1

18 0 0
                                    

"Na-young ah!" Panggil Dong Min membuatkan gadis berwajah kacukan itu menghentikan langkahnya.

"Waeyo Dong Min ah?" Tanya dia sebaik sahaja jejaka tampan itu berdiri dihadapannya dengan senyuman.

"Anni. Saja panggil awak." Balas Dong Min membuatkan Na-young tersenyum lucu.

Dong Min terpesona melihat senyuman yang diukir oleh Na-young. Tanpa dia sedar, kelihatan seseorang mendekati mereka.

"Yah! Pabbo namja!" Jerit Jimin menyekeh kepala Dong Min.

"Haishhhh! Waegure Ahjumma?!" Tanya Dong Min memandang wajah Jimin sambil menggosok perlahan kepalanya yang disekeh tadi.

"Ahjumma?! Yaishhh! Kau ni memang nak kena kan Dong Min. Siap kau." Jerit Jimin lagi cuba memukul Dong Min.

Mujur saja Na-young sempat menahan kawannya itu. Kalau tidak, bergaduh teruklah mereka berdua.

"Jimin ah~ janganlah marah." Pujuk Na-young dengan nada manja.

Jimin hanya diam dan tidak menghiraukan pujukan Na-young. Dia menyumbat teobokki ke dalam mulutnya.

"Na-young ah, tak payah kisahkan Ahjumma ni." Ujar Dong Min menambahkan kemarahan Jimin.

Pantas Jimin mencubit lengan Dong Min membuatkan jejaka itu mengaduh kesakitan.

"Dahlah tu Jimin, Dong Min. Tak elok tau bergaduh. Jimin ah, janganlah marah. Hari ni aku belanja kau dengan Dong Min makan." Pujuk Na-young dengan senyuman lebar.

Jimin memandang wajah sahabatnya dengan pandangan tidak percaya.

"Betul ke ni Na-young?" Tanya Jimin gembira.

Lantas dia memanggil pelayan untuk menambah pesanan. Dong Min dan Na-young hanya menggeleng dengan senyuman melihat telatah Jimin.

POV Dong Min

Aku Kim Dong Min. Jejaka tampan dalam kelas 3 dan berumur 17 tahun. Tahun ni merupakan tahun terakhir aku akan bergelar pelajar sekolah tinggi.

"Dong Min ah~" panggil Na-young dengan senyuman.

Aku berpaling melihat Na-young. Serta merta senyuman manis aku ukirkan pada dia.

Han Na-young. Gadis kacuk Korea dan Jepun. Mata yang bulat dan hidung yang mancung menambahkan lagi kecantikannya sehingga membuatkan dia menjadi kegilaan satu sekolah. Dia terlalu sempurna bagi aku.

"Wei, Kim Dong Min! Kau tenung Na-young macam nak telan dia tu dah kenapa?" Marah Jimin mengetuk kepalaku membuatkan aku menjerit kecil.

"Kau jeles ke aku pandang Na-young?" Tanya aku kembali membuatkan dia mencebik menyampah.

Park Jimin. Gadis cantik berwatak kasar. Satu sekolah takut dengan dia sebab dia ni macam lelaki. Suka bergaduh. Cikgu semua dah tak mampu nak nasihatkan dia sebab dia ni degil. Dia jugak merupakan kawan baik Na-young.

"Aku tak jeles pun lah sengal. Kau saja cari pasal dengan aku kan?" Ujar dia menunjukkan penumbuknya.

"Dong Min ah, hujung minggu ni kita bertiga pergi taman tema nak? Saya dapat 3 tiket percuma." Ajak Na-young.

Aku memandang Jimin yang sudahpun membuat wajah sengal sebagai tanda kepada aku agar menolak ajakan Na-young.

"Boleh jugak." Balas aku dengan senyuman mengejek pada Jimin yang merenung aku dengan pandangan tajam.

"Okay. Ahad nanti tunggu dekat tempat biasa." Ujar Na-young gembira dengan jawapan yang aku berikan.

Aku masih lagi tersenyum melihat Na-young berlalu ke mejanya untuk mengemas barang. Lantas Jimin mendekati aku dengan wajah tidak puas hati.

"Kau dah kenapa Ahjumma?" Tanya aku membuatkan dia bertambah bengang.

"Yang kau setuju dengan ajakan Na-young kenapa? Kau ni sibuk je lah." Ujar dia meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Eh, Na-young yang ajak aku. Takkan aku nak tolak. Beria kot dia ajak." Jawab aku.

"Aku ingat nak ajak Jong Hyuk." Ujar Jimin dengan nada kecewa.

"Jong Hyuk? Budak kelas 1 tu?" Tanya aku sedikit terkejut dengan kata-kata Jimin.

Entah kenapa aku seakan cemburu apabila mendengar Jimin menyebut nama Jong Hyuk. Aku tahu Jong Hyuk merupakan jejaka idaman setiap gadis disekolah termasuklah Jimin dan aku bukan tandingan Jong Hyuk.

"Iyalah. Jong Hyuk mana lagi." Balas Jimin sebelum melepaskan keluhan.

"Jimin ah, Dong Min ah, jom balik." Ujar Na-young sudahpun menggalas begnya.

Lantas aku dan Jimin menggalas beg kami dan berjalan ke arah Na-young yang sedang menanti dimuka pintu.

Cerita Kita (Completed)Where stories live. Discover now