Ayam Mee?

11 0 0
                                    

"Ayam mee! Ayam mee! Ayam ayam ayam ayam ayam mee!"

Fazrul berjalan perlahan memasuki ruang pagar sekolah. Badannya bongkok ke hadapan. Setiap langkah terasa bagaikan dipaksa. Gaya berjalan sekarang betul-betul umpama zombie kepenatan.

"Yo, kau dah kenapa? Berjalan tak semangat, mata lebam macam panda," Hazmi yang kebetulan berada berdekatan terus menegur. Hairan melihat rupa kawan yang tidak terurus.

"Tolong aku, Hazmi," perlahan sahaja suara itu kedengaran. Fazrul perlahan-lahan menoleh menatap wajah Hazmi.

"Kenapa? Apa yang dah terjadi?" Berkerut kening Hazmi melihat Fazrul yang kelihatan tertekan. Lemah tidak berdaya... sungguh tidak seperti Fazrul yang biasa!

"Aku... aku..." Begitu berat sekali ayat itu mahu dihabiskan. Sesekali, terlihat bibir Fazrul menggeletar. Hazmi hanya menanti kata-kata Fazrul dengan debaran yang menggila, sebelum Fazrul menyambung kata, "...aku tak boleh lupa lagu 'Ayam Mee'. Lagu tu dah tersekat dalam kepala!"

Hazmi menepuk dahinya yang luas itu. Aduhai, Hazmi ingatkan masalah yang lebih besar melanda seperti dirinya dikejar Along Bukir Beruntung atau sebagainya. Baginya, masalah Fazrul hanyalah biasa dan sekadar jenaka. Maka, ketawa mula meledak tanpa henti.

"Aku seriuslah. Kehidupan seharian aku terganggu, kau tahu? Aku nak buat kerja sekolah teringat lagu tu. Aku nak makan teringat lagu tu. Nak tidur pun memang tak lena sebab teringat dan termimpi lagu tu!" Fazrul kelihatan sedikit bengang dengan kelakukuan Hazmi.

"Relakslah. Sabar dulu buat seketika, mungkin ada sebab lagu tu tersekat di minda kau," kata Hazmi sambil mengesat air mata. Tawanya masih tidak pudar.

"Hrm, ada sebab lah sangat!"

*****

"Bagaiman dengan misi kita membaca minda manusia itu?"

Pi23 bertanya kepada anak buahnya dengan nada yang serius. Dia merupakan sebuah alien bertubuh serangga berwarna ungu. Tangan diusap misai kontot Hitler sambil mata tajam merenung setiap tugas anak buahnya.

"Masih belum, tuan!" laung seekor alien yang sedang sibuk nenghadap teknologi futuristik berskrin yang memaparkan wajah seorang anak muda.

"Mengapa begitu lambat masa diambil?" Meja mesyuarat diketuk kuat. Berang kerana arahannya lewat disiapkan.

"Sebab... sebab... "

"Sebab apa?" Meja sekali lagi dihempas kuat. Habis tumbang segala peralatan canggih. Wajah yang berwarna ungu agak kelihatan merah.

"Sebab semua yang kami dengarinya hanyalah 'ayam mee ayam mee'. Lagu itu umpama perisai yang menghalang kami daripada membaca mindanya!"

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 04, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Eh? Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang