaaa...Hakim apesal dia ada dekat rumah aku pulak??. Terkejut beruk aku lihat wajah dia. Aduhai mama kenapa dia datang rumah kita.

Mereka masuk ke dalam rumahku dan Hakim merenung aku sambil tersenyum. Aku menjeling kearahnya

"Duduk dulu, aunty, uncle"aku mempelawa mereka duduk dahulu sementara mama dan papa bersiap.

-

Aku duduk dapur, menghidangkan lauk pauk di atas meja makan. Aku membuat air laici dan memotong buah tembikai.
Aku mengemas apa yang patut di atas meja makan itu

'
"Aunty, Hakim nak tumpang tandas boleh?"

"Boleh, apa salahnya. Hakim pergi ke dapur tu pintu yang dekat mesin basuh tu. Tu lah tandas. Kalau tak jumpa Aishah ada kat dapur"Hakim mengangguk dan terus menuju ke arah tandas.

Sampai di dapur dia melihat susuk tubuh yang dia kenali. Aishah memusingkan tubuh dan prakk....

Bersambung

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 04, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ego Vs SetiaWhere stories live. Discover now