8

140 11 2
                                    

+And i miss you miss you,you are my destiny

" Yena ? Awak okay tak ni ? " Ujar Jimin dengan wajah yang risau

Air yang dihidangkan langsung tidak diusik. Aku sekadar termenung kosong.

" Choi Yena ? " Jimin memanggil ku buat kali kedua.

" Huh ? Ya ? "

Jimin menggeleng perlahan. "Awak kenapa ni ? Tak sihat badan ke ? "

" Sa-saya okay cuma saya nak bagitau awak sesuatu tapi janji jangan marah saya " aku membuat muka kasihan

Aku menarik nafas sedalamnya. Harap apa aku buat ni benda betul la.

" Saya minta maaf...saya nak tarik diri dari interview Jungkook. Awak cari la orang lain pergi interview dia. Saya tak nak "

Jimin merenungku lama. " Apa yang dah jadi sebenarnya ni ? "

" Eh tak jadi apa pun cuma Jungkook tu cerewet sikit. Lepas tu dia banyak songeh nak itu nak ini saya malas la "

Sekali lagi aku sembunyikan syarat merepek Jungkook dari pengetahuan Jimin. Bukan apa tau, aku tak nak keadaan jadi lebih complicated.

And yes pasal semalam, aku reject Jungkook. Sayang aku hanya pada Jimin seorang saja. Cukuplah aku jadi fake girlfriend dia. Cia sikit

" La yeke ? Kesian awak, tak pe la saya cari orang lain je ganti tempat awak. "

Aku memandang Jimin terharu. Mataku bersinar sinar dengan harapan. Memang tak syak la, Jimin la hero aku. Wa sayang sama lu Jimeng. *Lap air mata*

" Awak jom selfie. Nak post kat Instagram hehe " jimin segera membuka camera di iPhone nya.

Say cheeseee

Click

Aku dengan pantas melihat selfie kami berdua. Jimin pun tersenyum puas lalu meng-upload gambar kami. Aku pun nak post juga la kat Instagram. Dah lama berhabuk uhuks

By the way guys, follow la Instagram aque hehe. Sis janji sis followback, username ' pwdpiearis ' . Ok bye

" Eh Yena, ni awak ke ? "

Huh ?

Jimin memandangku dengan iPhone nya silih berganti. Sekali sekala dia akan menggeleng kepalanya.

" Nak tengok "

Lambat lambat Jimin menghulurkan iPhone nya. Allahu, aku rasa nak mengucap sekarang. Aku cuba menggosok mataku berulang kali tapi gambar tu tetap tak berubah.

Dalam gambar tu, ada seorang gadis yang cantik. Wajahnya iras karakter anime, kulitnya cerah, riak wajahnya kelihatan ayu sekali. Memang tak syak lagi dia la gadis Melayu terakhir di bumi ini.

Okay guys, jangan lempang aku.

" Macam mana gambar awak boleh viral kat Instagram ni ? "

Aku sekadar mengangkat bahu. Setahu aku la, aku jarang upload gambar kat Instagram. Maklumlah sis ni hanyalah kentang lenyek penyek.

Tapi dalam gambar tu, memang aku. Aku tengah berselfie seorang diri. Selfie guna iphone Jung...

Anak mataku terbeliak. Ini tak mungkin. Andrenaline mula mengepam laju. Jantung pula dah berdebar semacam.

Tapi aku tak menyerah !

Dengan segala kudrat yang aku ada, dengan telapak tanganku yang bermandikan peluh, aku gigihkan diri untuk mencari Instagram Jungkook.

Bapok banyak betul fake akaun HAHAH.

@JeonJungkook_

@JeonJungkook_

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❤️1.8M Likes   49K Comments

My girlfriend is cute right ? And I hope to see you again Yena, I miss you.

Comments

@iamfakeselenagomez Guyssss sejak bila Jungkook ada girlfriend sia !

@ihatechoiyena WEH SEYES AH DIA MAKWE JUNGKOOK ! ARGHH PERAMPAS !

@saranghaejungkook eiyu tak de la cantik mana pun, tak sangka low betul standard Jungkook

View all....

Mataku berair air melihat komen negatif terhadapku. Sebenarnya ada je komen positif tapi fikiran aku hanya memikirkan kritikan netizen.

Lumrah manusia kan, benda baik tak nampak, yang nampak benda buruk je. Tapi ini lah hakikat kan ? Hati aku rasa terluka. Buruk sangat ke rupa aku ? Hina sangat ke aku ? Awhh sudah, jangan overthinking Yena.

Aku cuba menarik nafas sedalamnya. Mulut pula aku cuba mengukirkan senyuman paling manis. Jimin dihadapanku sekadar diam. Tidak menyoal apa pun. Mungkin tidak mahu menyukarkan keadaan ?

" Saya minta maaf, Jimin. Saya curang pada awak "

Jimin menggeleng lagi.

" I don't believe that jerk. You're my girlfriend, not him. Dah, saya hantar awak balik ya ? Awak penat sangat ni " ujarnya lembut lalu mengelap air mataku.

Aku mengangguk lemah. " Okay "

Sepanjang perjalanan, aku dapat rasakan sesuatu. Macam something is coming ya know ? Deria lelabah maybe ? Hahaha 

Tapi serius, memang aku rasa tak sedap hati. And tekaan aku tepat aku dapati banyak tisu dan gumpalan kertas di sekitar halaman rumahku.

Allahu, dari mana diorang tahu alamat rumah aku ni ? Immature fans memang macam ni ke ?

" Awak masuk rumah dulu. Nanti kita kemas sama sama "

Aku mengukirkan senyuman manis. " Terima kasih Jimin, susahkan awak ja. "

" Ala no hal la, untuk awak lautan api pun saya sanggup redah tau ha cia sikit "

" Hahaha cia cia, ok la Jimin, saya masuk dulu. Esok kita jumpa. Bye " aku melambai

" Ok Yena. Jaga diri elok-elok. Kalau ada apa apa jadi call terus saya. I love you, muah " Jimin memelukku erat lalu diakhiri dengan flying kiss

Aku ketawa melihat gelagat Jimin. Sungguh comel, macam kanak kanak Ribena gitu. " Love you too, chimmy "

Sorry for the late update. Aku pemalas sikit hehe. Vote ya, saya sayang awak awak semua. Aishiteru

My Idol Jeon Jungkook Where stories live. Discover now