" bosan lah " rungut rena . dia duduk di atas sofa ruang tamu sambil memeluk bantal . jam dinding dikerling sekilas .
" jalan - jalan lah " dia bangun dari duduknya . dia masuk ke dalam bilik tidur untuk menyalin pakaian .
dia memakai hoodie crop top berwarna merah dan legging . simple . telefon bimbitnya ditinggalkan di atas meja solek dan dicas . tak ada bateri punya pasal .
pintu rumah ditutup dan dikunci . rak kasut dibuka . flat shoes dicapai lalu dipakai . kunci rumah disimpan atau lebih tepat disorokkan di dalam salah satu kasut yang tersusun elok di dalam rak kasut .
dia berjalan keluar ke taman yang berdekatan rumahnya . setelah tiba di taman , dia duduk di bangku memandang kanak - kanak bermain dengan teruja .
dia tersenyum kecil . dia teringat akan memorinya ketika kecil lagi bersama kedua ibubapanya .
" omma , appa bogoshipeo " dia mengeluh lemah . omma dan appanya meninggal dunia kerana terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya .
hampir sejam dia disitu , dia bangun untuk pulang memandangkan hari hampir senja .
" bye noona " seorang budak lelaki melambai kearahnya . rena agak terkejut kerana dia tidak mengenali budak lelaki itu tetapi dia tersenyum manis seraya tangan melambai juga ke arah budak lelaki itu ." AWAK ! JAGA - JAGA ! "
YOU ARE READING
SKATEBOARD [ ✔ ]
Short Story" ei , awak tak nampak ke saya berdiri kat sini sampai nak langgar bagai ! " semuanya bermula dari perlanggaran yang berpunca dari skateboard start ; 5 june 2018 end ; 6 june 2018