Perlahan-lahan Na Yeon membuka matanya dan orang yang pertama dia lihat siapa lagi kalau bukan Bodyguardnya iaitu Kai.
" Nah air " Kai menolong Na Yeon untuk duduk dan menguhulurkan air kepadanya.
" Jom aku hantar pergi hospital, kau tak sihat ni . " Kai cuba memujuk Yeon.
" Tak pe aku okay, tak demam pun. Nanti makan ubat okay la ni. " Na Yeon menolak dengan lembut. Dia takkan pergi ke hospital. Dia takut kalau dokter mengetahui hal sebenar.
" Kau tu bukannya senang nak makan ubat. Jangan berlagak kuat. " Perli Kai.
" Aku janji, aku akan makan ubat. " Na Yeon menolak dengan suara yang cuba dia lembutkan lagi . mahu sahaja dia melenting kerana Perlian Kai. tetapi dia tahan .
" Yelah. Jom balik. " Kai cuba menolong untuk memapah Na Yeon. Kai hampir cair mendengar suara lembut Na Yeon. aduhhh ... wake up Kai !!
" Aku boleh lagi jalan sendiri" Bukannya dia tidak mahu ditolong oleh Kai. Dia takut Kai tersentuh lukanya yang ada dimana-mana.
Sampai sahaja dirumah, Na Yeon terus naik ke atas. Tetapi apa yang menjadi pelik untuk Kai dan Ahjumma Hwa adalah ...
" Kai , Na Yeon mamai ke ? Kenapa dia masuk bilik Min Yeon?
" Saya Tak tau la. Ahjumma pergi la check dia bawak ubat sekali. saya rasa dia dah nak demam tu. " Beritahu Kai .
" Kalau ada apa-apa, beritahu je saya. saya ada di bawah ni. " Sambung Kai. Ahjumma Hwa hanya menurut.
Ahjumma Hwa terus naik kebilik Min Yeon untuk melihat Na Yeon.
" Na Yeon..." panggil Ahjumma Hwa perlahan. Dilihatnya Na Yeon sedang berbaring di katil Min Yeon sambil memeluk sebuah gmbar. Gambar apa, tak pasti .
" Ye " Jawab Na Yeon lembut .
" Makan ubat ni dulu, nanti dah demam susah. Kita kena mencegah dahulu. Mari Ahjumma tolong. " Lembut saja Ahjumma menasihati Na Yeon.
Na Yeon hanya menurut sahaja. Badan nya begitu lemah ketika ini. seluruh badannya terasa sakit.
setelah makan ubat, Na Yeon berbaring semula. Ahjumma Hwa menarik selimut dan menarik sehingga paras pinggang. Na Yeon pun sudah melelapkan matanya.
"Macam mana Ahjumma, Dia nak makan ke ubat tu ? " Tanya Kai .
"Sudah . langsung dia pejam mata dia ." Beritahu Ahjumma Hwa .
" Kai, tolong tengokkan dia sekejap boleh? Ahjumma nak pergi memasak. Kalau Na Yeon dah bangun, senang. boleh terus makan . " Sambung Ahjumma Hwa .
" Boleh Ahjumma Hwa " Kai langsung naik ke atas .
perlahan- lahan Kai membuka pintu. Kai duduk di sofa yang berdekatan yang berhadapan dengan Katil." Comel je dia ni tidur , tapi kalau dah bangun. Muka mengalahkan singa lapar " gumam Kai.
Sewaktu Ahjumma Hwa sedang memasak. Telefon rumah berdering dan Ahjumma Hwa berlari untuk mendapatkannya.
" Ahjumma Hwa ..."
" Cik Min Yeon ..."
" Na Yeon macam mana ?" Tanya Min Yeon lembut. Ya, Min Yeon sememangnya orang yang sangat lembut tetapi tegas seperti Eommanya dahulu.
" Dia demam la Cik Min Yeon. " Beritahu Ahjumma Hwa .
" Dah bawak pergi hospital ke ?"
" Cik Min Yeon pun tahu sendiri. Na Yeon memang susah untuk pergi ke hospital. Nasib baik dia masih nak makan ubat . " Terang Ahjumma Hwa .
" Saya rasa Cik Min Yeon patut balik. Dia rindukan Cik Min Yeon. " sambung Ahjumma Hwa lagi.
" Macam mana Ahjumma tahu ?
" Sekarang ni, dia sedang tidur di bilik Cik Min Yeon sambil memeluk gambar Cik Min Yeon sekeluarga. "
Min Yeon sudah teresak di hujung talian. Tipu lah kalau dia tidak merindukan adiknya . Tetapi ... kerja di Kanada masih belum selesai .
" Ahjumma Hwa, saya akan cari masa untuk balik ke korea. " Beritahu Min Yeon . Min Yeon langsung memutuskan talian . Ahjumma Hwa mengelap sedikit air mata yang mengalir dihujung matanya.
Walaupun Na Yeon sangat keras, tetapi jauh disudut hatinya di merindui kakaknya. Ahjumma Hwa sangat pasti tentang itu.
×××
"Omma...."
"Appa ....."
"Eonni ...."
Na Yeon memanggil nama keluarga nya dengan perlahan. Kai mendengar suara itu, terus dia melangkah ke arah Na Yeon.
"Na Yeon.." perlahan Kai memanggil sampai menepuk sedikit pipi Na Yeon. Na Yeon sedar.
" Aku nak muntah " beritahu Na Yeon perlahan. sungguh dia tidak larat .
Kai terus mengangkat Na Yeon untuk ke bilik air.
Na Yeon memuntahkan segalanya. disamping itu Kai menepuk dan menggosok sedikit belakang Na Yeon untuk memudahkan Na Yeon memuntahkannya." Kita pergi hospital ea ? teruk sangat dah ni. Panas pulak tu. " pujuk Kai lagi. Na Yeon hanya menggeleng.
" Cuba kau jangan degil. " Kai baran dengan sikap Na Yeon.
" Kai please " Na Yeon merayu .
lalu kai mengangkatnya dan meletakkannya di katil semula .
" Tunggu kejap" Kai turun kebawah.
Na Yeon melelapkan matanya sekejap .
" Ahjumma Hwa dah siap ke makanan Na Yeon" Tanya Kai .
" Sudah. Tadi Cik Min Yeon call saya. Dan dia kata dia akan usahakan untuk balik ke korea " beritahu Ahjumma Hwa .
"baguslah kalau begitu. Ahjumma tolong tukarkan baju Na Yeon, tadi dia muntah. saya sediakan makanan dia dan 15 minit lagi saya naik" Beritahu Kai dengan jelas .
" Baiklah" Ahjumma Hwa hanya menurut. Baginya Kai adalah lelaki yang sangat baik .
15 minit kemudian Kai masuk kedalam bilik dan membawa dulang berisi makanan serta ubat . Dia melihat Na Yeon langsung tidak bermaya.
" Ahjumma tolong suapkan dia, saya akan tahan belakang Na Yeon dari belakang."
perlahan-lahan Kai membangunkan Na Yeon. terlalu panas suhu badan Na Yeon ketika itu sampaikan Kai yang berada disebelahnya merasa Bahang.
tiba-tiba Kai melihat sesuatu yang berbekas di pergelangan tangan Na Yeon. Kai melihat Ahjumma Hwa dan Ahjumma Hwa memandang ke arah Kai . mereka bertentangan mata seperti memberi isyarat . 'kita akan cakap lepas ni '
Selepas menyuapkan dan memberi ubat kepada Na Yeon. Kai dan Ahjumma Hwa keluar daripada bilik tersebut .
" Kai sebenarnya Ahjumma dah lihat semuanya. "
" maksud Ahjumma ?"
" seluruh badan Na Yeon banyak kesan lebam . bahagian perut , lengan dan pergelangan tangan. "
Kai sudah terduduk dan meraup wajahnya . Dia berasa sangat cuai kerana tidak menjadi Bodyguard Na Yeon dengan betul.Ya. mungkin sebab itu Na Yeon tidak mahu pergi ke hospital. apa yang sebenarnya terjadi ? Dia harus mencari tahu.
"Ahjumma Hwa jaga Na Yeon ye. Kalau ada apa-apa terus hubungi saya. Saya ada urusan yang harus diselesaikan. " Beritahu Kai.
" Baiklah. Kamu pun hati-hati ya Kai . " Pesan Ahjumma dan Kai mengangguk dan memberi senyuman.
YOU ARE READING
OH MY BODYGUARD?!!
FanfictionKehilangan kedua ibu bapanya menjadikan Han Na Yeon seorang yang keras kepala dan tidak menerima apa-apa nasihat/teguran termasuk Han Min Yeon iaitu kakaknya sendiri.Sejak Han Min Yeon mula sibuk dengan pengurusan syarikat Appanya, Han Na Yeon selal...