Ariana memandang laptop miliknya yang sedang menayangkan drama Kora terkenal iaitu Scarlet Heart.Ya memang cerita itu sudah agak lama tapi lakonan IU memang sukar untuk dilupakan.Itu yang dia asyik throwback dan mengulang tengok cerita ini.
Gadis itu memeluk erat anak patung kesayangannya sambil membetulkan rambut panjang mengurai miliknya yang asyik jatuh.Rimas pulak dirasakan apabila berambut panjang.
"Ariana!Ariana!Aku ada good news untuk kita!"
"Ya Allah!Apa yang kelam-kambut sangat ni Ika?"ujar Ariana sambil mengusap dadanya yang berdegup kencang.Nasib baik tak terlompat keluar jantung nya tadi.Sungguh dia terkejut dengan tindakan secara tiba-tiba Ika yang membuka pintu bilik dengan ganas.Wajah gadis itu jelas teruja dan gembira.
Kini sudah genap seminggu sejak kejadian surat pemberian Hazim itu.Dan alhamdulillah Ika perlahan-lahan recover.Tapi Ariana tahu yang Ika masih lagi bersedih.Hazim sudah pun terbang ke Perancis 2 hari yang lalu tetapi Ariana tidak tahu yang Ika sedia maklum atau tidak.Dia sendiri tidak mahu memberitahu teman baiknya itu.Biarlah,terkadang kebenaran memang menyakitkan.Jadi,lebih baik Ika tidak tahu menahu.
Drama yang sedang ditayang itu ditekan pause lalu dia duduk bersila.Wajah gembira Ika ditenung dengan wajah pelik.Dah kenapa minah ni?
"Apa yang good news nya?Aku tahu dah nak raya tapi bawak bertenang.Bukan bawa bertendang sampai dah nak roboh pintu bilik kita tu."
Ika tergelak besar sambil melabuhkan duduk di sebelah Ariana.Jelas dia gembira benar dengan khabar yang dia baru saja dengar daripada Umi Ya.
"Ni bukan sebab dah nak raya.Tapi tentang kau dan aku!Sumpah aku happy gila weh."balas Ika sambil memegang erat tangan Ariana.Ya Allah tidak disangka!
Makin pelik Ariana tengok perangai Ika ni.Ditenung atas bawah.Elok je pakai tracksuit dan baju lengan panjang.Dipegang dahi dan leher gadis itu.Alhamdulillah tak panas.Bukan demam.
"Apa?Ish aku tak sakitlah!Ni serius!"Ika menepis tangan Ariana yang hinggap di dahinya.
"Habis tu kenapa?Apa yang happy sangat?Cepat lah bagitahu!"desak Ariana.
"Kita berdua dapat masuk UITM Shah Alam!Did you believe it?"ujar Ika sambil menggila di katil mereka berdua.Ya Allah memang dia happy gila lah!
Menbulat mata Ariana mendengarnya.Masuk UITM Shah Alam?
"Mana kau dengar ni?"soal Ariana sambil tenung wajah Ika yang jelas teruja dan gembira.
"Umi Ya bagitahu aku tadi dekat dapur.Dia kata yang kita berdua dapat sponsorship dari syarikat terkenal iaitu Big Plans Sdn.Bhd.Yang CEO dia Tan Sri Ahmad.Dia kan selalu datang rumah kita ni."jelas Ika sambil membetulkan rambutnya yang sudah serabai.Rambut yang diikat kuda itu dibetulkan ikatannya.
Ariana mengangguk-angguk faham.Ya Allah reaction apa yang harus dia berikan?Jujur dia sangat gembira tetapi terdetik di hatinya ini adalah hasil usaha Umi Ya.Walaupun sudah ditegah beberapa kali,Umi Ya tetap ingin dia dan Ika masuk ke U.Alahai umi.
"Kenapa muka kau berkerut semacam ni?Be happylah babe sebab kita berdua dapat masuk U.Nanti boleh jumpa pelbagai orang dan dapat pengalaman baru.Kenapa?Kau tak suka?"tanya Ika apabila dilihat wajah Ariana hanya diam dan berkerut seribu dahinya.
Ariana menggelengkan kepalanya sambil tersengih.Dia membuat keputusan untuk merahsiakan perbualannya bersama Umi Ya tempoh hari di MPH.Biarlah Ika tidak tahu.Lagipun,gadis itu dilihat sungguh teruja.Takkanlah dia nak buatkan Ika turut rasa serba salah seperti dirinya?
"Takdelah,aku rasa terkejut sikit je.Ni bila kita boleh daftar masuk?Lepas raya?"
"Yup.Umi kata lepas raya ketiga,kita terus pergi sana and daftar.Umi kata syarikat yang sponsor kita tu dah uruskan semua benda.Kita just kena daftar masuk and bawak segala barang-barang.We will be staying at their hostel."jelas Ika.
YOU ARE READING
My Ariana
RomanceAlia Ariana merupakan seorang insan biasa.Dibesarkan di rumah anak yatim piatu,dirinya tidak mempunyai apa-apa bernilai.Dia hanya punya keluarga besarnya di Rumah Anak Yatim Cahaya.Setelah dirinya mencecah 18 tahun,dirinya dihantar ke UITM Shah Alam...