" Hari ni aku tak boleh ambil kau. Kau balik dengan Soo Bin. Aku dah bagitahu Soo Bin. Jangan balik sendiri . Faham ?" Kai mengingatinya .
Na Yeon keluar daripada keretanya tanpa sebarang kata. Kai mengejarnya dan cepat mencapai lengan Na Yeon.
" Ye . Aku faham . " Na Yeon terus menepis tangan Kai .
" Kan senang kalau kau jawab dari tadi . Tak ade lah aku nak mengejar kau ."
" Tak suruh pun kau kejar aku " Na Yeon terus berlalu meninggalkan Kai.
" Bila la kau nak berubah Na Yeon ?" Kata Kai saat Na Yeon sudah hilang daripada pandangannya .
.
"Good Morning" sapa Soo Bin dan memberikan senyuman kepada kawan baiknya itu.
" Morning " jawab Na Yeon bersahaja.
"how are you today?"
" I'm good " Na Yeon mengambil tempat disebelah Soo Bin.
" Kau dah kenapa ? macam la semalam kau tak jumpa aku ."
" Salah ke aku nak berspeaking hari ni ? aku nak improve aku punya english. "
" Ada-ada je la kau ni ." Na Yeon hanya menggeleng .
" lunch nanti nak makan apa ?" Tanya Soo Bin
" Yah! lama lagi nak lunch, kau dah tanya sekarang ." Soo Bin hanya tersenyum kambing.
Selepas itu Soo Bin dan Na Yeon menumpukan perhatian ke hadapan. Soo Bin tersenyum lagi . Dia sudah nampak perubahan sedikit dalam diri Na Yeon. Bukan mudah untuk merubah Na Yeon. Dia berharap Na Yeon berubah dan kembali ke sifat awalnya iaitu ceria dan peramah.
" Na Yeon Eonni ?" seseorang memanggilnya dan Na Yeon pun menoleh ke belakang .
" Wae ?"
" Ada seseorang nak jumpa dengan Eonni dekat library " beritahu Junior itu.
" Nugu ?" Kali ini Soo Bin pula yang bertanya.
" mollayo (tidak tahu).saya pun first time nampak dia" Kata Junior itu lagi sebelum berlalu .
" Jom lah aku teman kau." Pelawa Soo Bin
" It's okay . I'll go alone " Beritahu Na Yeon
" Are you sure ?"
" Yes!" jawab Na Yeon dengan pasti dan terus berlalu .
.
" Namja ? Yeoja ? Lupa nak tanya pulak tadi ." Na Yeon berjalan perlahan dan mencari seseorang yang mahu berjumpa dengannya.
Dia sudah pun sampai di library. Kawasan library itu memang sunyi , jarang pelajar yang akan lalu di situ. kalau ada pun pelajar yang suka dengan buku A.K.A ulat buku. Na Yeon melihat sekeliling,tiada siapa di situ . tiba-tiba seseorang menarik tangannya dengan kuat.
" Yah! Who are you ?" Na Yeon cuba menarik tangannya daripada cengkaman lelaki itu. sakit . ya. itu yang dirasakannya.
Lelaki itu melepaskan tangan dan menolak Na Yeon hingga jatuh ketanah . Na yeon mengeluh kesakitan. dia melihat sikunya yang berdarah dan sedikit berbekas di pergelangan tangannya. Dia cuba melihat muka lelaki itu, tetapi hampa. lelaki itu memakai topeng di mukanya . beberapa minit kemudian lelaki itu pergi meninggalkannya dan muncul 3 orang perempuan dihadapannya.
" Apa kau nak ?" Tanya Na Yeon. tangannya sudah pun di pegang oleh 2 orang perempuan yang lain .
" kenapa kau tak lawan ? takut kena gantung lagi ke ? " tanya perempuan itu dan yang lain hanya ketawa . Dia menghantar isyarat mata terhadap 2 orang perempuan yang memengang Na Yeon .

YOU ARE READING
OH MY BODYGUARD?!!
Fiksi PenggemarKehilangan kedua ibu bapanya menjadikan Han Na Yeon seorang yang keras kepala dan tidak menerima apa-apa nasihat/teguran termasuk Han Min Yeon iaitu kakaknya sendiri.Sejak Han Min Yeon mula sibuk dengan pengurusan syarikat Appanya, Han Na Yeon selal...