Hotel JAHANAM

50 15 2
                                    

*V hyung- Hey Jay apa kau buat tu

*Rapmon- Kau jangan ikut dia. bahaya... Jay kau sedar ke tak apa yang kau buat ni? tolong jangan ikut dia naik atas.. bahaya Jay bahaya!!

*29 Missed call from Seokjin Hyung🌸*

Itulah mesej terakhir yang dibaca oleh Jay sebelum dia mematikan telefon bimbitnya. Hati Jay dihempap rasa debar yang tidak berhenti, tapi rasa ingin tahu dan keterujaan mahu melaksanakan tugasan itu sebaik mungkin berjaya menukarkan perasaan takut Jay kepada berani.

Jay mahu lihat suasana sebenar ditempatnya. Jay perlu mencari juga sedikit ruang untuk menyampaikan peringatan Allah buatnya... Jay nekad.

Anna membawa Jay naik ke tingkat dua. Ada banyak ruangan bilik kecil disitu. Lampunya malap dan kelihatan beberapa lelaki berbadan tegap menjaga di setiap pintu-pintu. Bonzer. Banyak bunyi-bunyi pelik yang kedengaran disetiap ruang gegendang telinga.

Jay mula risau. Makin ramai bonzer diatas dan mereka memandang sinis pada Jay. seakan mengesyaki sesuatu.. Jay Semakin berdebar.

"Kita berborak sajakan? macam kita janji tu? saya cuma bayar awak untuk kita berborak saja" Jay cuba untuk mengingatkan tentang perjanjian awal mereka. 10,000won sejam untuk berbual saja? Anna ketawa sinis..

"Borak saja? rugilah! keluar duit tapi tak dapat apa-apa. Hei kenapa ni? kau risau aku buat apa-apa pada kau ya? Alah, kalau buat apa-apa pun apa salahnya kan?" Anna bersuara manja.

"Ah Sudah!! Matilah aku kalini.. menyesalnya aku tak ikut cakap hyung" bobel sendirian..

Senyuman yang terukir dibibir Jay ketara palsu. Jay cuba berlagak setenang yang boleh tapi jantungnya serasa mahu luruh! Rasa tidak sedap hati, tapi kedegilannya untuk menyudahkan juga tugasan itu buatkan Jay terus bertahan.

krakkk *Pintu bilik dibuka*
Jay melangkah masuk dengan seribu satu sesalan yang tak dapat diungkap pada masa itu..

"Anna, awak tak ada kawan baikkah?"

"Tak ada pun."

"Isy, mustahil la tak da? semua orang ada kawan baik tau!"

"Iya tak da! dulu adalah kawan tapi masa senang je. Masa tengah banyak duit, kaya raya. Masa tak da duit,semua cabutlah"

"Mana boleh macam tu! Nabi pun ada kawan baik"

Nah, Jay sudah mula menyebut tentang Rasulullah. Dia sudah cuba perlahan-lahan menyuntik intipati dakwah.

"Aku tahulah Nabi pun ada kawan baik. Nabi tu berdakwah. Banyak pengikut! mestilah ada kawan baik.!"

Jay Menelan air liur tatkala mendengar Anna mula bercerita tentang Rasulullah. Adakalanya dia menyebut fakta agama dengan begitu menyakinkan dan menyebabkan Jay kehairanan. Bahkan Jay merasa dia yang sedang menerima dakwah dari Anna.

"Hebatnya awak Anna. Saya pun tak tau sangat pasal semua tu!"

"Hei,jangan pandang orang tak ada mata, okey! Aku dulu pun sekolah agama jugak. Masuk darjah Khas lagi. Dapat pangkat dua tau?!"

Jay tergamam mendengar jawapan Anna.

"Sekolah agama? Sampai darjah khas? pangkat dua? ehh, tu keputusan yang cemerlang! mesti Ilmu pengetahuan agamanya jauh lebih baik daripada aku. Tapi kenapa dia disini?" Bisik Hati Jay Yang membawa banyak lagi tanda tanya soal Anna.

*Fuh Anna ni mencabar betul!... Dont forget to Vote Ya*

[Hiatus] Ustaz JAYWhere stories live. Discover now