Prolog

797 55 1
                                    

"Jimin." ujarku dengan debaran di hati. Kepalaku masih kekal tunduk dari pertama kali aku datang ke sini.

"Nae?" lembut sahaja suara itu kedengaran.

Aku menguatkan diri untuk memandang wajahnya. Dia lah lelaki yang aku cintai separuh nyawa. Dia lah lelaki yang pernah membahagiakan aku, mengisi kekosongan dalam hati aku, menemani aku siang dan malam dengan suaranya yang merdu.

Tapi kini, dia sudah sah menjadi milik orang lain. I guess, gadis pilihan dia itu mungkin dapat berikan segalanya kepada dia. Dan aku pula menjadi si bodoh kerana datang pada hari perkhawinan mereka.

"Congratulations for your marriage. I wish all the best for you." ucapku dengan senyuman kelat. Dia juga turut tersenyum.

"I wish nothing but the best for you too." balas Jimin. Hatiku bagaikan ditusuk panah.

"Don't forget me." kataku sedikit merayu. Ya, jangan pernah lupa pada aku yang telah berikan kau bahagia selama 4 tahun.

"I will remember." maka dengan tiga perkataan itu, aku pun beredar dengan membawa hati yang telah hancur berkecai.

Aku berhenti di hadapan pintu masuk dewan, air mata yang ku tahan sejak tadi akhirnya mengalir. Bukan salah Jimin kami berpisah, juga bukan salah aku. Takdir, ya takdir yang mahukan perpisahan ini.

Aku letak tanganku di dada, terasa seperti hilang separuh hati aku.

"Nah, buat lap air mata."

Suara deep seseorang menyapa gegendang telingaku sekali dengan huluran sapu tangan dari orang yang sama.

Aku tersentak lalu membuang pandangan ke arah pemilik suara tersebut.

Dia tersenyum lembut, menunggu untuk aku menyambut sapu tangan yang dia hulurkan.

Dengan teragak-agak aku mengambil sapu tangan tersebut.

"Cheer up!" ujarnya lagi dengan senyuman seperti petak lalu meninggalkan aku yang speechless. Aku biarkan dia pergi begitu sahaja, lagi pula aku tak kenal dia.

Setelah dia hilang dari pandangan, aku melihat sapu tangan yang dia berikan tadi, sebuah jahitan berupa tulisan tertera pada sapu tangan itu,

"KTH?"

Someone Like You [ KTH ] ✔Where stories live. Discover now