Psychotic - 17

478 13 3
                                    


"Ahh shit ! Kenapa end ??! Apa dah jadi kat Ai ni ?" Aku kembali menghentak stereng kereta berkali kali . Nasib baik ada Abang Aafi yang tolong tenangkan hati aku . Kalau tak ...

"Aira cakap apa Ranz ??"Aku mengeluh kasar . Terasa sesak dada memikirkan nasib aku sekarang .

"Dia tak tahu dia kat mana ."


**************************


Aku bergegas ke kereta Airul yang menyapa pandangan aku sebentar tadi . Aku mengharapkan dia sahaja sekarang ni . Tapi apa yang dia buat kat sini malam - malam ? Heh , kau patut tanya diri sendiri buat apa kat sini malam - malam . Terasa jauh pulak kereta tu . Nampak macam dekat . Tiba - tiba rasa tak sedap hati . Kalau Hazreeq tu kejar aku macam mana ? Mummy tak nakkk !! Hampir sahaja sampai , pinggangku terasa ditarik dan dipeluk dari belakang , sudah semestinya menghalang aku untuk berlari ke kereta Airul . Rupa - rupanya ......

"Nak lari mana sayang ..?" Oh Shit ! Terus aku menggelupur ingin melepaskan diri bila suara Hazreeq menyapa lembut telingaku . Memang lah lembut tapi pelukkannya terlalu kuat sehingga membuatkan aku sukar untuk bernafas dengan lancar . 

"AIRUL !!!!! TOLONG AIRAAA !!!" Terus aku menjerit memecah kesunyian malam . Dengan pantas Hazreeq menekup mulutku daripada terus menjerit meminta tolong . Yang buruknya , kawasan ni rumah jaraknya jauh yang membuatkan jeritan aku sukar didengari jiran . Kalau dengar pon mungkin mereka akan mengatakan bahawa itu hanyalah salakkan anjing kerana kedengaran sayup .

"Tell me who will hear you babe ? No one ." Hampir sahaja aku menangis tetapi otakku lebih pantas daripada air mata aku . Aku terus menendang alat sulitnya dan perbuatan ku itu membuatkan aku terlepas dari pelukannya . Dia sehingga terduduk dibuatnya .

"Padan muka ! Biar kau mandul lepas ni !!" Sempat lagi aku memakinya dan terus menyambung larianku ke arah kereta Airul . Rasa macam dalam game GTA pulak . Target kereta orang untuk dicuri . Hoi ! Sempat lagi eh kau . Kat belakang tu masih ada Hazreeq lah ! Sesudah sampainya aku disitu dan secara kebetulan Airul keluar dari sebuah rumah . Rumah dia kat sini ke ? Hmm agaknya jauh tak dari sekolah . Masalah dia sekarang aku tak tau aku kat mana !

"Thank God ! Airul ! Help me !"


****************


"Wou chill Aira . What happened ??" Sungguh aku terkejut melihat Aira begini . Sudahlah jam hampir berginjak ke pukul 12 a.m . Bagaimana dia boleh berada di sini ?? Aku melihat sekeliling dan merasa tidak sedap hati terus menyuruh Aira masuk ke dalam kereta . Nampaknya rancangan aku malam ni harus dibatalkan demi Aira .

"Okay Aira , breathe in ... breathe out ... Tell me what happened to you ." Risau aku melihat keadaan Aira yang hampir semput itu .

"We need to go far from this hell first ." Aku hanya akur dengan permintaannya dan terus keluar dari halaman rumah ku . 

***************

Aku yang nampak car charger tu terus aku cucukkan ke phoneku tanpa rasa malu . Yang aku tau aku sangat memerlukannya . Yes aku nak call Abang Ranz balik . Tanpa menghiraukan wajah pelik Airul , terus aku on Iphone ku itu . Terus aku buat speed dial number phone Abang Ranz dan aku lekapkan phone ke telinga tanpa memandang  sedikit pon ke arah Airul . Sudahlah datang rumahnya seperti penyamun , ditumpang keretanya dan mengambil car charger tanpa izinnya pula . Aduhai , muka tembok betul kau ni Aira . Ah fikir aku kesah ke kalau situasi tegang macam ni ?? Dengan pantas abang menjawab call aku .

"Hello Abang Ranz !! Aira dah larikan diri dari penculik tu . Abang takkan percaya siapa . Aira ada dengan Airul sekarang ni . Abang kat mana ??"

"Alhamdulillah .. Syukur Ya Allah . Abang ada dekat Kota Iskandar dah buntu nak cari Aira kat mana . Aira datang cepat , sayang . Kejap lagi mama papa sampai . "

"What ?? Diorang tahu ? Bukan diorang celebrate anniversary ke ?"

"Yes . Tadi mama call abang tanya dah balik ke belum , and abang terpaksa cakap Aira kena culik sebab abang dah tak tahu nak buat apa . Thank God Aira tak apa-apa , kan ? Takde luka apa kan ?"

"Alhamdulillah takde , okay abang . Aira on the way nak ke Kota Iskandar ni ."

"Okay , abang pon nak call mama balik . Bye , take care Ai ." Terus aku matikan panggilan . Aku memandang ke sebelah dan melihat Airul yang fokus memandu . 

"So , you kena culik ?" Aku hanya mengangguk . Terdengar dia mengeluh berat .

"Kenapa you tak jaga diri elok - elok ?? Nasib baik I ada tadi . Kalau bukan i ? Kalau orang jahat jugak ke ? You ni suka bahayakan diri you tu . Ni i nak bawa you pergi mana ? " Aku hanya mendiamkan diri . Terasa seperti dibebel oleh Furqan . Haish terasa rindu pulak dengan diorang . Dah lama aku tak contact diorang . Esok aku nekad nak contact !

"Kota Iskandar . Ada Abang i kat sana . By the way , can i borrow your car charger ? " 

"Hm , dah guna baru nak minta izin . Nah it's okay , car charger je pon ."

"Hehe , sorry for that , i terdesak nak cepat . Yela Abang mana yang tak risau kalau adik dia kena culik , kan ?" 

****************

Hm , lelaki mana je yang tak risau kalau crush dia kena culik ? Sayangnya hanya mampu aku ungkapkan didalam hati . Haish , aku pon tak tau betul ke perasaan aku sekarang ni ? Betul ke aku dah move on ? Kalau betul , nak ke Aira terima aku ? Mataku memandang kehadapan tapi tidak fikiranku yang membawa aku terbang  jauh dari situ sehinggakan aku tidak mendengar panggilan Aira . Aku tersedar dari lamunan kerana tamparan hebat Aira di bahuku . Terasa sakit sedikit . Tak padan dengan tangan yang kecik . Suka sangat pukul orang .

"Auchh . Sakitlah you ! Kenapa tampar i tiba-tiba ni ??"

"Tiba-tiba you cakap ?? I panggil you berbelas kali you tahu ?? You keras je tak kasi i respon . I pon tampar lah you . Sakit sangat ke ?? Aww sorry for that .. "Haih boleh gugur jantung kalau hari-hari macam ni . Ni serious bukan epic . Aku memang dah sukakan Aira . Tapi aku ada pesaing . Boleh dikatakan ketat juga sebab dia tu Denziel , walaupun kami berkawan tapi tak bermakna kami tak boleh bersaing demi mendapatkan cinta hati yang kecil molek intan payung satu ni . 

"Nah , it's okay , sikit je . Kenapa you panggil i ?"

"Sebenarnya .... Err "

"Just tell me Aira ." Aku pula yang tidak sabar menunggu .

"I nak tanya you something ."

"What ?"

"Denziel tu macam mana eh ?" Baam ! Aku dah kalah dalam competition ni ke macam mana ? Of course yes ! Dia tanya pasal Denziel bukan aku ! Dapat rasa retakkan hatiku ni . Tanpa sempat aku menjawab , kami telahpun sampai dan aku pun terus membiarkan petanyaan Aira .

"Dah sampai ." 


****************

HADIAH BULAN RAMADHAN UNTUK KORANG . ENJOYY ! JANGAN LUPA VOTE ! HABIS JE CERITA NI AKAN ADA CERITA BARU MENYUSUL . HEHE NANTIKAN . SETIA TERUS BERSAMA PSYCHOTIC UNTUK MENDAPAT UPDATE CERITA BARU . YEAYY . THANKS FOR THOSE YANG SELALU SUPPORT ZAQIFF .

PsychoticWhere stories live. Discover now