Did you go round and round to come to me?I can't avoid this love
" Esok lepas awak habis interview Jungkook , kita terus pergi date ye. Saya nak bawa awak pergi tengok wayang sekali esok "" Nae oppa ! "
Jimin ketawa kecil. Tangannya mengusap lembut rambutku. Ish apa dia fikir aku ni budak kecik ke hm !
" That's my girl "
Walaupun dah berjam jam masa berlalu tapi peristiwa pagi tadi masih terngiang ngiang dalam fikiran. No ! Fokus Yena , fokus !
Tapi bila aku ingat balik kan , esok aku akan jumpa dengan Jungkook pastu hehe Jimin nak bawa aku gi date la pula ahhh kyaaaaaa
Yena rest in peace
Tanpa sedar , dah malam pun akhirnya. Telefon pintar dikeluarkan lalu angka number di skrin aku tenung lama.
" Yeahh dah boleh balik " aku berkata sendirian dan segera mengemas barang keperluan untuk dibawa balik. Office Jimin aku pandang. Hm , lampu masih terbuka maksudnya Jimin pun tak balik lagi lah kan ?
Aku bingkas bangun lalu mengorak langkah ke dalam office Jimin. " Awak tak nak balik lagi ke ? Dah lewat ni " soalku
" Sorry sayang , saya ada kerja lagi ni. Tak pe awak balik dulu eh ? Esok kita jumpa "
Aku mengangguk tanda meng-iyakan.
" Goodnight Chimmyyy emmuahh " aku melambai Jimin dan menghadiahkan flying kiss padanya. Jimin dengan cepat menangkap flying kiss aku lalu meletakkan tangannya di dada. Aww so cute
" Goodnight too my angel "
Aku ketawa perlahan lalu melambai Jimin buat kali yang terakhir.
Sebaik saja aku keluar dari B.H.Company , perkara pertama yang melayang dalam fikiran aku ialah...
AKU NAK MAKAN.
KO TAHU TAK DARI PAGI TADI AKU TAHAN PERUT TAK MAKAN APA APA !
Rip my stomach.
Mata meliar melihat sekeliling. Alahai , tak kan tak de satu kot gerai buka sekarang ni. Aku dah lama craving nak makan teobokki hm.
Kedai 7E menjadi tumpuan. 7E pun boleh la , dah terdesak sangat kan ? Hahaha
" Hm nak beli apa eh ? "
Bapak banyak gila duh ramen kat sini. Ramen daebak ghost pepper pun ada weh. Barang kosmetik pun ada cuma hm mahal sikit. Baik beli je kat watson lagi murah bwekk.
Coklat dairy milk menarik perhatian. Fuh , tinggal satu je weh dalam rak tu. Yang lain semua coklat kitkat.
Tapi tu lah , masa aku nak ambil coklat dairy milk tu , tiba tiba tangan aku bersentuhan dengan tangan orang lain.
Automatik aku mengangkat muka melihat tuan empunya tangan. Em , mamat ni demam ke ? Kenapa dia pakai mask ?
Kami bertentangan mata. Dahi dikerut. Asal mamat ni cam familliar eh ? Ke aku salah orang ?
Tanpa sedar tangan kami masih lagi bersentuh , aku cepat cepat alihkan tangan. Muka aku serta merta menjadi merah.
" Em , awak ambil lah coklat tu saya beli yang lain je " ujarku cuba menghilangkan rasa janggal dalam diri.
Dia meneliti mukaku lama. Kepalanya digeleng. " No , you take it "
" Tapi--"
Sebelum aku habis bercakap , dengan pantas mamat ni memotong.
" I saw your expression dan saya tahu awak nak , so ambil je. Lagipun awak tu perempuan la , tak gentleman la kalau saya yang ambik "
Aku-aku..AKU TERHARU BODOH !
" Oh hehe , terima kasih " coklat dairy milk cepat cepat aku ambil. Bukan apa tau , aku takut mamat ni ubah fikiran je HAHAHHA
" What's your name , cute girl ? " soalnya mengejut
" Choi Yena "
Dia sekadar menganggukkan kepala.
" Nama awak pula ? " giliran aku pula menyoal. Aku cuba untuk kekalkan eye contact walhal hati aku dah nervous gila time tu
Perlahan lahan dia membongkokkan badannya. Dia berbisik perlahan di tepi telingaku.
" Jeon Jungkook , that's my name " dia melihat sekeliling lalu mask hitamnya dibuka. Wajahnya aku tenung lama seakan akan tidak percaya.
" Ju-jungkook ? "
" Yes , that's me "
YOU ARE READING
My Idol Jeon Jungkook
FanfictionJournalist Siapa sangka tidak ramai yang mengetahui apa itu Journalist sedangkan pekerjaan ini la yang sering menjadi mimpi ngeri buat artis artis di luar sana. Ramai yang sanggup menipu malah menyebarkan khabar angin palsu hanya kerana dahaga perh...