"Hai, nama saya Faizzie,"
Saat pertama kali mata memandang wajah si jejaka, hati Kiera mula berdegup kencang. Perut mula berasa suatu sensasi tidak senang. Terasa bagaikan ada rama-rama yang berterbangan riang.
Apabila si jejaka berjalan menuju ke meja yang ditetapkan, setiap langkah terasa bergerak begitu perlahan. Seakan waktu memberikan ruang dan masa... hanya buat mereka berdua. Segenap tubuhnya dilihat begitu sempurna, tanpa sebarang cacat cela!
Rambutnya yang beralun kelihatan begitu kemas, ternaik-naik mengikut setiap langkah kakinya. Keningnya yang tebal di samping mata yang redup, pastinya mampu menyejukkan mata setiap yang memandang. Hidungnya mancung begitu tinggi, kalah mat saleh di luar negara.
Kiera meletakkan tangan di dada, merasai setiap degupan jantungnya. Ah, begitu kencang ia berdegup... umpama baru habis larian maraton!
Wajah Faizzi si pujaan hati direnung kembali. Ah, dia begitu sempurna! Dia sungguh sempurna sehinggakan Kiera tahu bahawa saat mereka bertentang mata, hidupnya tidak lagi mampu menjadi seperti biasa. Saat mereka bertentang mata, Kiera tahu... si dia bakal menjadi mangsa pembunuhannya yang pertama!
![](https://img.wattpad.com/cover/149156646-288-k308018.jpg)
YOU ARE READING
Eh?
Teen FictionHimpunan cerita kontot yang akan membuatkan kau pelik dan berkata "eh?" setelah menamatkan pembacaan.