BAB 18

10.1K 581 121
                                    

Okay, alhamdulillah sis dah settle exam hari rabu dah sebenarnya. Tapi nak kasi rehat sekejap otak. Soooo, here we go. Awal kasitau, bab ini mungkin membosankan sebab sis tengah terperangkap dalam mood cuti. Haha. Semoga terhibur.

 Semoga terhibur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AYDEN💍AISYH

OKAY. Tiga hari dekat rumah mak abah, tiga hari dekat rumah mama papa Ayden. Dan hari ini adalah merupakan hari terakhir aku dan Ayden di sini sebab esok Ayden cakap dia nak bawak aku ke rumah dia. Dia kata taknak tinggal dengan keluarga, nak hidup berdikari dan aku selaku isteri yang baik, aku sentiasa hormat dengan keputusan dia.

Hmm, mesti ada apa-apa kenapa aku tiba-tiba setuju, kan? Yelah, yelah. Memang pun. Memang ada beberapa sebab kenapa aku tersangatlah setuju apabila Ayden cakap dia nak tinggal dekat rumah sendiri.

Sebab pertama, aku segan dengan keluarga Ayden. Walaupun mereka layan aku seperti keluarga sendiri, tapi, rasa segan dan malu masih menggunung. Selesa memanglah selesa, tapi tulah, aku memang segan. Nak buat macam mana? Dahlah aku tahu aku ni macam mana. Buatnya aku tergurau kasar dengan Ayden masa depan keluarga dia, hah, tak pasal-pasal keluarga dia hilang percaya dekat aku untuk jaga anak lelaki mereka ini.

Sebab yang kedua, privasi. Aku rasa sebab yang ini adalah yang paling ramai orang pakai, termasuk aku. Sebab aku tahu setiap rumahtangga takkan terlepas daripada dugaan, jadi, aku rasa dengan adanya rumah sendiri akan memudahkan untuk kami perbaiki hubungan tanpa campur tangan orang lain. Bukan tak percaya, cuma risau keadaan akan menjadi lebih buruk. Kalau nasihat bolehlah diterima, buatnya masuk campur terus, naya.

Dan sebab yang ketiga, semestinya disebabkan oleh Melissa dan nenda. Dua orang makhluk perosak itu benar-benar menambahkan rasa setuju aku dengan cadangan Ayden. Semenjak mereka berdua tahu bahawa aku dan Ayden balik ke sini, mulalah mereka berdua menjenguk ke sini sepanjang tiga hari kami di sini. Macam mana aku tahu mereka berdua akan ke sini hari ini? Sebabnya nenda dan Melissa akan makan malam di sini malam nanti. Siap dia suruh Melissa tidur dekat bilik sebelah malam nanti! Sebenarnya ada bantahan daripada kesemua ahli keluarga Ayden, tapi, dah namapun nenda, mana dia nak dengar kata orang. Siap dia bagi alasan yang dekat rumah besar ini hanya ada mama, papa, Ayden, aku dan para maids. Rumah besar, tapi sunyi katanya!

Tapi tulah, kebetulan juga adik-beradik Ayden yang lain sudah balik ke rumah masing-masing manakala Rafeeqah dan Raeef pula sudah pulang ke rumah berdekatan dengan sekolah mereka. Mereka berdua bersekolah di Tuan Neil's International School, sebab itu mereka jarang berada di dalam rumah. Dan ya, sekolah itu merupakan sekolah milik keluarga mereka. Bagaimana sejarah penubuhan sekolah tu? Entahlah, belum tanya Ayden lagi.

Dan sekarang, aku tengah layan lagu Beautiful in White nyanyian skandal aku, Shane Filan. Malas nak serabutkan otak fikir pasal kehadiran Melissa malam nanti. Lebih baik aku layan skandal aku ni.

Dia.... AydenkuWhere stories live. Discover now