"Ketuk lah cepat." Arah Minra. Qistal hanya mengangguk dan mengetuk pintu bilik pengetua itu.
"Toktoktok"!bunyi pintu diketuk. Masuk. Kata pengetua. Mereka pun membuka pintu dan masuk kebilik itu.
"Oh? Kamu bertujuh ni students baru kan?" Soal pengetua itu sambil memandang kesemua mereka. Mereka hanya mengangguk sambil tersenyum janggal.
Okay nama saya Cikgu Sayeo. Kata pengetua itu. Mereka semua terkejut.
"Sayeo? Nama pengetua sayeo? Macam sayur." Kata Minra. Hayeon menarik beg minra sedikit sambil memandang nya dengan pandangan "kau nak kena buang sekolah ke ape?".
"Nama sebenar saya Sajat Yeoja (perempuan) disingkatkan jadi sayeo. Ingt panggil Madam sayeo!" Bentak madam sayeo. Mereka semua terus berdiri tegak macam askar siap bagi salute lagi.
"Nama dia macam sajat memang sebijik!" Rayeon
"Kan!" Qistal
" kamu berdua apa yang main bisik bisik bagai ni hah! Okay kamu semua boleh ikut saya." Kata madam sayeo sambil membetulkan makeup nya.
Kelas tersebut dah macam pasar ikan. Pelbagai kerenah ada. Ada yang dating, tidur, kacau kawan, melompat dan membuat sampah. Cikgu yang mengajar dihadapan dah tak dihiraukan lagi. Cuma beberapa murid saja yang menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar cikgu. Madam!! Madam datang! Jerit pelajar lelaki yang berdiri dihadapan pintu tadi segera berlari ketempat duduk nya.
"Wui madam datang dgn pelajar baru. Agaknya lah". Kata pelajar lelaki tadi.
"Dah senyap". Arah cikgu Hani.
"Hai, selamat pagi cikgu hani."Kata madam sayeo.
"Selamat pagi pengetua sayeo." Balas cikgu hani.
"Hmm cikgu saya tak dapat lama lama ni. Saya datang ni nak hantar students baru ni. Okaylah cikgu suruh lah diorang ni masuk. Saya nak kebilik guru dulu. Kata Madam Sayeo lalu berjalan keluar dari kelas dgn lenggang lenggok nya.
Tanpa dijemput masuk, mereka bertujuh terus masuk kedalam kelas dan berdiri dihadapan kelas.
"Wah!! Yeoja!! Wah cantik nya cantik nya. Akan ku pinang mu dengan buah pisang ini." Kata seorang pelajar lelaki didalam kelas itu sambil memakan buah pisang.
"Erk dia ingat kita ni beruk ke ape?" Kata Qistal sambil tersenyum paksa dalam erti kata lain menahan geram dengan perlahan.
"Dah dah tu!. Okay kamu bertujuh sila memperkenalkan diri masing masing". Kata cikgu hani setelah suasana kelas itu kembali redah.
" Annyeonghasaeyoo. Qistal imnida". Kata qistal lalu membongkok kan badan nya sedikit.
"Hello. My name is Saeyoung". Kata saeyoung sambil mengangkat tangan melambai mereka semua didalam kelas.
"Sawadikap. Nama saya rayeon". Kata rayeon sambil membuat tangan alah alah orang Thailand.
"Ni hao! Yaena". Kata yaena dan semua pelajar didalam kelas tercengang dgn cara mereka memperkenallan diri.
" Assalammualaikum ana hayeon. Alhamdulillah." Kata hayeon. Dan mengebab kan seorang pelajar perempuan yang berambut pendek tersedak air yang diminum nya sebentar tadi.
"Hi, hello, koniciwa!!, nama aku Minra. Dan nama aku Syuha". Kata minra diikuti syuha. Cikgu hani mengerutkan dahi.
" Hah okay kamu semua boleh duduk ditempat duduk belakang sekali. Okay semua salin nota yang saya tulis kat depan ni." Cikgu hani
Mereka pun berjalan ketempat duduk mereka dan cikgu hani pun menyambung kembali pembelajaran mereka tadi. Mereka semua didalam kelas itu memang nakal tapi rajin bila cikgu yang mnegajar mengarahkan untuk menyalin nota yang diberikan cikgu.