Selepas berbuka bersama Umi Ya dan yang lain,Ariana mendekati Ika yang baru saja selesai menunaikan solat maghrib.Gadis itu masih lagi berteleku di tikar sejadah.Sejak dah habis sekolah ni,dia dan Ika solat sendiri saja di bilik.Bulan puasa ni pun kekadang saja mereka join Umi Ya dan yang lain solat terawih.Umi Ya melayankan saja perangai malas anak dara dua ini.Asalkan solat wajib tidak ditinggalkan.
"Ika.."
Ika menoleh.Baru saja dia mahu melipat tikar sejadah terhenti.Dia memandang Ariana yang duduk dj atas katil.Gadis itu sudah solat ketika dia mencuci pinggan mangkuk tadi.Kemain awal.
"Ha kenapa?Tak pernah-pernah kau panggil aku lembut macam tu.Ni mesti ada apa-apa ni kan?"soal Ika dengan muka curiga.Terangkat kening kirinya ala ala model amtarbangsa yang lebat-lebat keningnya.Tak pernah-pernah sahabat baiknya menyeru namanya selembut itu.Mesti ada apa-apa yang terjadi ni.Gerak hatinya tak pernah mengecewakan.
"Eh kau ni,macam tahu-tahu aje.Cepatlah bukak telekung,duduk sebelah aku kat atas katil tu.Tak syok story-morry dekat atas lantai."ujar Ariana lalu kembali melabuhkan duduk di atas katil bersaiz queen milik mereka berdua.Ditepuk-tepuk ruang kosong di sebelahnya.Dirinya sendiri sudah memeluk erat anak patung kesayangannya.Anak patung Nemo.Sambil itu,surat daripada Hazim juga sudah digenggam di tangan kirinya.
"Hmm..macam-macam lah kau ni.Sekejap."jawab Ika lalu menanggalkan kain telekungnya lalu disidai di ampaian yang terdapat di bilik mereka.Kain sejadah turut dilipat lalu disidai.Sejurus selepas itu,dia duduk di sebelah Ariana dengan muka ingin tahu.Entah perkara apa yang ingin diceritakan oleh Ariana.
"Ha cepat lah cerita.Takkan nak tunggu tahun depan pulak?"gesa Ika apabila Ariana hanya memandang wajahnya dan mendiamkan diri.Entah kenapa dengan Ariana pun dia tak tahu.Macam penting sangat saja perkara yang ingin diceritakan.
"Ika,kau rindu Hazim?"
Ika terkedu mendengar soalan tak diduga Ariana.Terus kelu lidahnya untuk bersuara.Aduhai,soalan maut betul!
"Kenapa kau tanya macam tu?Dia ada jumpa kau ke?"soal Ika dengan wajah statik.Sukar untuk Ariana meneka perasaan sahabat baiknya kalau Ika asyik tayang muka takde perasaan tu.
"Jawab dulu soalan aku tu.Selagi kau tak jawab,aku takkan cerita."
Ika diam.Sukar sungguh untuk dia menjawab soalan Ariana itu.Entahlah.Dia sendiri susah untuk menafsir perasaannya sendiri saat ini.
"To be honest,aku rindu sangat.Siapa je boleh moveon dengan ex sendiri?Lagi-lagi aku dah dengan dia since form 1 kot.Lagilah susah weh.And to be honest too,aku sendiri masih sayangkan Hazim.Tapi,aku sedar siapalah diri aku ni.Takde apa-apa pun.Hazim tu lain.Semua benda dia ada.And kau pun tahu kan parents dia macam mana?Pentingkan darjat and all those things.Entahlah weh aku sendiri taktahu.Kalau dah takdir tersurat sebegini,aku reda."luah Ika sambil memandang ke bawah.Tidak tipu,air mata sudah bertakung di kelopak matanya.Sedih hatinya apabila teringatkan Hazim,kekasih pertamanya.Alahaii Ika.
Ariana mendiamkan diri mendengar luahan hati Ika.Surat daripada Hazim itu perlahan-lahan dikeluarkan lalu dihulurkan kepada kawan baiknya.
"Ini surat daripada Hazim.Tadi aku terserempak dengan dia dekat mall.Dia suruh aku bagi surat ni dekat kau.Aku tak baca pun lagi.Aku nak tunggu baca sama-sama dengan kau.Dan jangan risau,aku ada di sisi kau untuk kau menangis malam ni.Kau kan gembeng."ujar Ariana dengan senyuman mengusik.Kalau boleh,dia tak mahu Ika terlalu sedih.Oleh sebab itulah dia membuat lawak bongoknya malam ini.
Ika membulatkan matanya.Terkejut dengan kata-kata Ariana.Perlahan surat itu dicapai lalu ditenung.Senyuman nipis terukir.Hazim masih tidak berubah.Sejak mereka bercinta lagi,Hazim akan memberinya surat dengan sampul biru dan lukisan bunga dan hati merah di hadapannya.Dan kini,hinggalah surat yang terakhir daripada lelaki itu,masih bentuk surat yang sama diterimanya.Makin hancur hatinya melihat surat tersebut.

YOU ARE READING
My Ariana
RomanceAlia Ariana merupakan seorang insan biasa.Dibesarkan di rumah anak yatim piatu,dirinya tidak mempunyai apa-apa bernilai.Dia hanya punya keluarga besarnya di Rumah Anak Yatim Cahaya.Setelah dirinya mencecah 18 tahun,dirinya dihantar ke UITM Shah Alam...