02🩺

41.4K 1.8K 27
                                    

NAURA POV

TUJUH TAHUN BERLALU

NENEK yang sedang bercucuk tanam di halaman belakang rumah itu aku lihat dari jauh. Nenek suka betul menanam, katanya jimat duit dan pasti selamat. Selama lima tahun di sini, kehidupan aku berubah 360 darjah. Aku tak pernah pulang ke rumah walaupun ada cuti semester.

Kini aku sudah berjaya menjadi doktor di sebuah hospital besar yang ada di Jepun ini. Susah untuk sampai ke tahap ini. Tugas menjadi seorang doktor ini bukanlah mudah, kena sentiasa bersedia dengan kes-kes kecemasan.

Aku juga sibuk kebelakangan ini, banyak pula pembedahan yang harus aku ambil alih, penat usah katalah. Tidur pun tak cukup tapi aku suka dengan kerja aku sekarang. Aku selamatkan nyawa orang.

Yes, menyelamatkan nyawa orang bukan mudah. Perkara yang paling gembira bila tahu kita mampu merawat mereka tapi paling menakutkan kalau kita gagal menyelamatkan nyawa. Tapi itulah risiko yang semua para doktor harus tanggung.

"Kyō wa kyūka-chūdesu ka?"
(Are you off today?)

Nenek menyoal sambil membuka sarung tangan yang dipakai itu, dia datang duduk di depan aku. Air masak di dalam botolnya itu diteguk perlahan-lahan.

"Hai! Tasuke ga hitsuyōdesu ka?"
(Yes, do you need a help?)

Laju nenek menggeleng, aku tersenyum saja. Nenek memang begitu, tak mahu susahkan aku. Sebab apa? Sebab nak aku berehat, yelah kerja siang malam pagi petang. Tapi masalahnya dia tu dah tua, aku nak tolong dia buat kerja berat pun dia tolak.

"Chū ni hairi, yoi kyūsoku o toru."
(Get inside and have a good rest.)

Tegas dia mengarah, ah sudah. Dah mula dah kuasa vetonya itu. Aku tersenyum dalam hati.

How cute my grandma is.

"Alright alright," Aku melangkah masuk ke dalam rumah, tiba-tiba telefon bimbit berdering menandakan panggilan masuk.

Nama mama terpampang di skrin.

"Moshi moshi, mother!"

'Bertuah punya budak! Banyaklah kamu punya moshi. Kamu ni memang nak kena mama call dulu ke?!'

Kuat suara mama menengking di corong telefon.

"Sorry, ma. Naura busy lately. Banyak pesakit yang Naura kena ambil alih."

'Busy tu busy jugak, jangan lupa kesihatan tu penting,'

Aku tersenyum saja, aku rindu nak dengar bebelan mama.

'Bila nak balik Malaysia? Dah tujuh tahun kamu menetap di sana. Tak rindu mama ke?'

Haih, ini yang aku lemah ni.

"Naura bukan tak nak balik mama—"

'Kawan kamu, Sara tu asyik datang rumah. Merayu dekat mama kasi number telefon kamu. Kesian dekat dia, sayang. Jangan pentingkan diri, tak baik. Buang ego tu jauh-jauh.'

Nama itu, sudah tujuh tahun aku tak dengar khabar berita darinya. Sungguh aku rindu Sara. Macam mana dia saat ini? Tak sangka masih menunggu aku, padahal aku di sini? Sikit pun tak teringatkan dia.

'Kamu dengar tak, Naura?'

"Ye ma, Naura dengar. Nantilah Naura fikirkan—"

"Pergilah balik. Tak kesian ke mama kamu nak jumpa anak tunggal dia ni? Lagipun dah lama sangat kamu tak balik sana. " Kata-kata aku terhenti saat nenek menyampuk tiba tiba, mama di telefon hanya mengiyakan kata kata nenek. Aku diam memikirkan pujukan nenek.

[S1] NAURAKYLE✔Where stories live. Discover now