BAB 14

10.8K 532 55
                                    

AYDEN 💍 AISYH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AYDEN 💍 AISYH

MASUK sahaja kaki aku di dalam kedai buku Popular ni, benda pertama yang aku cari adalah novel. Punyalah aku berazam nak beli buku rujukan Sejarah tadi, boleh pulak hati aku melencong ke tempat lain. Sebab tu zaman belajar dulu, mak dengan abah memang tak suka bawak aku pergi kedai buku. Sebabnya, aku akan mula kumpul koleksi novel-novel terhangat di pasaran. Bak kata mak, kalau aku jual novel-novel tu semua, boleh beli banglo sebuah. Ceh, hiperbola sangat! Haha.

Sedang seronok aku pilih buku, tiba-tiba terasa ada tangan yang merentap bahu aku ke belakang dengan kuat. Aku yang sedikit terkejut, hampir terjatuh namun cepat-cepat aku stabilkan diri. Kurang asam, siapa pulak yang tarik aku macam aku ni manusia paling berat dalam dunia?

Baru sahaja aku nak sound orang tu, orang tu terlebih dahulu sound aku. "Thanks God temukan aku dengan kau dekat sini with no Ayden. Sekarang, kalau aku belasah kau, there's no Ayden yang akan backup kau! Perempuan perampas!" ah sudah, minah gila ni rupanya. Ayat dia tu, macam nak cakap aku ni hidup bergantung dekat Ayden je. Kau jangan lupa, aku ni kalau marah, dengan senjata Thor tu aku pecahkan!

"Sorry cik, rasanya cik salah orang ni," okay, bersyukurlah sebab aku masih boleh bersabar. Kalau tak kenangkan yang perkahwinan aku dan Ayden yang dirahsiakan, memang habis perempuan ni aku kerjakan. Punyalah aku sanjungi dia selama ini, eh, tup-tup, perangai dia beribu kali ganda menyimpang daripada apa yang aku fikirkan selama ni.

Aku yakin, beberapa pasang mata sudah mulai difokuskan ke arah kami berdua. Dan sudah pasti ramai yang akan buat andaian sendiri. Mesti ramai yang sudah setkan minda mereka dengan mengatakan aku sekarang dah jadi perampas laki orang walaupun hakikatnya Melissa dan Ayden tidak ada apa-apa hubungan. Mesti aku jugak yang akan jadi mangsa keadaan sebab ganggu hubungan orang. Oh come on, yang berdiri di depan aku sekarang adalah Melissa Rose, anak dato' yang tidak kurang terkenalnya dengan keluarga Ayden. Hubungan dia dan Ayden bukanlah satu benda yang asing lagi bagi manusia-manusia di seluruh dunia.

Dan sekarang, kalau aku keluarkan kenyataan yang Ayden pilih aku, memang tidak akan ada orang yang percaya. Sebabnya, aku ni guru biasa, datang dari keluarga yang juga biasa-biasa. Kalau yang kenal aku pun, rakan sekerja, pelajar dan orang kampung. Itu saja. Aku tak kenal orang-orang besar yang akan tolong sebarkan cerita benar dekat orang. Alih-alih, aku juga yang akan tampak salah di mata mereka.

Dia tersenyum sinis. Cis, sinis-sinis macam tu pun masih nampak cantik. Aku kalau senyum macam tu, memang nampak betul macam watak antagonis. Untunglah ada muka yang cantik.

"Attention guys! This woman, dia ni adalah perampas. Dia rosakkan hubungan I dengan Ayden. This poor girl, ada hati nak hancurkan hubungan I dengan Ayden. Yahh, memang now Ayden pilih dia sebab dia dah guna-gunakan Ayden sampai-sampai Ayden melutut dekat dia. And, kepada sesiapa yang tahu macam mana nak ubatkan mereka yang terkena sihir, please dm me dekat Instagram. I nak ubatkan Ayden," berderau darah aku dengar ayat yang keluar daripada mulut perempuan ni.

Dia.... AydenkuWhere stories live. Discover now