Anna

61 15 2
                                    

Jay dan Anna mula rancak bersembang. Daripada seringan-ringan tajuk sehingga ke topik yang lebih berat. Sewaktu Jay menanyakan musabab dia terjurumus kepada perkara seperti itu, Ah tiba-tiba saja Dia marah dan melenting dan mula menyalahkan takdir.

"Kau ingat aku suka jadi macam ni? kena hina! kena perli! Ahhh aku peduli apa! keluarga aku memang hina! Mak bapak aku selfish! Bergadoh,bercerai dan bukannya peduli pun pada kami adik beradik. Kakak aku sendiri dah jadi pengkid. Ada abang angkat pun bukan boleh diharap. Dia yang 'LIWAT' aku yang dibuang sekolah! Tak Guna!!! Dah kena buang sekolah kau fikir aku nak pergi mana? Bersepahlah!" Marah Anna.

"Allahu".Rasa sayu menerjah hati

Siapa sangka. Disebalik wajah yang terlihat lembut itu sebenarnya telah pun melalui jujukan pengalaman yang begitu keras. Anna bermula dengan remaja yang hidupnya teraniaya dan terbiar. Hidup memang tidak memberinya pilihan selain bersepah di jalanan. Tersilap pilih kawan dan akhirnya itulah dia. Lelaki lembut dihadapan Jay, seorang Bapuk..

Rancak mereka bercerita, Anna bagaikan menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan. Barangkali rasa tidak selesa itu yang membuatkannya bangun lalu mahu segera beredar.

Teringat soal tugasan, Jay mula gelisah. Jay perlu berdakwah kepadanya. Tetapi sepanjang perbualan mereka, tidak ada satu pun lagi ayat yang membawanya ke arah kebaikan.

"Nantilah, relakslah dulu... belum puas sembang lagi ni" Jay cuba menahannya daripada pergi. Gagal!

Anna memang seorang yang berhati-hati. Nampak Gayanya Jay juga perlu berhati-hati jika tidak mahu penyamarannya diketahui.

Melihat Jay terus mendesak untuk berbual, Anna akhirnya memberikan satu tawaran.

"Kau masih nak berbual dengan aku? Kalau ya, kau kena ikut aku balik ke hotel,. sebab aku memang duduk kat hotel bajet" Ujar Anna sinis...

Berat untuk Jay mengiyakannya, namun dia benar-benar tiada pilihan. Tugasan ini perlu dia galas sebaik mungkin.. Tekadnya jelas. Menyampaikan sedikit peringatan Allah kepada dia yang sedang tersasar.

Jay tanpa berfikir panjang, bangun dan mengikuti Anna sambil berbalas isyarat kepada hyungnya yang berada disitu. Walaupun Hyung yang lain telah beri isyarat larangan, namun Jay tetap degil dan berkeras.

Panggilan telefon dan mesej masuk bertalu-talu diTelefon Iphone 7 milik Jay. Namun ia itu semua tidak dihiraukan oleh Jay..

Jay terus menapak mengikuti langkah-langkah Anna yang mungkin membawa dirinya kepada sesuatu yang mungkin tidak dijangka.

Jimin Dan Tae hanya mampu mengikuti Jay dari belakang tanpa pengetahuannya.

" Tae. kita kena buat sesuatu. Takkan Kita nak biarkan Jay Ikut bapuk tu"

"Hoi, Kau ni bertapis sikitlah cakap tu.. Kang dengan si Anna tu mau hilang Gigi kau tu!"

"Alah tak kesahlah. yang penting Jay ... Kita kena cakap dekat hyung ni. kang tak pepasal Jay Uh kena Liwat.. opps sorry"

*Tolak kepala Jimin*
"Kau jangan nak merepek boleh tak? dah la jom pergi cakap dekat hyung"

*Agak-agak apa jadi ngan Jay Nanti????* Dont Forget To Vote🌸

[Hiatus] Ustaz JAYWhere stories live. Discover now