01🩺

101K 2.1K 107
                                    

Warning from me

Don't copy my story, Okay? This is my own imagination. So please, appreciate it. Thank you.

-----

NAURA POV

SARA Alana menyuruh aku menemaninya selepas sekolah untuk sesi meluahkan perasaannya terhadap Kyle Shahfie. Aku bagai lembu dicucuk hidung hanya ikut permintaan kawan baikku itu. Sejujurnya aku takut, takut jika perasaan Sara diterima. Tapi dalam masa yang sama aku tak sanggup untuk lihat dia bersedih jika ditolak.

Selepas waktu persekolahan tamat, aku menyorok di sebalik dinding, pada mulanya Sara menyuruh aku ikut dia jumpa Kyle. Namun aku tolak mahu berdiri disini saja. Sara juga tidak memaksa.

Hanya beberapa meter jarak antara kedudukan aku dengan mereka. Bolehlah aku dengar perbualan mereka. Aku nampak Kyle dari jauh, masih kacak seperti selalu. Dia berdiri di depan Sara yang sepertinya teragak-agak mahu bersuara. Aku lihat dia tersenyum kacak. Entah kenapa rasa debar hadir tiba-tiba.

"Saya sukakan awak, Kyle. Saya harap awak boleh terima saya," Sekali nafas Sara bersuara, wajahnya bertukar menjadi merah. Malu. Aku lihat Kyle pula. Dia seakan terkedu pada mulanya, namun hanya seketika sebelum dia tersenyum lebar.

"Will it be weird if I say I like you too?" Soalnya dengan senyuman manis membuatkan Sara terkejut.

"Apa maksud awak?"

Kyle memandang Sara lama, pandangan sayang diberikan—

"I like you too,"

BAMM!

Adakah itu bunyi beban besar menghempap dada aku? Rasanya sakit sangat apabila melihat orang yang kita suka terima kawan baik sendiri. Aku yang bodoh, bodoh kerana tak ambil tindakan lebih cepat. Semuanya berlaku dengan pantas, aku tak mampu mengubahnya. Semuanya tertulis, dan aku harus terima.

"Ap..apa?" Dengan nada terkejut Sara menyoal. Seakan tidak percaya.

"Sara Alana. I. Love. You." Satu persatu dia tuturkan. Tidak mampu mendengar kata-katanya lagi lantas aku berlalu dari situ dengan air mata yang sudah mengalir di pipi.

'Tabahlah wahai hati,'

Aku tinggalkan Sara bersama Kyle. Tidak sanggup aku menunggu lagi.

AKU pulang dengan air mata masih mengalir. Mama yang sepertinya baru siap memasak itu terkejut melihat aku yang sedang menangis. Laju dia melangkah mendekati aku, pipi aku diusap lembut.

"Kenapa ni sayang?," lembut suaranya dituturkan.

"Dia—dia dah jadi milik orang lain mama. Dia suka Sara. My best friend." Mama sudah tahu perasaan aku pada Kyle. Tahu apa yang aku rasakan tika ini laju dia memeluk tubuh aku erat. Belakang tubuh aku diusap lembut memujukku.

Esakan semakin kuat kedengaran. Aku menangis semahu-mahunya. Penat dan lemah aku rasakan tika ini. Kenapa semua ini berlaku? Kenapa harus Sara? Kenapa?

• • •

BANGUN saja dari lena, terus aku membersihkan diri. Jam di dinding menunjukkan jam 7 malam. Boleh tahan lama aku tidur. Rambut aku keringkan dengan tuala menggunakan tangan kiri sementara tangan kanan aku capai telefon. Skrin telefon aku nyalakan—

11 Missed call dari Sara. Aku mengeluh perlahan, apa aku nak buat sekarang? Aku tak mampu nak hadap Sara bersama Kyle.

I can't—

[S1] NAURAKYLE✔Where stories live. Discover now