🤵Bab 65 : Special Chapter I👰

1.1K 80 52
                                    

*Lima bulan lima hari sepuluh jam tiga belas minit dua saat kemudian...

***

"OH. My. God!" Biji mata Luhan hampir nak tersembul keluar. Tak berkelip raut wajah Jiwon ditatap.

Dia gigit bibir bawah dengan perlahan. Pandangan mata si suami Jiwon balas. Mata yang membulat besar itu sedang memandangnya atas bawah. Riak muka yang dipamerkan adalah riak orang terkejut. Terkejut macam tengah tengok zirafah tumbuh belalai je gaya.

"Seriously?" Mata Luhan masih tak berkelip. Bahu Jiwon dipegang kuat.

"Er-err-errr..." Bergetar suara dia bila sang suami menggoncang-goncang kedua-dua bahunya.

"Serius ah doktor?" Lambat menunggu balasan dari Jiwon, Luhan lipat leher ke depan. Mata doktor lelaki yang memakai tanda nama 'Dr. Dylan' dijegilnya.

Jiwon tepuk dahi dengan kerakusan sang suami. Nampak sangat suara Luhan gaya guruh bergempita menyergah doktor muda itu hinggakan dia terdorong ke belakang. Terkejut!

"Doktor tak main-main kan? Ini bukan prank kan? Isteri saya betul-betul pregnant kan? Kat dalam ni..." Luhan tiba-tiba meletak tapak tangan kanannya di perut Jiwon yang masih kempis. "... ada baby comel saya kan? Kan? Kan?"

"Luhan..." Jiwon merengek geram campur malu. Muka dah rasa panas gara-gara kelakuan Luhan. Tangan suaminya dicubit kecil.

"Dah berapa bulan?"

Baru saja mulutnya ingin mengajukan soalan tapi suaminya terlebih dahulu sudah mencelah. Kini pandangannya tertumpu pula ke arah doktor berbangsa Cina tapi fasih bahasa Korea yang sedang duduk di hadapan mereka.

Doktor itu mengulum senyum. "Dah tiga minggu."

Luhan pandang wajah Jiwon. Terkebil-kebil matanya cuba mencerna sekali lagi berita yang baru diterimanya itu. Dia datang ke klinik tersebut sebab dia yang rasa lemah-lemah badan. Tapi tak sangka berita lain pula yang dia terima.

Betul. Dah tiga hari dia rasa mual dan pening kepala. Tubuh badannya rasa lemah. Sejak hari pertama lagi Jiwon ajak dia pergi klinik tapi dia tak nak. Katanya sakit biasa saja. Makan panadol dah lega.

Legalah dalam dua hari. Masuk hari ketiga, panadol yang dimakan dah tak berkesan. Sakit dia makin melarat. Tadi dia hampir nak pitam. Sebab itulah Jiwon heret dia datang ke sini.

Jadi manusia memang unik. Yang mengandung Jiwon, tapi yang alah dia. Tapi dia tak kesah pasal tu. Tak apa kalau dia yang kena tanggung alah pun. Dia bakal jadi seorang ayah. Dan Jiwon akan jadi ibu. Berita yang baru dia terima itu berjaya mengubah dunia dia.

"Baby. Kau yang subur sangat ke atau aku?" Kini pandangannya beralih pula ke arah isteri yang diam tak berkutik di sebelah. "Rasanya minggu lepas kau baru habis datang bulan. Dah tu masa bilanya Luhan's junior terbentuk?"

Jiwon bulatkan mata. Luhan! Boleh pulak tanya soalan macam tu dalam keadaan sekarang ni. Berbisik lah kononnya. Tapi apabila melihat doktor lelaki tu dah mula senyum. Dia dah tahu yang suara Luhan memang tak layak digelar berbisik.

Sekali lagi dia terima cubitan ketam dari sang isteri. Kalau ikutkan memanglah sakit tapi dia tak mahu ambil port sangat. Rasa gembira tu berganda-ganda melebihi rasa sakit.

"Eh jap! Mestilah aku yang subur." Sendiri tanya, sendiri yang jawab. Itulah yang Luhan lakukan sekarang. "Aku kan manly. Dan sekarang dah terbukti ke-manly-an seketul Luhan. Yihaa!!!" Dah tak boleh kawal perasaan teruja bercamput gembira, dia tolak kerusi ke belakang. Berdiri jauh sikit dari Jiwon lalu aktiviti lompat bintang dia buat kat tengah-tengah bilik klinik itu.

Gigit bibir dan pejam mata rapat-rapat. Jiwon buat dua perkara itu berulang kali. Cuba meredakan malu dan geram yang menyesakkan dada dia.

Kalau ikutkan hati nak je dia hentak kepala Luhan kat meja depan depan dia nanti apa pula kata doktor kacak itu. Kang tak pepasal jadi viral. Lepas tu keluar kat internet dengan tajuk 'SEORANG SUAMI DIDERA OLEH ISTERI SELEPAS MEMBUAT ISTERINYA MENGANDUNG'.

Tak ke haru?

Tak ke malu?

Tak ke huru-haranya nanti?

Dan yang buat Jiwon mula ada rasa tak kesah kalau kes dia dera Luhan jadi viral bila tiba-tiba dia dengar suaminya hantar voice note melalui smartphone. "Guys, Luhan dah buat Jiwon mengandung! Yahoo!!!" Tak tengok pun dia dah tahu kat mana voice note Luhan tu pergi. Semestinya group geng-geng sakai mereka.

Jiwon berdiri dan menghadap suaminya. "Yah Luhan!" Akhirnya suara yang dikawal, dilepas bebas. Geramnya dia! Lebih lagi bila suami dia tu boleh pula buat perangai ketawa terbahak-bahak. Lepastu siap jelir lidah pada dia lagi.

Abaikan muka singa Jiwon, Luhan meluru memeluk tubuh langsing itu. "Xi Jiwon... I love you."

Bagaikan magik, segala rasa nak mendera Luhan hilang serta merta. Pelukan hangat Luhan yang penuh dengan kasih sayang berjaya menghalau rasa geram dia pergi jauh-jauh. Pinggang Luhan diraih. Wajahnya disembam pada bahu kanan Luhan."I love you too." Gumam dia perlahan, menikmati ciuman lembut Luhan pada sisi kepalanya.

Macam tak percaya dia dan Luhan bakal jadi ibu dan bapa. Sebenarnya Luhan dah lama menginginkan cahaya mata. Dari hari mereka sudah berbaik lagi. Tapi disebabkan Jiwon masih lagi belajar masa tu, dia cuba bertoleransi.

Kata Jiwon, dia takut dia tak boleh nak bahagikan masa antara belajar dan anak selagi dia bergelar pelajar. Dan kini dah empat bulan dia tamat belajar. Jadi, mereka berhenti merancang. Bila dah tak merancang maka wujudlah Luhan's Junior kat dalam perut Jiwon sekarang ni.

"Thanks, sayang." Ucap Luhan perlahan. Dan tanpa Jiwon sedar, mata suaminya sekarang ni sudah dipenuhi dengan air jernih.

Rasa gembira, bersyukur, terharu, teruja!

Semua jadi satu!

*****

#Ada yang rindu LuWon? Nah ini untuk anda walaupun pendek dan hambar. Terima kasih 😊😊

#InsyaAllah kalau rajin ada Special Chapter yang kedua. Kalau rajin eh kalau rajin... 😁😁

#Oh ya Dr Dylan tu... sape tengok meteor garden 2018? Ha, lelaki itu la lelaki kat dalam mv bawah ni 👇👇... Dylan Wang yang jadi Dao MingSi. Dan dia berjaya mencuri hati saiya 😍😍😍

#But sorry to say Dylan Wang. Lay Zhang tetap number one wei number one 😘😘

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now