start ; 1 Jun 2018
Ariana mencapai beg sandangnya yang tergantung di dinding bilik.Bibirnya menyanyi kecil lagu Raya.Maklumlah,bila bulan puasa ni menjelang,vibes Raya pun turut sampai.Tak sabarnya rasa untuk menyambut bulan Syawal nanti!
"Kak Ariana?"
Ariana melangkah keluar dari dalam biliknya.Terpacul wajah Farah,kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di depan biliknya.Senyuman nipis terukir di bibirnya.
"Ya Farah?Kenapa?"soal Ariana sambil mengusap rambut Farah yang diikat tocang itu.Comel je budak-budak zaman sekarang ini.
"Kak Ariana nak pergi mana?Taknak ajar Farah Matematik ke?"tanya Farah sambil mengelip-ngelipkan mata bundarnya.Baju T-shirt lengan panjang yang dipakai Ariana ditarik-tarik perlahan.
"Urm,harini tak boleh lah Farah.Kak Ariana ada hal sikit dengan Umi Ya.Esok boleh?"jawab Ariana dengan wajah serba salah.Memang dia tak boleh untuk meluangkan masa bersama Farah hari ini kerana dia dan Umi Ya atau Umi Roziah terpaksa keluar ke pekan.Untuk mencari bahan-bahan bacaan baru buat penghuni Rumah Anak Yatim Cahaya ini.
"Okeylah.Hari ini Farah belajar dengan kawan-kawan yang lain."ujar Farah dengan senyuman ceria.Sayu hati Ariana melihatnya terkadang.Anak-anak di sini semuanya tabah dan jarang sekali menangis kerana tidak pernah bertemu dengan ibu bapa mereka.Dirinya sendiri sudah menginap di rumah anak yatim ini sedari kecil lagi.Oleh itu,dia memahami perasaan kanak-kanak di sini.
"Bagus adik akak ni.Belajar elok-elok okay?Esok Kak Ariana janji akak ajar Farah Maths."
Dicuit pipi tembam Farah.Farah hanya ketawa kecil dan mengangguk.
"Hati-hati,Kak Ariana.Kalau jumpa lelaki handsome dekat pekan,jangan menggatal tau!"
Tersembul biji mata Ariana apabila mendengar kata-kata yang keluar dari bibir mungil kanak-kanak kecil itu.Segera dicubit perlahan lengan Farah.Alah bukannya kuat pun,perlahan aje jangan risau!
"Ewah,sejak bila pandai cakap macam ni?Sape ajar hah?Nak Kak Ariana cubit mulut dia?"soal Ariana sambil bercekak pinggang.Amboi-amboi,umur baru 12 tahun,tapi dah tahu pasal pakwe-pakwe ni.
"Urm,Daniel ajar.Sebab haritu dia dengar Umi Ya dan Kak Ika bercerita pasal teman lelaki."jawab Farah dengan wajah innocent.Aduhai,tak sampai hati nak marah budak comel ni.
Ariana ketawa sambil menggelengkan kepala.Alahai,mesti Umi Ya dan Ika bercerita terlalu kuat tentang pakwe Ika yang dikenalinya di sekolah menengah hingga didengari kanak-kanak lain.Aip,orang dewasa yang salah rupanya!
"Lepas ni,kalau dengar orang tua tengah berbual,jangan pasang telinga.Tu topik orang yang dah besar je.Tugas Farah dan kawan-kawan lain cuma belajar je,okay?"pesan Ariana sambil mengusap wajah Farah.Farah hanya mengangguk faham dan tersenyum.
"Farah!"
Kedua Farah dan Ariana berpaling ke belakang.Kelihatan seorang lagi kanak-kanak perempuan kecil sedang memegang pensil warna dan kertas lukisan.
"Jom melukis!"ajak Sara dengan wajah ceria.Terus senyuman lebar terukir di wajah Farah apabila melihat temannya mengajak nya bermain.
"Jom!Kak Ariana,hati-hati ye.Bye,assalamualaikum!"terus berdesup Farah dan Sara berlari masuk ke bilik melukis.Ariana yang melihat hanya mampu tersenyum kecil.
Dia bahagia melihat kanak-kanak di sini gembira.Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan dirinya juga.
--
Roziah mendekati Ariana yang leka memilih buku cerita kanak-kanak di kedai buku itu.Dicuit bahu anak muda itu."Ariana,Umi rasa kan better kamu beli 4 buku cerita and lebihkan buku latihan.Umi risau lah tengok diorang tu asyik main-main aje."ujar Roziah dengan wajah risau.Memang sejak dua menjak ini,anak-anak jagaannya di Rumah Anak Yatim Cahaya liat benar untuk membuat latihan di buku latihan.Asyik nak baca story book dan bermain permainan aje.Nak dimarah,tak sampai hati pulak.
YOU ARE READING
My Ariana
RomanceAlia Ariana merupakan seorang insan biasa.Dibesarkan di rumah anak yatim piatu,dirinya tidak mempunyai apa-apa bernilai.Dia hanya punya keluarga besarnya di Rumah Anak Yatim Cahaya.Setelah dirinya mencecah 18 tahun,dirinya dihantar ke UITM Shah Alam...