Bab 29

1.4K 64 8
                                    

Riana pov

Kami on the way menuju ke rumah paklong . Jauh la jugak sebab kami dekat kl paklong tinggal dekat kuantan. Mesti korang pelik aku dah lama tak sekolah kan ? Aku cuti . Well sekarang memang cuti seminggu sebabtu aku free je hahahaha .

"Sayang kalau mengantuk tidur dulu . Jauh lagi ni." Ash memandangku sekejap sebelum memandang hadapan semula . Gila nak pandang lama lama , memang arwah la jawabnya.

"Takpe saya nak teman abang . Kesian abang memandu seorang diri nanti." Kataku .

"So sweet my wife ni." Ash menggosok kepala ku.

"Jangan la main kepala saya . Nanti tudung rosak." Aku menolak tangannya dari kepalaku . Sebuk je main kepala orang .

"Abang nak singgah station minyak ni . Sayang nak beli apa apa tak ?" Ash menyoalku . Ehh dah sampai station minyak ? Haah la hahaha tak perasan.

"Nak air kotak milo 2kotak lepasti mister potato hot and spicy hehehe ." Orderku . Hehehehhe tak nak bagi mengantuk kena mengunyah.

"Orite . Lock pintu tau ." Sempat Ash memesan sebelum beredar .

Sedang aku memerhati orang yang lalu lalang di station minyak itu aku ternampak Isya dan Esah berjalan berdua menuju ke dalam sebuah kereta honda .

'Ehh diaorang kenal ke ?' Ujarku dalam hati .

Sedang aku mengelamun tiba tiba kedengaran ketukan di tingkap sebelah pemandu .
Aku menoleh ke arah itu . Ash menyuruhku unlock pintu kereta .

Selepas itu kami memulakan perjalanan semula . Aku masih memikirkan pasal Esah dan Isya . Diaorang ada kena mengena ke ? Kenapa macam rapat ? Sekarang Esah dah tak macam dulu . Aku sekarang macam tak kenal siapa Esah . Bukan aku je Azwan pon sama . Dia layan Azwan nak tak nak tapi kalau Ash mengajar dia yang seronok lebih . Tak aku bukan cemburu . Tapi aku pelik!

Ash pov.

Sejak berhenti di station minyak tadi Riana diam je macam fikirkan sesuatu . Aku rasa aku tahu kenapa dia diam . Dia mesti sedang fikirkan sesuatu benda .

"Sayang." Panggilku seraya memegang tangannya .

"Eh yea kenapa ?" Soal Riana terkejut.

"Sayang fikirkan sesuatu ? Fikirkan apa?" Soalku . Riana tersentak.

"Tadi saya nampak Esah dengan Isya berdua nampak macam rapat . Saya nak tahu diaorang ada kena mengena ke ? Ahhh serabut." Haaa tudia Riana tayangkan muka serabut dia sambil meraup mukanya.

"Sayang nampak ke?" Soalku pula . Alahai macam mana Riana boleh nampak?

"Nampak la . Ehh jap kenapa abang cuak semacam ? Ada apa apa yang saya tak tahu ke ?" Riana memandangku dengan pandangan tajam.

Glup. Mati nak mati.

"Ehh erghh tak ada apa apa lah. Kenapa tak bagitahu abang sayang nampak diaorang? Kalau tak boleh tanya." Saja aku memutar belitkan .

"Tak sempat hm." Katanya sambil menyedut air kotak milo yang ku beli tadi .

Tiada lagi kata kata yang keluar dari mulutku mahu pun Riana. Aku fokuskan diriku sembilan puluh peratus terhadap pemanduan . Lagi sepuluh peratus untuk Riana . Sekarang Riana tengah makan kerepek mister potato . Haish nampak sedap je kerepek tu . Sekarang fokusku 100% terhadap kerepek yang Riana makan .

Riana menyuap kerepek ke dalam mulutku apabila perasan yang mataku memandang benda tu .

"Kenapa suap abang ?" Soalku dengan mulut yang penuh.

"Abang ingat saya tak nampak abang dok perhati je kerepek ni ?" Soalnya dengan nada yang sinis . Cehhh sayang ni nak buat abang malu ke apa ?

"Hehehehe abang nampak macam sedap je hehe." Tersengihku

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"

Sayang bangun." Aku menepuk pipi Riana perlahan. Riana tidur dalam perjalanan tadi .

"Ermmm dah sampai ke ?" Riana menenyeh matanya .

"Dah sayang . Jom masuk paklong dengan maklong dah tunggu tu ." Mataku terarah kepada paklong dan maklong yang berada di luar rumah menanti kami.

"Kejap nak pakai tudung." Riana mencapai tudung dan memakainya. Tadi sebelum tido dia buka tudung . Nak kesah apa kereta aku tinted gelap so orang luar tak nampak.

"Jom." Ajak Riana apabila dia sudah selesai.

Aku jalan beriringan bersama Riana sambil memaut bahunya .

"Assalamualaikum paklong maklong." Aku memberi salam seraya menyalami tangan orang tua itu . Riana juga mengikuti langkahku .

"Ash, Riana masuklah dulu . Maklong kamu tadi ada masakkan ayam masak merah . Kegemaran kamu berduakan ?" Kata paklong.

"Ish buat susah susah je maklong ni." Kataku.

"Tak ada apa yang susah Ash kamu tu bukannya selalu datang sini. Ini tidur sini ke balik hari ?" Soal maklong.

"Tidur sini maklong . Ash nak bawak Riana pusing kampung ni ." Kataku sambil memandang Riana . Aku tahu dia terkejut sebab aku kata tak tidur sini hahahahah .

"Haa bagus la . Ni masuk la dekat luar ni panas ." Ajak paklong .

"Sayang masuk dulu abang nak ambil beg." Suruhku . Riana menganggukkan kepala dan terus masuk ke dalam rumah.

Selesai mengangkat beg masuk ke dalam rumah aku terus menuju ke meja makan . Wahhh banyaknye makanan.

"Wahh banyaknya makanan maklong. Semua favourite Ash ni heheh." Kataku dengan muka gembira .

"Sebab makanan kegemaran kamu lah maklong masakkan . Haaa Riana Ash makanlah jangan malu malu. Maklong masak banyak ni ." Pelawa maklong . Tanpa berlengah terus aku mengambil lauk pauk yang dimasak oleh maklong dan ku letakkan ke dalam pinggan ku dan Riana .

Sambil makan banyak yang kami bualkan . Riana tak banyak sangat menyampuk . Mungkin dia malu kot .

Selepas makan kami menuju ke ruang tamu . Disitu paklong tanya semua yang mengganggu kami . Riana menceritakan satu satu peristiwa di rumah semasa aku tiada .

"Paklong rasa ada orang yang tak suka dengan hubungan kamu berdua ." Kata paklong serious.

"Siapa paklong? Nak kata kami ada sakitkan hati orang tak ada." Kataku dengan nada pelik.

"Orang itu orang yang Riana paling rapat. Dulu dia seorang je yang hantar benda untuk membuat kamu berdua bergaduh . Sekarang sudah ada dua orang ." Kata paklong lagi . Riana agak terkejut dengan kenyataan yang baru diterima .

"Paklong tolong kami ." Pintaku lagi .

"Baik paklong akan tolong kamu . Selepas isyak kita berubat." Beritahu paklong .

Aku dengan Riana meminta untuk masuk ke dalam bilik dahulu untuk berehat .

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

HAI LAMAKAN AKU TAK UPDATE? RINDU TAK ? CEH PERASAN JE AKU NI . HAA BAB NI SIKIT JE TAK SAMPAI 1K INSYAALLAH ADA IDEA AKU UPDATE BANYAK SIKIT . BYE JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN . ADA TYPO FAHAM FAHAM SENDIRI EHH TAKDAN AKU NAK CEK BALIK.

Akhirnya cinta(HOLD)Where stories live. Discover now