Bab 3✨

57 0 0
                                    

      Semua pelajar berpusu masuk kedalam kelas. Thaqif , Hazimi, Nufail dan Haziq melangkah masuk kedalam kelas. Mereka berempat duduk Dan bersembang sesama sendiri.
Hanan, Syazwani , Riza Dan beberapa orang pengawas lain melangkah masuk kedalam kelas selepas beberapa minit pelajar masuk.
Anak Mata Thaqif tidak berganjak memandang Hanan sehingga gadis itu duduk ditempatnya. Riza hanya menjeling Thaqif yang tidak habis-habis memandang Hanan.

"aqif... " Panggil Riza
     Thaqif menoleh kearah suara yang memanggil namanya. Dia mengeluh kecil sebelum menjawab panggilan Riza itu.
"Sini kejap please" panggil Riza
   Thaqif berjalan malas menuju ke meja Riza.
"Nak ape? " Kata Thaqif malas

Tiba-tiba guru ganti masuk kedalam kelas. Thaqif memanjatkan syukur kerana guru ganti menyelamatkannya. Dia menyampah dengan sikap Riza yang tergedik-gedik dengannya. Dia hanya inginkan perhatian daripada Seorang gadis sahaja.
       Thaqif menoleh kearah meja Hanan. Kelihatan Hanan sedang tidur . Gadis itu kelihatan penat , Thaqif berasa hairan Adakah gadis itu tidak berasa terbeban dengan tanggungjawabnya sebagai penolong ketua pengawas, sebagai pelajar spm?

Pencapaian Hanan amat membanggakan dia aktif didalam akademik begitu juga dengan kokurikulum. Namun dia jarang  terlibat dengan aktiviti sukan .

      Berbeza dengan Syazwani. Sahabatnya itu lebih aktif dalam sukan berbanding dengan akademik. Hanan hanya berkawan rapat dengan beberapa orang pelajar sahaja. Selebihnya dia lebih selesa untuk berkawan biasa.

    Pelbagai matlumat tentang Hanan yang dapat Thaqif peroleh selama sebulan disekolah itu. Hanan mula bercakap dengannya. Itu adalah perkembangan yang sangat menggembirakan Hati Thaqif.

Hanan Dan Zainur Mula rapat. Hanan akui dia Mula suka akan Zainur . Namun perasaannya itu disimpan dalam Hati. Akankah pelajar yang menjadi kegilaan ramai itu Minat akan dirinya. Itu adalah satu perkara yang mustahil.

         Jam menunjukkan angka satu dua puluh minit. Pelajar mula berpusu-pusu keluar dari kelas. Hanan Dan Syazwani mula bergerak keluar dari kelas untuk berjumpa dengan buah Hati masing-masing.

Syazwani sentiasa mengusik Zainur dan Hanan dengan mengatakan yang mereka adalah pasangan kekasih yang sepadan . Hanan hanya ketawa untuk menutup malunya. Zainur hanya tersenyum kecil, dia ingin benar tahu tentang perasaan Hanan. Gadis itu bagaikan memberi isyarat yang dia juga suka akan dirinya. Namun segalanya bagaikan terselindung.

           Thaqif yang terdengar perbualan dua sahabat itu, terdiam. Adakah benar yang Hanan suka akan Zainur? Segala persoalannya bagaikan terjawab pabila melihat wajah Hanan yang mula berubah warna.

Hanan perasan akan perubahan diri Thaqif . Thaqif yang dulunya suka berbual dengannya sekarang hanya berdiam diri setiap kali mereka bertembung. Thaqif cuba menjauhkan diri dari gadis itu. Namun dia yakin dia tidak mampu, dia Cuba kuat berdiri pabila melihat Hanan Dan Zainur bersama.

       Zainur mula memberikan petunjuk tentang perasaannya. Hanan juga Mula menunjukkan perasaannya kepada Zainur.

"Irdina... Saya nak bagitau sesuatu dekat awak" Kata Zainur petang itu.

"Ape dia?" Balas Hanan . Perasaan berdebar Mula menguasai dirinya.

I like you alot. From the first time I saw you, till now. My feelings never change." Luah Zainur

        Hanan terdiam mendengar pengakuan Zainur itu. Dia merasakan bahawa selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan. Perasaan bahagia bercampur terharu mendengar pengakuan Zainur itu.

" I like you too hehehe " balas Hanan

Zainur jeda mendengar pengakuan Hanan itu. Dia tidak menyangka gadis seperti Hanan juga meminati dirinya.

" Kita Kawan sampai kahwin ok?" Kata Zainur

Dan mereka berjanji untuk memberi kesetiaan yang sepenuhnya.

Kerana kau yang terindahWhere stories live. Discover now