Bab 1✨

128 2 0
                                    

Hanan tergopoh-gapah berjalan menuju ke kelas 5 Dahlia. Matanya sempat tertoleh Seseorang yang tidak pernah dilihatnya berjalan bersama guru kelasnya. Hanan melajukan langkahnya. Langkahnya terhenti pabila sampai di hadapan pintu kelas 5 Dahlia.
    Syazwani hanya menggelengkan kepala melihat telatah sahabatnya yang tergopoh-gapah . Mesyuarat AJK pengawas tertinggi membuatkan Hanan lambat ke kelas.

" Chillo, Cikgu Emerin tak sampai pon lagi. Kalau dia dah sampai sekalipun bukannya dia Tak tahu yang kau tu penolong ketua pengawas" Kata syazwani

Hanan hanya mendiamkan diri. Walaupun dia tahu yang Puan Emerin tahu yang dia ialah penolong ketua pengawas itu bukanlah tiket untuk sampai lambat ke kelas.
          Kelas yang tadinya riuh rendah menjadi sunyi sepi apabila guru kelas 5 dahlia, Puan Emerin melangkah masuk ke dalam kelas bersama-sama dengan seorang pelajar baru. Pelajar perempuan didalam kelas 5 Dahlia Mula berbisik-bisik sesama sendiri apabila melihat pelajar baru itu.

"Assalamualaikum kelas, harini Saya nak memperkenalkan Seorang pelajar baru" kata puan Email

    Semua pelajar bagaikan tidak sabar untuk mendengar pelajar baru itu memperkenalkan dirinya.

"Dari gaya dia macam sombong je, ye dok? Bisik Syazwani kepada Hanan

Hanan hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

     Thaqif memberi senyumannya kepada semua pelajar didalam kelas 5 Dahlia sebelum memperkenalkan dirinya. Matanya tidak berganjak melihat Seorang pelajar perempuan yang duduk tidak jauh dari tempatnya berdiri. Bagaikan Ada satu aura yang memaksa matanya supaya tidak berganjak daripada Melihat gadis tersebut.
Hanan perasan dirinya bagaikan diperhatikan oleh pelajar baru itu, namun dia hanya membuang perasaan itu kerana tidak mahu digelar "budak perasan"

"Haii, Saya Thaqif Hakim, dari Melaka" Kata Thaqif memperkenalkan dirinya.

        Murid kelas 5 Dahlia Mula mengerumuni meja Thaqif Tak Kira perempuan mahupun lelaki semua sibuk untuk berkenalan dengan Thaqif kerana rupa parasnya yang kacak. Hanan hanya menjeling budak perempuan yang tergedik-gedik di meja Thaqif. Hanya dia , Syazwani Dan beberapa orang pelajar lain masih mengekalkan posisi dimeja masing-masing.
     
      Riza juga tidak ketinggalan menempel dimeja Thaqif . Riza Mula berangan-angan untuk menjadikan Thaqif sebagai teman lelakinya. Dengan wajah Thaqif yang kacak, riza yakin ramai pelajar akan cemburu dengan dia kerana dia berjaya memikat hati Thaqif.

Tidak sampai 24jam disekolah SMK TAMAN KENCHANA, nama Thaqif Hakim menjadi bualan ramai murid perempuan di sekolah itu tidak Kira di sesi pagi mahupun petang.

"Haih jomlah pergi bertugas wey. Kau Tau Tak Kita dah lambat nak jaga kantin?" Marah Hanan

"Wey sabar do, aq sakit perutlah pulak " Kata Syazwani sambil memegang perutnya

Hanan hanya menggelengkan kepala melihat kelibat syawani yang mencicit lari ke tandas.

          Thaqif hanya memerhatikan gadis yang menarik minatnya dari jauh.

Kerana kau yang terindahWhere stories live. Discover now