Perhaps Love🥀

71 8 0
                                    

Afeeya P.O.V
Berapa minggu lepas kejadian aku demam panas tu, semua pekerja aku mula fikir aku dah declare relationship aku dengan Izhan. Memang tak lah, kitaorang rapat as kawan je. Tu yang buat aku selesa. Dari dulu memang aku nak sangat hubungan yang start dari kawan and if ada cerita di sebaliknya yang tertulis dia jodoh aku, mungkin aku akan terima dengan hati yang terbuka.

Tapi, bukan sekarang, masih jauh perjalanan hubungan aku dengan Izhan. Lengah aku membrew coffee dengan Elis di dapur Cafe tiba tiba aku nampak Izhan turun dari tangga yang menuju ke rooftop. Aku pandang dia dengan pandangan pelik. Apa benda mamat ni buat kat cafe aku lepastu turun dari atas pulak tu. Sejak bila dia masuk aku pun tak perasan.

"Hoi, buat apa kat rooftop saya?"tanyaku pada Izhan yang cuba buat buat tak dengar."Eh, saje je. Biarlah. Kata kita kawan rapat, what yours is mine, what mine is yours"kata Izhan tiba tiba buat Elis di sebelah ku tergelak kecil."Chef Izhan, quotes tu bukan untuk friendship tau, quotes tu untuk orang yang couple or dah kahwin"kata Elis mencelah sambil tersenyum senyum macam kerang busuk. Aku menjeling ke arah dia."Eh suka hati lah, saya nak guna quotes tu dengan Feeya"kata Izhan sambil tersenyum siap kenyit mata lagi. Aku tumbuk kang mahu lebam mata kau tau.

"Awak ni memang takde keje lain eh?Asyik datang Cafe saya je, tu tengok customer awak ramai tu"kataku sambil mengisyaratkan Izhan pandang ke arah restaurant dia."Saya datang sini sekejap je, nak pergi balik restaurant saya lah ni"jawab Izhan lalu keluar dari cafe aku. Haih lah budak ni, tak faham aku. Elis hanya ketawa. Selepas itu, aku mengatur langkah ke rooftop untuk ambil notebook yang aku tinggalkan. Sampai sahaja kat rooftop, aku nampak ada tiga dream catcher yang tergantung kemas atas meja kerja yang aku letak di sudut rooftop cafeku.

Aku tersenyum manis. Ada jugak paloroid yang ditampal penuh di dinding semua gambar masa kitaorang celebrate birthday aku last week. Kerja siapa lagi kalau bukan Izhan. Selesai aku meneliti dream catcher tu, aku nak turun balik ke cafe sebelum aku dengar Izhan panggil aku dari rooftop restaurant dia.

"Suka tak?"tanya dia.Aku hanya tersenyum."Apa motif letak dream catcher kat situ?"tanyaku."Saje, awak kan kuat tidur. Suka hati je nak tidur kat mana mana. Tidur sambil duduk pun boleh. Pelik saya. Tu yang saya letak kan dream catcher kat situ biar nanti bila awak tertidur kat meja tu, awak mimpi yang indah indah je, macam mimpikan saya ke"kata Izhan dengan muka tak ada perasaan dia.

"And paloroid tu if taknak tampal kat situ awak simpan lah sebab saya cherish sangat semua moments kita sama sama"tambah dia lagi. Ayat bukan main lagi."Eeee buat apa nak mimpikan awak. Nightmare okay"balasku ingin mengusik Izhan. Dia hanya gelak."Fee, saya just nak awak tahu, awak the only girl yang saya paling rapat lepas tunang saya meninggal "kata dia tiba tiba buat aku termanggu manggu.

"Oh thanks sebab selesa kawan dengan saya"kataku sebab dah tak tahu nak jawab apa. Riak muka Izhan bertukar sedikit tapi senyuman dia masih tak luntur."Ha ye, saya harap kita boleh jadi kawan rapat macam ni sampai bila bila"kata dia dan mula melemparkan pandangan ke arah langit. Aku hanya perhatikan dia dengan perasaan bercampur baur. Kawan?Yes, kawan. Love it.

Izhan P.O.V
Dia still anggap aku kawan?Ha tak apa lah. Lagi selesa kot. Aku pun mula mula memang niat nak kawan je dengan dia. Aku rasa kami banyak lalui benda yang sama. Kecewa ditinggalkan orang yang kita sayang cuma dari konteks yang berbeza. Aku rasa kasihan dengan nasib Feeya. Perempuan baik macam dia tu, kena tinggal macam tu je. Takpe lah Fee, saya doakan awak jumpa lelaki yang beribu kali baik yang akan appreciate awak, bukannya tinggalkan awak. Baguslah Fee anggap aku as kawan je, sebab jauh dari sudut hati, rasa sayang pada arwah tunang aku, Aliyyah, masih mekar dalam hati aku. Kalau aku kenal Feeya dengan lebih lama, tak mustahil dia boleh gantikan tempat Aliyyah satu hari nanti. Cuma bukan sekarang.

Paris in the RainWhere stories live. Discover now